Showing posts with label syed hamid. Show all posts
Showing posts with label syed hamid. Show all posts

Thursday, January 15, 2015

LALALITAMPLOM: SIAPA MENTERI YANG MENULIS SURAT SEPERTI SURAT ZAHID MENGENAI RAJA JUDI?



"Menteri sebelum saya juga keluarkan surat penjelasan. Berdasarkan kuasa kepada menteri itulah saya menandatangani surat itu. Menteri dalam negeri sebelum saya juga mengeluarkan surat yang sama." - Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri.

SELEPAS hampir 2 minggu isu ini menjadi bahan bualan, hari ini Ahmad Zahid Hamidi buat pertama kali keluar menjelaskan isu SURAT beliau kepada FBI berkenaan RAJA JUDI Paul Phuah.
Yang menarik dari kenyataan Zahid ini ialah, "Menteri sebelum saya juga keluarkan surat penjelasan".
SIAPA MENTERI INI?
Apabila disemak dalam masa 20 tahun ini, Menteri Dalam Negeri sebelum ini ialah:
1. Hishammuddin Hussein (10 April 2009 - 20 April 2013)
2. Syed Hamid Albar (18 Mac 2008 - 9 April 2009)
3. Radzi Sheikh Ahmad (14 Feb 2006 - 17 Mac 2008)
4. Azmi Khalid (27 Mac 2004 - 13 Feb 2006)
Sebelum Azmi, Menteri Dalam Negeri adalah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Tidak mungkin kedua-dua Tun juga menulis surat seumpama ini.

OLEH ITU SIAPA MENTERI YANG DIMAKSUDKAN ZAHID DI KALANGAN KEEMPAT-EMPAT INI?

LALALITAMPLOM LAH SESAMA KAMU BEREMPAT?

Surat yang mencetus kontroversi di bawah: 




http://www.scmp.com/sites/default/files/uploads/2014/12/30/malaysialetter.pdf



Monday, December 16, 2013

WAHID!: RAKYAT SEDANG MARAH MEMBUAK-BUAK

Abdul Wahid Omar adalah antara anak Melayu yang bijak dan dihormati. Sebelum dilantik sebagai Menteri oleh Najib Razak, beliau adalah peneraju Maybank, UEM, UEM World dan Telekom Malaysia.

Wahid bukan orang politik. Oleh itu, tidak menghairankan apabila Wahid membuat kenyataan kepada rakyat, pandangan beliau lebih kepada pandangan orang korporat dan mungkin akan dilihat tidak prihatin kepada sentimen politik bawahan.

Dua hari lepas, Wahid membuat kenyataan berikut:


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.
"Bagaimanapun kadar itu tidak dinaikkan dan kerajaan membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar sedia ada, yang boleh digunakan untuk perkara lain. 
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/12/15/mstar_berita/20131214183558&sec=mstar_berita

 Maka benarlah spekulasi yang dibuat bahawa tol akan dinaikkan. 

Untuk makluman Wahid, rakyat faham kenapa tol akan dinaikkan dari masa ke semasa.

Rakyat tak perlu penjelasan berapa pampasan perlu kerajaan bayar sekiranya tol tidak dinaikkan.

Ini bukan kali pertama tol hendak dinaikkan. Setiap kali tol mahu dinaikkan, strategi kerajaan ialah menghebahkan berapa pampasan yang kena dibayar dan wang tersebut boleh digunakan untuk program pembangunan lain.

Kepada para strategis Kerajaan, kita nak katakan strategi sebegini sudah lapuk dan basi.

Rasanya rakyat dapat menerima sebarang kenaikan sekiranya Kerajaan tidak BOROS.

1) Sebelum 2013, Kerajaan MAMPU untuk tidak menaikkan tol dan menangguhkan kenaikan lain dan MAMPU membayar pampasan semata-mata kerana pilihanraya umum, kenapa tidak sekarang?

