Sehari dua ini tiada perkara lain diperkatakan kecuali video yang didedahkan oleh Rahim Thamby Chik dan Eskay Shazryl Abdullah kononnya video Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita Cina.
Begitu terperinci dan grafik diceritakan perlakuan orang yang dikatakan sebagai Anwar semasa mengadakan hubungan seks dengan wanita tersebut.
Pemimpin-pemimpin Umno berlumba-lumba mahu nama mereka dimuatkan di dada-dada akhbar saban hari.
Apabila video tersebut dipertontonkan di Carcosa Seri Negara kepada Ketua-Ketua Pengarang akhbar, ada pemimpin Umno terus menghentam tanpa memikirkan kesannya, dan keesokannya, mereka mengubah pendirian dengan mengatakan video tersebut adalah konspirasi Anwar.
Tetapi apabila terdedahnya video tersebut adalah "hasil tangan" Rahim Thamby Chik, yang didapati bersalah mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak, Eskay Shazryl yang ke sana ke sini berlagak umpama dirinya lebih berpengaruh dan kaya dari bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra, dan Shuib Lazim, bapa mertua Naib Presiden Umno Shafie Apdal, pemimpin-pemimpin Umno ini keliru.
Ada yang menyokong agar ditubuhkan satu suruhanjaya untuk menyiasat video ini. Orang yang mencadangkannya pun belum tahu budi perkertinya.
Minggu ini, ramai yang telah lupa NKRA, Klinik 1 Malaysia, GTP, ETP dek cerita video ini.
Apakah Umno mahu memenangi pilihanraya akan datang dengan hanya bermodalkan "video lucah"? Jika itulah pilihan Najib, teruskanlah.
Jika video lucah ini dapat memberi kemenangan kepada Umno dalam PRU-13, eloklah Najib mengarahkan media massa memberi tumpuan kepada cerita video lucah ini dan ketepikan isu-isu lain termasuk hasil kejayaan yang telah diraih oleh Najib selama ini.
Orang kenal siapa Rahim Thamby Chik. Kalau nak tahu latarbelakang anak Siam, Eskay Shazryl, ini tanya Ketua Perhubungan Umno Kedah Ahmad Bashah Hanipah.
Shuaib Lazim tak lebih dari Lebai Malang. Seorang yang dihormati di Sungai Petani tetapi membenarkan dirinya dilumur najis oleh Rahim Thamby Chik dan Eskay Shazryl.
Adalah lebih bermakna sekiranya Najib menumpukan kepada program ekonomi dan sosialnya daripada berharap simpati rakyat dari rakaman video lucah untuk memenangi pilihanraya.
Kecualilah Umno mahu diperingati di dalam sejarah politik Malaysia memenangi PRU-13 bermodalkan video lucah "19-minit-dua-pancutan".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Perkara yang sebenar nya ialah yang pelakon filem itu kalau lah terbukti ketua pembangkang yang menjual mimpi memnjadi perdana menteri Malaysia, apa akan jadi dengan nasib rakyat Malaysia? Jawapan nya ialah berleluasa lah maksiat dan berajalah penyakit jangkitan kelamin dan runtuhlah moral rakyat Malaysia.
kalau BE END menang dlm pru 14 PM kena umumkan stua lagi badget tambahan ia itu peruntukan berjuta-juta ringgit untuk industri Video Haram khas membabitkan pemimpin pembangkang demi mengukuhkan kedudukan dan kekuatan parti nya......
Post a Comment