Saturday, August 27, 2011

ABU HASSAN SHARIF BIJAK MENJAGA HATI ISTERI-ISTERI

Terima kasih kepada "Non Lana Bulu" kerana meng"email" gambar ini kepada Jelapang.

Menurut Saudara Non, gambar ini disiarkan di mukasurat 19 Mingguan Malaysia pada 21 Ogos 2011.

Ia mengenai ketibaan Ketua Bahagian Jerlun Abu Hassan Sharif di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar selepas mahkamah rayuan membuat keputusan mengekalkan Abu Hassan sebagai Adun Kota Siputeh berikutan kegagalan beliau menghadiri sidang dewan undangan negeri Kedah.

Menurut Non, gambar ini menggambarkan tahap kewarasan dan kebijaksanaan seorang ahli politik seperti Abu Hassan.

Non mengajukan satu soalan: "Apakah gambar Abu Hassan memeluk dua bini ini membawa kesan positif atau negatif kepada Umno?"

Bagi Jelapang, ia menggambarkan betapa arifnya Abu Hassan menguruskan rumahtangga dan menjaga hati kedua-dua isteri beliau.

Tidak mengapa sekiranya beliau gagalkan melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai wakil rakyat kerana tanggungjawab beliau menjaga hati kedua-dua isteri mungkin lebih utama dari menghadiri sidang dewan.

Kata orang, hati isteri-isteri perlu dijaga. Mereka perlu dibelai dan dibuai demi kebahagian rumahtangga.

Tahniah kepada Adun Kota Siputeh.

1 comment:

paktam@ said...

>kalau dia xdipilih jdi calon bn dlm pru13 ni...kota siputeh akan bergegar!!
>dah la dia menang sikit !!!
>biaq dia nk berbini 2 ka or 4 ka...biaqpi la kat dia ...asaikan dia mampu zahir n batin!!!
>mana ada calon umno kota siputeh yg boleh chelen dia??? ....habaq mai!!!
>walaupun dia xdak duit...org sini panggil wakil yb chokia...tapi dia ada aura wooo!!!
>kalau dok ketepikan dia jugak...alamat bunkuih bn kat kota siputeh???