Laporan mengenai cadangan pengambilalihan Bernas oleh Syed Mokhtar Al-Bukhary.
Anwar dakwa Syed Mokhtar ambil alih Bernas untuk keuntungan sendiri
Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) mendakwa pengambilalihan syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary hanya menguntungkan taikun Melayu tersebut.
Ketua Pembangkang itu berkata, penguasaan Syed Mokhtar dalam Bernas terpesong dengan niat asalnya untuk membela nasib petani dan memastikan keperluan beras negara dipenuhi.
“Kita patut ingat niat asal penswastaan Bernas bukan sahaja untuk memastikan keperluan beras negara dipenuhi.
"Tetapi untuk memastikan petani, pengedar Bumiputera dan pekerja Bernas mendapat manfaat daripada milikan ekuiti penswastaan tersebut," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, berbeza pada 1995 iaitu sebanyak 45 peratus pegangan Bernas menjadi milik petani dan staf Bernas, syarikat padi tersebut kini hanya dikuasai oleh seorang individu sahaja iaitu Syed Mokhtar.
"Hingga hujung 2009, milikan ini mulai dibeli seorang individu bernama Syed Mokhtar melalui syarikat-syarikat miliknya (Gandingan Bersepada Sdn Bhd dan Tradewinds) menyebabkan beliau memiliki 53.7% Bernas," katanya.
Anwar berkata, pengambilalihan oleh taikun Melayu itu sememangnya sudah dijangkakan kerana beras merupakan makanan ruji utama rakyat negara ini.
"Bernas memang sasaran pengambilalihan mana-mana individu yang sangat kaya.
“Apabila diambil kira keuntungan yang sihat, monopoli Bernas ke atas lesen AP import beras dan realiti bahawa beras adalah makanan ruji rakyat Malaysia, individu yang sangat kaya pasti mengidamkan syarikat sebegini," katanya.
Sehingga 2012, Bernas memperoleh keuntungan sebanyak RM3.6 bilion dan dijangka meningkat hingga RM3.9 bilion pada 2015, menurut ramalan hasil yang dijalankan oleh Maybank Research.
Anwar mendakwa, Syed Mokhtar seorang yang tamak sebaik sahaja kerajaan memanjangkan mandat Bernas merangkumi pengurusan bekalan beras negara dan monopoli pengimportan beras dari 11 Januari 2011 hingga 10 Januari 2021.
"Beliau (Syed Mokhtar) semakin tamak.
"Tawaran pembelian Bernas pada RM 3.70/saham dibuat pada penghujung Februari 2013 melalui syarikat-syarikat lain miliknya iaitu Perspective Lane (M) Sdn Bhd, Kelana Ventures Sdn Bhd, Seaport Terminal (Johore) Sdn Bhd dan Acara Kreatif Sdn Bhd," katanya.
Anwar kemudian mengecam Syed Mokhtar sebagai seorang "oportunis" kerana langkah pengambilalihan tersebut bertujuan menguntungkan dirinya sahaja.
"Kami kecam pengambilalihan baru-baru ini yang bersifat oportunis oleh Syed Mokhtar sebagai satu langkah mengambil alih sepenuhnya Bernas pada ketika monopoli Bernas ke atas pengimportan beras dilanjutkan hingga 2021 kerana tindakan ini akan menguntungkan satu individu tertentu, iaitu Syed Mokhtar sendiri,” katanya.. - 12 November, 2013.
6 comments:
Kalau bangsa lain jadi billionaire tak pa kan? Jangan Melayu sahaja. Kalau Melayu kita benam dia habis2.
Kenapa tak sasarkan lain2 monopoli dan punca kekayaan bangsa lain yang membolehkan mereka mengawal pasaran serta menaikkn harga barang ikut sesuka hati mereka? Sensistif ke kalau bangsa asing?
Yang dia kaya raya semasa memonopoli Kementerian Kewangan dulu OK ya?
Kenapa vincent tan kaya? Kenapa ytl kaya? Kenapa jho low kaya? Kenapa ananda kaya?
Mereka kaya keranaa pemimpin Melayu menkayakan mereka.
Mahathir jadi pm, ytl, vincent tan, ananda kaya. Pak lah jadi pm, cina yg sama kaya. Najib jadi pm, cina yg sama kaya.
Cina2 lain hidup melarat juga.
Melayu? Mahathir jadi pm, syed mokhtar kaya. Pak lah jadi pm, syed mokhtar kaya.nnajib pm, syed mokhtar lagi lgai lagi kaya.
Org melayu lain tak ada ke? Syed mokhtar saja ke boleh kaya? Melayu lain tak layak jadi kaya ke? Org melayu lain tak tau jaga bernas ke?
Betul lah org kata ... Melayu haprak..
Setakat ketuk keyboard x yah le gebang lebih anon hoi,
Kau baca sejarah Tan Sri tu baru kau tau, dia pun macam kau dulu miskin dan hina tapi dia naik dan menjadi taikun melayu dengan usaha.
aku pun x kaya, tapi aku suka dan bangga kerana dia bukan orang tak lupa diri( tak sedar diri) mcm kau.
Setakat ketuk keyboard x yah le gebang lebih anon hoi,
Kau baca sejarah Tan Sri tu baru kau tau, dia pun macam kau dulu miskin dan hina tapi dia naik dan menjadi taikun melayu dengan usaha.
aku pun x kaya, tapi aku suka dan bangga kerana dia bukan orang tak lupa diri( tak sedar diri) mcm kau.
ANON 9.48
PADANLAH MELAYU PAPA KEDANA SEBAB ADA MELAYU BERPERANGAI SUKA TENGOK ORANG LAIN KAYA. KAU TAKAT BANGGA TENGOK SYED MOKHTAR KAYA SAJA.
BANGSA MELAYU PAPA KEDANA JUGA. BONGGGOK..
PEGI MAMPUS LAGI BAGUS LAH KAU MELAYU TAK GUNA
Eloklah kita semua jadi melayu pak bangga.
Post a Comment