Showing posts with label nancy shukri. Show all posts
Showing posts with label nancy shukri. Show all posts

Friday, June 10, 2016

NANCY SHUKRI TOLAK HUDUD. ADAKAH BERMAKSUD NANCY JUGA TIDAK PERCAYA PADA NAJIB?

Image result for nancy shukry

"Bukan sahaja saya akan menolak (rang undang-undang), saya tidak akan berada di sana (Parlimen). Saya telah menunjukkannya pada hari ia dibentangkan. Saya tiada di dalam (dewan)." - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Apakah tujuan Nancy membuat kenyataan seperti ini? Apakah Nancy sudah HILANG HORMAT pada Najib Razak?

Najib sudah pun menjelaskan bahawa Rang Undang-Undang Persendirian yang di bawa oleh Hadi Awang BUKAN Hudud. Oleh itu apa masalahnya?


Apa tujuan Nancy yang sebenarnya? Janganlah Nancy buat macam ini kepada Najib. Pening kepala beliau. Tidak cukup susah hati dengan cerita 1MDB dan duit RM2.6 bilion yang masih belum selesai, Nancy pula buat perangai MACAM tidak hormat pada bos.

Kalau penjelasan Perdana Menteri, Nancy tidak percaya, macam mana dengan isu-isu lain terutamanya yang melibatkan Perdana Menteri?

Orang akan beranggapan bahawa Menteri Kabinet Najib pun tidak percaya kepada Najib. Tergamak Nancy melakukan sedemikian kepada Najib.

Nancy mewakili Sarawak. Bayangkan pandangan orang, satu negeri tidak terima penjelasan Najib dan lebih buruk lagi, akan ada orang berkata: "Sarawak pun tak percaya Najib".

Satu lagi persoalan, jika Sarawak dan Nancy menolak RUU ini, apakah Najib mahu meneruskannya?

Yang jelas parti-parti komponen pun menolaknya.

Sekarang Najib kena buat keputusan, layakkah Nancy kekal di dalam Kabinet beliau atau dengan kata lain BERANI kah Najib GUGURkan Nancy dalam rombakan Kabinet selepas Hari Raya nanti?


Wednesday, November 11, 2015

NANCY SHUKRI: BUMIPUTERA AKAN MENCURI JIKA TIDAK DIBANTU



"Jika tidak diBANTU, masalah sosial akan berlaku. Sebab mereka (bumiputera) akan KETINGGALAN JAUH, akan berlaku masalah sosial. Itu keadaannya. Jika mereka TIDAK ADA DUIT, apa yang akan mereka (BUMIPUTERA) lakukan? MEREKA AKAN MULA MENCURI." - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/bumiputera-will-steal-if-left-unaided-says-law-minister

Inilah sebenarnya isi hati pemimpin-pemimpin negara. Kebanyakannya hanya berpura-pura tetapi suatu hari isi hati mereka akan tetap didedahkan mereka.

Kita tahu siapa Nancy Shukry.

Itulah akibatnya apabila Menteri hidup di dalam kesenangan, kemewahan dan kesombongan.

Pada mereka, yang miskin seperti kita ini akan mencuri jika tidak dibantu.

SOMBONGNYA PEMIMPIN KITA.