Showing posts with label najib razak. rosmah mansor. Show all posts
Showing posts with label najib razak. rosmah mansor. Show all posts

Tuesday, January 12, 2021

SELESAIKAN KES MAHKAMAH NAJIB & ROSMAH

 Beware WSJ - Here're Najib's 20 Top Brains To Counter You | FinanceTwitter  

HARI ini Muhyiddin Yassin mengisytiharkan DARURAT sehingga 1 Ogos.

Hanya satu harapan kita. Dalam TUJUH bulan ini semua kes-kes melibatkan Najib Razak, Zahid Hamidi, Rosmah Mansor, Ahmad Maslan, Azeez Rahim diSELESAIKAN.

Kita nak tengok Najib dan mereka-mereka ini diPENJARAKAN kerana mengkhianat rakyat semasa mereka BERKUASA.

Itulah harapan kita.

 

Wednesday, September 16, 2020

RIZAL MANSOR - PEGAWAI ROSMAH SAMA KAYA DENGAN NAJIB & ROSMAH

 

 
KAYA betul pegawai-pegawai Najib Razak dan Rosmah Mansor. Kita harap makcik yang pernah hadiahkan rantai kepada Najib tak terlepas baca laporan dari mahkamah mengenai pegawai Rosmah - RIZAL MANSOR.
 
Ceritanya begini:
 
Umur Rizal: 45 tahun
 
Rumah bernilai: RM3.5 JUTA
 
Kereta 1: Mercedes 
 
Kereta 2: BMW
 
Kereta 3: Audi
 
Kereta 4: Toyota Vellfire
 
Kereta 5: Honda Odyssey
 
Harga Basikal (Rizal beli dua BMC Switzerland: RM16,000 sebuah.
 
Makcik nak tahu ke berapa gaji Rizal?
 
GAJI Rizal hanyalah RM7,000 sebulan.
 
 
Makcik yang hadiah rantai tangan pada Najib mungkin boleh minta Najib jelaskan dalam FB beliau.
 
 
 
Laporan

KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor's former special officer continued to come under the hammer today as he was cross examined by her lawyer about his lavish lifestyle which would have been impossible with a monthly salary of just RM7,000.

Lawyer Datuk Jagjit Singh accused Datuk Rizal Mansor of depending on corruption money to sustain the high flying lifestyle which the latter led while working for Rosmah.

Jagjit said it would have been impossible for the 45-year old civil servant to live in a RM3.5 million house and own cars like Mercedes Benz, BMW, Audi, Toyota Vellfire and Honda Odyssey if not for income derived from corruption.

The senior counsel said he had done some basic calculation based on Rizal's income and allowances while working for Rosmah from 2009 until 2018.

Based on the calculation, Jagjit said Rizal would have earned about RM660,282.72. The amount, he said, was grossly inadequate to buy the kind of things Rizal owned.

"Even if you did not spend a single sen..assuming that you were just living on air, water and love, there is no way you could have had such a lavish lifestyle.

"The only way you could lived like that is because you are a corrupted man," he said.

However, Rizal disagreed with the suggestion and was about to explain further when he was cut off by the lawyer.

During cross examination yesterday, Rizal was also subjected to a barrage of torrid and embarrassing questions about his lavish lifestyle.

Among other things, he admitted performing the Umrah almost every year while he worked for Rosmah using ill gotten money.

However, the 45-year-old insisted that such money was actually political donation and he saw no wrong in using it to go to the holy land too fulfill the religious obligation.

Rizal had then also acknowledged that he lived in a RM3.5 million house and bought two bicycles made by BMC Switzerland - one of the top brands in bicycle manufacturing, which cost about RM16,000 each.

At one stage of yesterday's cross examination, Jagjit branded Rizal as the biggest scumbag before he was asked to retract the word by High Court Judge Mohamed Zaini Mazlan.

Jagjit then rephrased and called Rizal the most dishonest, contemptible and despicable person instead, sometimes referring to the latter as a blatant, pathological liar.

Today, Jagjit continued the mode of attack and challenged Rizal on his statement that monies which he received were political donations.

Asked if collecting political donations was part of his job description while working for Rosmah, Rizal said he had solicited for such funds to further his own political ambitions.

Rizal yesterday admitted that he had harbored hopes of fighting for the Umno Youth Chief's post by taking on its incumbent Khairy Jamaluddin.

Jagjit: So you knew very well that whatever you were collecting was corrupt money and the political donations were being illegally solicited?

Rizal: My understanding is different.

Jagjit: You did not issue any receipts for whatever was collected.

Rizal: No.

Jagjit: The monies you collected were never received by Rosmah

Rizal: I totally disagree.

Jagjit: Rosmah never told you to do all this.

Rizal: I totally disagree.

Jagjit: The truth is that all your evidence is false too implicate Rosmah in the deal which you have cut with the prosecution.

Rizal: I have taken the oath to tell the truth.

Rizal had previously been the co-accused with Rosmah in the case.

However, all four charges against him were dropped earlier this year and Rizal has since become a key prosecution witness.

He is now placed in the witness protection programme and given 24-hour police guards.

Rosmah is on trial for soliciting RM187.5 million and two counts of receiving bribes totalling RM6.5 million from Jepak Holdings Sdn Bhd managing director Saidi Abang Samsuddin.

The bribes were allegedly received through Rizal as a reward for helping Jepak Holdings secure the RM1.25 bllion solar hybrid project for 369 schools in the interior of Sarawak.

Rosmah was accused of committing the offences between January 2016 and Sept 2017.

The trial continues on Thursday.
 