2) Wahid kena faham sentimen rakyat. Rakyat marah apabila disuruh membayar bermacam-macam kos sementara Perdana Menteri sanggup membelanjakan RM7.2 bilion kepada konsultan luar semata-mata mahu memprofilkan diri beliau. Apalah pampasan RM400 juta untuk tol berbanding RM7.2 bilion semata-mata untuk menaikkan imej sendiri. 

3) Rakyat disuruh bayar elektrik lebih tetapi Kerajaan menanggung RM2.2 juta bil elektrik Perdana Menteri di Seri Perdana. Wahid sudah tentu tahu bahawa selama ini para Menteri, Timbalan-timbalan Menteri dan mungkin Ahli-Ahli Perlimen menggunakan elektrik secara percuma.

4) Harga petrol dinaikkan dan tol akan dinaikkan. Kenapa rakyat tidak marah apabila mendapat tahu Kerajaan menanggung RM106 juta kos Perdana Menteri dan isteri menggunakan jet peribadi ketika rakyat menderita mengharungi kos hidup yang tinggi.

Rakyat hanya merungut dan masih dapat menahan rasa marah apabila kerajaan boros membelanja TETAPI apabila kerajaan mula "MERAGUT" wang saku rakyat, rakyat mana yang dapat menahan kemarahan mereka.

Kita bukan pakar ekonomi seperti Wahid, kalau kerajaan sekarang CARI MAKAN dengan MENGAMBIL GAJI WANG SARAAN RAKYAT, sejarah dunia menunjukkan kerajaan tersebut tidak akan KEKAL berkuasa.

Terpulanglah kepada Kerajaan. Kita hanya mampu menegur. 

Kepada Wahid, cuba lah melihat isu ekonomi dari pandangan rakyat dan tidak semata-mata dari sudut ANGKA dan perspektif ORANG BERADA dan teori ekonomi semata-mata.
http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/dap-gesa-pm-naik-mas-bukan-jet-vvip-1.208168

SEMENTARA itu, Syed Hamid Albar semalam mengumumkan TAMBANG BAS SEKOLAH AKAN DINAIKKAN.

Dari sudut pandangan Syed Hamid, yang pernah menjadi Menteri, kenaikan TIDAK MEMBEBANKAN.

Rupa-rupanya, dalam kamus orang politik, ada juga KENAIKAN YANG TIDAK MEMBEBANKAN RAKYAT.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SPADjamintambangtakmembebankan/Article/cetak



Monday, July 28, 2008

PEMILIHAN UMNO: SYED HAMID VS DAENG MALIK

SYED HAMID 3 DAENG MALIK 10

Itulah kedudukan pencalonan bagi Syed Hamid Albar di Kota Tingi berbanding dengan ahli biasa A.Malik Abdul Rahman yang juga dikenali sebagai Daeng Malik.

Malik baru-baru ini menfailkan saman terhadap Syed Hamid dan Setiausaha Akhbar beliau Rosleli Jahari kerana didakwa menfitnah beliau.

Mampukah Syed Hamid Albar, Menteri Dalam Negeri, mengharungi cabaran getir di bahagiannya, Kota Tinggi kali, ini?

Sebenarnya Syed Hamid hampir-hampir dicabar di bahagiannya beberapa tahun dahulu tetapi berjaya ditepisnya di saat-saat akhir.

Orang yang mencabarnya ketika itu ialah Rosleli yang juga Ketua Pemuda Kota Tinggi dan hasil dari kompromi tersebut Rosleli dilantik oleh Syed Hamid sebagai Setiausaha Akhbar beliau.

Kalau mengikut kenyataan Rosleli hari ini, 17 cawangan lagi akan bermesyuarat minggu depan dan 15 cawangan akan mencalonkan Syed Hamid, penyandang Ketua Bahagian Kota Tinggi itu.

Kalau ramalan Rosleli tepat, maka keputusan akhirnya ialah:


SYED HAMID 18 DAENG MALIK 12
Apa pun kita tunggu keputusannya minggu depan.
Contest For Divisional Heads Involving Two Ministers In Kota Tinggi And Pengerang: http://www.bernama.com/bernama/v3/news_lite.php?id=349081