Wednesday, April 29, 2009

ROMBAK SAJA PERKHIDMATAN AWAM!

"Kita tidak boleh lagi terlalu dogmatik, kita perlu mendapatkan bakat yang terpilih, terbaik dan tersaring demi kepentingan rakyat.” - Najib Razak.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0429&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Apa yang Najib maksudkan ialah "pembaharuan struktural perkhidmatan awam" dan membenarkan orang di luar perkhidmatan awam menerajui perkhidmatan awam.

Atau dengan kata lain sampai masanya jawatan-jawatan penting di dalam perkhidmatan awam seperti Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha, Timbalan Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah juga boleh disandang oleh "orang luar" yang lebih berkemampuan.

Ramai "orang luar" di sektor swasta yang layak untuk memimpin perkhidmatan awam malahan lebih efisyen dari Ketua-Ketua Setiausaha yang kini menerajui Kementerian-Kementerian Kerajaan.

Persoalannya, apakah saranan Najib ini diterima oleh anggota-anggota perkhidmatan awam? Yang pasti ramai anggota perkhidmatan awam akan merasa tidak senang dengan saranan Najib ini. Lihatlah apa reaksi kakitangan RTM apabila "orang luar" dilantik Ketua Pengarah Penyiaran. http://cuepacs.blogspot.com/2009/03/rtm-staff-protest-against-new-d-g.html
http://perkhidmatanawam.blogspot.com/2009/03/rtm-staff-protest-against-new-d-g.html

Yang pasti, saranan Najib ini akan mendapat tentangan hebat dari anggota perkhidmatan awam. Najib perlu berani merubah demi masa depan negara.

Najib perlu mereformasi perkhidmatan-perkhidmatan awam negeri yang masih mengamalkan "perkhidmatan tertutup". Perkhidmatan awam di Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor masih mengamalkan sistem perkhidmatan tertutup.

Ini adalah antara beberapa sebab mengapa perkhidmatan di peringkat negeri seperti Pejabat Tanah, Jabatan Agama Islam, Pejabat-Pejabat Daerah masih ditakuk lama dalam menyediakan perkhidmatan.

Perkhidmatan awam di Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor harus diterajui oleh pegawai-pegawai yang lebih efisyen. Malangnya di negeri-negeri ini, pegawai-pegawai ketandusan idea masih dibenarkan menerajui jabatan-jabatan negeri. Ada di kalangan mereka menjadi "ketua perang" dan "ditakuti" di daerah masing-masing.

Kelantan jatuh ke tangan pembangkang pada 1990 dek protes anggota perkhidmatan awam negeri terhadap kerajaan Tan Sri Mohamad Yaakob pada ketika itu dan Tan Sri Sanusi Junid menerima penangannya di Kedah dalam pilihanraya 1999 kerana "sikap biadap" beliau terhadap kakitangan awam. Begitu juga dengan kejatuhan Terengganu pada 1999 ke tangan Pas.

Begitulah "berkuasa" anggota perkhidmatan awam negeri. Kalau bertukar pun, setakat dalam negeri sahaja padahal anggota perkhidmatan persekutuan terpaksa berpindah randah sepanjang kerjaya mereka.

Sudah sampai masanya anggota perkhidmatan awam ditadbir dengan lebih profesional demi masa depan negara.

1 comment:

PAKCIK said...

NAK PROFESIONAL LAGU MANO KALU PERKHIDMATAN AWAM DIKONGKONG OLEH ORANG POLITIK DAN BUKANNYA GOLONGAN PROFESIONAL.

IDEA-IDEA BERNAS DISEKAT OLEH ORANG POLITIK UTK KEPENTINGAN PERIBADI.

LAGI SATU..ambo pernah kecek nga golongan ATASAN orang awam ni..

DAHULU KAWE NI KENO BODEK BOS..SEKARANG NI ZAMAN KAWE BODEK ORE ABIH DOH..NI KAWE NAK ORE PULOK BODEK KAWE..

pendek kata..MAPUH KERAH KALU LAGU LA WEH..

profesionalisma lingkup..ajaran sesat tetang profesionalisma dalam perkhidmatan awam yang parah jika tidak dibenduung segera.