Showing posts with label setiausaha politik. Show all posts
Showing posts with label setiausaha politik. Show all posts

Thursday, July 11, 2013

KHAIRUN ASEH SETIAUSAHA POLITIK NAJIB YANG BARU

GUGUR - Fatmi Salleh, Shafie Abdullah dan Sahlan Ismail. 

Hari ini Khairun Aseh, anak bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Aseh Che Mat, dilantik sebagai Setiausaha Politik Najib Razak yang baru bersama dengan dua lagi - Jailani Ngah dan Wong Nai Chee.

Bagaimanapun Sahlan masih kekal di pejabat PM sebagai Pengarah Strategik. Fatmi, Shafie dan Sahlan, kesemuanya Setiausaha Politik Najib sebelum PRU-13, kalah di ketiga-tiga kerusi Parlimen yang mereka pertandingkan.

8 pegawai Najib mendapat restu bos mereka untuk bertanding di dalam PRU-13 Mei lepas dan hanya tiga yang menang.

Tidak pelik sekiranya setiausaha-setiausaha politik yang dilantik hari ini mengikut teladan Fatmi, Shafie dan Sahlan dengan turut menyimpan cita-cita bertanding PRU-14 nanti.

Berikut senarai setiausaha politik yang dilantik hari ini:


Setiausaha politik PM:  Datuk Jailani Ngah diikuti Wong Nai Chee dan Datuk Muhammad Khairun Aseh. 

Setiausaha Politik TPM: Datuk Mohd Nardin Awan dan Datuk Tahir Mohd Taat .

Setiausaha Politik lain yang mengangkat sumpah ialah:
* Datuk Dr Marzuki Mohamad (Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin)
* Datuk Mohamed Ismail Mohamed Othman (Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz)
* Datuk Markiman Kobiran (Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein)
* Razak Sakaran Dandai (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal)
* Datuk Daniel Kinsik (Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili)
* Dr Richard Rapu @ Aman anak Begri (Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Douglas Uggah Embas)
* Datuk Abdul Halim Mohammad (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi)
* Mohd Ali Mansor (Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek)
* M. Vellaiyan (Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S Subramaniam)
* Azizul Kama Abdul Aziz (Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah)
* Basorri Abu Hassan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom)
* Fazzrudin Abdul Rahman (Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof)
* Mejar (B) Peter anak Runin (Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot)
* Abd Halim Jusoh (Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh)
* Kibin Samad (Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan)
* Japirin Sahadi (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Ewon Ebin). - Bernama


http://www.sinarharian.com.my/politik/21-setpol-angkat-sumpah-simpan-rahsia-1.181480