
Jarang sekali kita didedahkan apa yang dibualkan di antara Perdana Menteri dengan Menteri-Menteri Kabinetnya.
Semalam kita beruntung kerana Nazri Aziz dengan senang hati berkongsi dengan kita apa yang beliau bualkan dengan bos beliau Najib Razak mengenai kritikan pedas Nazri kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Presiden parti Umno yang Nazri menjadi ahlinya dan mendapat faedah dengan dipilih sebagai Menteri di kalangan 3 juta ahli Umno.
Perbualan Nazri dan Najib mengikut cerita Nazri:
''Tak. Perdana Menteri tak suruh pun. Dia cuma kata, apa yang Nazri buat ini, orang tuduh saya (Najib) yang suruh. Saya telah dinasihatkan supaya tidak lagi menyentuh isu modul Biro Tatanegara (BTN) dan 'menyerang' Dr. Mahathir."
Kalau benarlah kata-kata Nazri ini, kini kita tahu bahawa Najib mengarahkan Nazri tidak lagi menyerang Dr Mahathir.