Thursday, May 16, 2019

PERBICARAAN NAJIB RAZAK: DOKTOR MASUK DUIT AKAUN NAJIB TAPI TAK CHECK AKAUN SIAPA

Image result for dr shamsul najib

NAK hantar RM150 kepada anak pun, kita "check" betul-betul nama dalam akaun itu ada nama anak kita.

Tetapi ada kawan Najib Razak ini, masuk duit dalam akaun bos, check pun tidak siapa pemegang akaun tersebut apabila memasukkan RM42 juta ke dalam akaun bos.

Kelulusan - doktor.

Baca ini:


"Saya tak akan buat bayaran RM42 juta jika tahu itu akaun Najib" - Saksi
Rabu, 15 Mei 2019 7:24 PM



Shamsul Anwar ketika keluar dari bilik saksi di pekarangan mahkamah pada prosiding perbicaraan kes Najib membabitkan dana SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Rabu. fotoBERNAMA

MAHKAMAH Tinggi di Kuala Lumpur pada Rabu diberitahu syarikat Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB) tidak akan membuat pembayaran berjumlah RM42 juta ke dalam dua akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya tahu akaun bank itu milik bekas Perdana Menteri itu.

Pengarah Urusan IPSB, Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman turut mengesahkan Najib tidak pernah menghubunginya berhubung pembayaran berjumlah RM27 juta dan RM5 juta pada 26 Disember 2014 serta RM10 juta pada 9 Februari 2015.

“Saya mengesahkan bahawa sekiranya saya tahu AmPrivate Banking-MY (nombor akaun 211202201880) adalah milik Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, saya tidak akan membuat pembayaran berjumlah RM27 juta,” katanya semasa membacakan penyataan saksinya.

Saksi pendakwaan ke-37 itu berkata beliau juga tidak akan membuat pembayaran berjumlah RM5 juta ke akaun Najib bernombor 2112022011906 dan RM10 juta ke dalam akaun 211202201880 Najib atas alasan sama.

Beliau berkata IPSB tidak pernah membuat bayaran untuk program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ke akaun Najib dan tidak pasti samada bayaran itu untuk tujuan CSR.

“Borang remittance tersebut menyatakan bahawa tujuan pembayaran adalah untuk program CSR tetapi saya tidak boleh pastikan perkara itu. Saya tetap membuat bayaran tersebut ke akaun itu walaupun saya tidak pasti tujuan sebenar pembayaran ini kerana mengikut arahan Ung Su Ling (Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) ),” katanya pada hari ke-18 perbicaraan kes Najib yang didakwa atas tujuh tuduhan melibatkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Dr Shamsul Anwar menjelaskan bahawa bayaran RM42 juta bertujuan untuk CSR adalah anggapannya dan beliau membuat anggapan itu kerana biasanya arahan daripada Ung Sun Ling adalah berkenaan program CSR.

“Saya mengesahkan bahawa saya tidak tahu siapa pemilik akaun AmPrivate Banking-MY. Walau bagaimanapun saya pernah meminta Puan Aishah Ghazali (bekas Eksekutif Akaun Kanan IPSB ) untuk membuat semakan pemilik akaun tersebut selepas pemindahan wang tersebut.

Selepas Aishah Ghazali membuat semakan, dia memberitahu saya bahawa bank tidak boleh membuat semakan, dia memberitahu saya bahawa bank tidak boleh memaklumkan kepada pihak ketiga.

"Saya turut meminta Datuk Abdul Aziz Ismail (pengarah syarikat IPSB yang turut memegang jawatan sebagai Pengarah Kewangan IPSB) untuk menyemak pemilik akaun itu, namun beliau tidak memaklumkan hasil semakan beliau,” katanya.

Beliau mengesahkan bahawa semua borang remit diisi oleh Aishah Ghazali dan beliau serta Abdul Aziz akan menandatangani borang remit yang lengkap diisi oleh Aishah.

Saksi itu menegaskan pemindahan RM42 juta dilakukan kerana beliau diarahkan oleh Ung Su Ling dan Dennis See (Pengarah Projek YR1M).

“Saya terpaksa mengikut arahan Ung Su Ling dan Dennis See kerana mereka merupakan pemberi dana kepada Ihsan Perdana Sdn Bhd,” katanya.

Beliau berkata Ung dan Dennis mengarahkannya memindahkan dana itu ke dua akaun tersebut walaupun saya tidak tahu tahu siapa pemilik dana tersebut.

Katanya beliau cuma dimaklumkan oleh Ung bahawa duit telah masuk ke akaun IPSB dan beliau juga ada banyak kali bertanya Ung melalui telefon dan secara bersemuka tetapi Ung tidak memberitahu saya tentang sumber dana tersebut.

“Saya turut bertanya Dennis See perkara sama tetapi beliau memaklumkan bahawa saya tidak perlu tahu maklumat pemilik akaun itu,” katanya.

Dr Shamsul Anwar menjelaskan beliau hanya mengetahui bahawa semua dana RM42 juta adalah milik SRC melalui Gandingan Mentari Sdn Bhd iaitu anak syarikat SRC apabila membaca artikel yang disiarkan dalam laman web Wall Street Journal ketika berada di Belgium antara 1 dan 2 Julai 2015.

Beliau berkata apabila pulang ke Malaysia, beliau menghubungi Nik Faisal Ariff Kamil (Pengarah SRC) untuk bertanyakan punca dana RM42 juta dan beliau mengesahkan bahawa SRC telah memindahkan wang itu ke akaun IPSB melalui Gandingan Mentari.

Bagaimanapun beliau tidak ingat tarikh beliau menghubungi Nik Faisal.

Najib, 66, didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung 28 Mei. - BERNAMA
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2019/05/15/bayaran-rm42-juta





rI.99