Tulisan Khairy Jamaluddin di dalam akhbar the Edge Ahad lepas sudah pasti tidak menyenangkan sesetengah pihak terutamanya mereka yang di dalam Umno.
Tetapi bukan semua yang diperkatakan oleh Khairy itu perlu ditolak dan ditohmah.
Ahad lepas Khairy menulis mengenai Revolusi Arab yang sedang berlaku di Tunisia, Mesir, Libya, Bahrain dan Yaman.
Berikut ialah antara petikan dari tulisan Khairy (Do not ignore the revolution in the Middle East). Terjemahan.
"Perdana Menteri kita telah menyatakan bahawa suasana di negara kita berbeza dengan suasana di Asia Barat dan Afrika Utara yang sekarang ini mengharungi gelora perubahan. Pembangkang (di Malaysia) menyatakan bahawa hanya masa yang akan menentukan bahawa angin perubahan yang sama akan bertiup di Malaysia, memberi gambaran seolah-olah kerajaan Barisan Nasional akan dijatuhkan melalui peti undi dan bukannya melalui pemberontakan jalanan.
"Tanpa mengira kecenderungan politik seseorang, agak mustahil untuk tidak memikirkan samada pergolakan politik ini akan merebak ke Asia Tenggara terutamanya jika kuasa rakyat di negara Arab ini merebak ke Timur Barat Afrika, Negara-Negara Teluk dan Wilayah Pertanian (dari Levant ke Iraq).
"Seperti yang saya (Khairy) katakan, isu utama yang diperjuangkan oleh rakyat Mesir, Tunisia, Libya dan Bahrain ialah kebebasan asas dan amalan sistem pentadbiran dan pengurusan negara yang baik (good governance).
"Revolusi Arab hari ini lebih dari satu tuntutan demokrasi. Ia adalah rayuan untuk mendapatkan "good governance" di negara-negara ini.
"Sekiranya kita membuat kesimpulan bahawa Revolusi Arab ini tidak relevan kepada kita kerana kita mengganggap Malaysia sebagai lambang model kejayaan, keterbukaan dan amalan kebebasan berpolitik, KITA SILAP.
"Rakyat Malaysia sudah membuktikan kesungguhan mereka untuk menyatakan YA kepada perubahan. Mereka sekarang tahu, kini mereka mempunyai PILIHAN. Itulah sebabnya sebarang JANJI Perdana Menteri sekarang ini perlu direalisasikan secepat mungkin.
"Ini bermaksud perlunya penyelesaian kepada masalah rakyat kesan daripada perbezaan pendapatan yang ketara dan kenaikan kos kehidupan yang tidak diseimbangkan dengan kenaikan gaji, mempertingkatkan usaha membanteras rasuah dan membuktikan projek-projek di bawah Program Transformasi Ekonomi Perdana Menteri adalah hasil dari tender yang competitif dan bukannya hasil dari amalan pemberian projek seperti dulu.
"Kerajaan juga perlu membuat komitment ketara seperti meminda dan merefomasikan undang-undang yang menyekat akan komitment kita dalam isu kebebasan. Sebagai contoh, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang sepatutnya dibawa ke Parlimen, sehingga hari ini belum nampak bayangnya.
"Ya, memang benar, Malaysia selamat dari penyakit revolusi kerana kita bukan Mesir, bukan Tunisia atau Libya.
"Dan sekiranya ada yang mengatakan kita sama (dengan negara ini) sebenarnya tidak menyedari akan perbezaan asas yang wujud di negara kita. Tetapi untuk mengatakan bahawa kita tidak akan berdepan dengan suara rakyat terutamanya orang muda yang bersedia untuk tidak mengindahkan kuasa kerajaan, sebenarnya kita cuba menafikan sejarah dan sengaja untuk tidak memperdulikan harapan rakyat Malaysia yang dahagakan perubahan dan transformasi.
"Rakyat Mesir, Tunisia dan Libya mengingatkan kita bahawa TIADA SIAPA DAN TIADA PARTI YANG KEKAL DAN KEBAL (dalam suasana dunia hari ini)." - Khairy Jamaluddin (The Edge: Do not ignore the revolutions in the Middle East - 28 Feb 2011)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
*berdasarkan pada petikan Jelapang.
Kenapa tak boleh tohmah? dia sedap jek tulis kat paper.. tak perlu tunggu Mesir la bro.. bukan ke pak mentua ko jatuh pasal revolusi ketidakadilan dalam pentadbiran kerajaan dia yg dikuasai oleh segerombolan org yang tamak harta tanpa perlu mengikut prosedur tender?? Org Malaysia ni sebenarnye jauh lebih berdisiplin la walaupun tak join grup para (heboh sekampung). 99.9% rakyat Malaysia pandai menilai dan bersyukur dengan keadaan aman damai dan tenteram, serta dapat cari rezeki halal untuk keluarga hanya segelintir jek yang tak dapat kuasa yang terlompat lompat macam beruk.
Sokong KJ. Dia pemimpin muda dinamik. Ptt di beri ruang.
kj jgn terkejut bila ada revolusi rembau di pru13 nanti!
salam tuan tolong pautkan blog saya sekali...
Assalam.
Alah bukan apa bro..si beruk ni berbunyi gitu nak perhatian DS Najib kepada belia (dia la tu) pasal di dah meleleh air liur mengidam jawatan menteri x dapat2..
Dah banyak hint dia bagi kat DS Najib suh DS lantik dia jadi menteri, tp DS buat x layan...klu aku jadi DS Najib bukan takat x nak layan, siap aku terajang keluar lagi daripada UMNO..
Ada Ketua Pemuda pun x leh nak pakai, perangai mcm beruk buat apa...
Korang x payah la dok canang cerita pasal dia ni..buat semak blog jer...naik dulu takat kipas pak mentua buleh la KJ oiii.....haaaiiitttptuiiih....
mamat ni patut campak je kat libya .. toksa balik balik. pakemetua dia jadi pm dia jadi shadow pm..
semua org beri laluan sbb pak mertua dia.. nak bodek.. dia /kj politik wang pun jln..
seingat aku tak pernah lah org nak dia.. hidung tak la mancung pipi tertunjal tunjal.
najib simpan dia diam diam sbb kalau dia jadi menteri mahu nampak nepostime dan dia dah ada track buruk zama badui lagi..
kalau di lepaskan nanti dia jadi serigala jadian macam sepupu mamak dia zaid ibrahm
btw keadaan di msia tak sehodoh arab..kotor dan buruk..msia masih ada lagi maaf dan rakyat masih boleh cari makan dan tak semalas arab dan leader mereka..
so f off lah mamak bingai
Good governance starts with khairy, and his level 4 gang. so najib should listen to him.khairy is man who call a spade, a spade. Najib must listen to KJ, and bury the spade for calling him a spade.
ha ha ha
Post a Comment