skip to main |
skip to sidebar
APA SALAHNYA KSU BUKAN MELAYU MENERAJUI KEMENTERIAN?
Enam Kementerian kini diterajui Ketua Setiausaha bukan Melayu.
Kementerian tersebut ialah: Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pelancongan, Kementerian Tenaga dan Hijau, Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MITI), Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pengangkutan.
Perkasa hari ini menyuarakan ketidakpuasan hatinya mengenai perkara ini kerana bimbang agenda bumiputera tidak tercapai. http://www.malaysiakini.com/news/159801
Sebenarnya, apa yang perlu dibimbangkan kalau KSU bukan Melayu ini lebih efektif dari KSU Melayu.
Yang penting Kementarian-Kementerian ini diuruskan dengan baik. Apa gunanya sebuah Kementerian ditadbir oleh KSU Melayu sekiranya Kementerian tersebut diselubungi kontroversi dan tuduhan rasuah. Lagipun Perdana Menteri kita Melayu dan ia menjadi tanggungjawab Najib Razak memastikan agenda Melayu dipenuhi.
Isnin lepas, blogger JUST READ, menulis mengenai tuduhan adanya skandal-skandal termasuk skandal seks disebuah Kementerian yang diuruskan oleh seorang KSU Melayu.
Kita pun rasa malu kepada bangsa lain kalau skandal-skandal ini ada kebenarannya.
Oleh itu tak perlulah kita terlalu sensitif dengan adanya 6 KSU bukan Melayu sekarang ini. Yang penting KSU pandai menguruskan Kementeriannya dan membantu kerajaan melicinkan pentadbiran negara.
Kalau agenda Melayu tergelincir, kita salahkan Najib.
2 comments:
'Agenda Melayu' is a term that needs defining but for our purpose let's just say it can be attained (1) by form (2) by substance.
'agenda melayu' is a policy decision of the cabinet, the civil servants are mere executors. so whatever race creed or colour, so long as they are able to deliver the policy effectively, they are on the right track.
kepada 'para pejuang' (if thats what u choose to call yourself for the sake of your masses), carilah isu yang lebih bernas. kata omputih, 'dont shoot yourself in the foot'
scrooge
Choose the BEST and Malaysia will progress. Melayu ini Melayu itu semua ROSAK.Look around at the Government departments. Going to the dogs. I am a Malay.
Post a Comment