Showing posts with label gabungan ketua cawangan malaysia. Show all posts
Showing posts with label gabungan ketua cawangan malaysia. Show all posts

Monday, February 15, 2016

CAWANGAN UMNO AKAN DESAK NAJIB LETAK JAWATAN?



GABUNGAN Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) telah mengambil keputusan untuk melancarkan KEMPEN MELOBI 21,245 Ketua Cawangan Umno di seluruh negara untuk membawa USUL mendesak Najib Razak BERUNDUR.

Dan untuk memberi semangat kepada USAHA ini, Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Presiden Umno, bersetuju untuk menjadi PENAUNG kepada GKCM.

Strategi Najib untuk berPAUT pada kuasa ialah dengan "menjaga" 191 Ketua Bahagian.

Sesiapa yang di bawah Ketua Bahagian, akan terbiar atau dapatlah serba sedikit lebihan dedak dari Ketua Bahagian.

Tidak MUSTAHIL untuk GKCM mencapai kejayaan untuk melobi Ketua-Ketua Cawangan ini.

Kalau hendak selamat, Najib kena bermula dari hari ini untuk "MENJAGA" Ketua-Ketua Cawangan ini untuk tidak membawa usul mendesak beliau meletakkan jawatan kerana mesyuarat cawangan akan bermula pada 18 Mac, bulan depan.

Tapi Najib kena lah kerja lebih sikit. Hendak menjaga 191 Ketua Bahagian, perkara mudah.

Hendak menjaga 21,245 Ketua Cawangan memerlukan sumber yang banyak. Jika seorang Ketua Cawangan diberi DERMA RM300, Najib perlu mengeluarkan RM6.37juta. Itu baru RM300 seorang.

Bagaimanapun, apalah RM6 juta kepada Najib.

Ramai tidak mengetahui bahawa di mesyuarat cawangan SETIAP ahli mempunyai hak bercakap. Tidak seperti Mesyuarat Bahagian atau perhimpunan agung di mana pembahas diPILIH.

Semasa mesyuarat cawangan, setiap ahli berhak untuk bangun bercakap.

Mereka berhak bercakap apa saja, apa saja di bawah cahaya mentari termasuk isu longkang di kampung mereka. Kata orang puteh, "anything under the sun". 

Kalau ahli hendak berdebat mendesak Najib meletakkan jawatan, itu hak beliau. Ketua Cawangan, yang kebanyakan mereka menerima elaun RM800 sebulan sebagai Pengerusi JKKK, tiada hak menghalang.

Kalau ahli mahu Najib dibawa ke muka pengadilan, itu juga HAK ahli. Ketua Cawangan tiada hak melarang.

Jika Ketua Bahagian sudah tidak boleh dipercayai untuk memperbetulkan parti dan menghidupkan semua peluang Umno di PRU-14, kini tiba masanya 3.47 juta ahli BANGKIT membetulkan keadaan.

Kepada Najib, tabah lah mengharungi musim mesyuarat cawangan antara 18 Mac - 1 Mei ini.

Ahli Umno akan bersuara. Dan Najib kena ingat, itu hak mereka untuk bersuara walaupun suara tersebut MEMINTA NAJIB meletakkan jawatan.

Sunday, November 29, 2015

KETUA CAWANGAN UMNO MANA ADA NILAI. DESAK NAJIB UNDUR UMPAMA SALAK BUKIT



Ini poster yang tersebar secara meluas di media sosial.

Jika Ketua Bahagian mempunyai persatuan mereka, Timbalan Ketua Bahagian juga mempunyai persatuan sendiri, kini Ketua-Ketua Cawangan juga sudah ada persatuan sendiri.

Tetapi persatuan Ketua-Ketua Cawangan ini lain perjuangan mereka dengan Ketua-Ketua dan Timbalan-Timbalan Ketua Bahagian - mereka mahu NAJIB RAZAK berundur sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Kita faham kenapa Ketua-Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Bahagian perjuangan mereka berbeza dengan Ketua-Ketua Cawangan.

Ketua dan Timbalan "KERAP" berjumpa dengan Presiden maka "MASALAH" peribadi pun kurang.

Lagipun Ketua-Ketua Cawangan tidaklah sepenting mana untuk Presiden dan Ketua-Ketua Bahagian.

Ketua-Ketua Cawangan hanya penting untuk mengadakan mesyuarat perwakilan cawangan setahun sekali.

Mereka HANYA PENTING untuk Ketua Bahagian apabila mengadakan pemilihan cawangan 5 tahun sekali di mana SOKONGAN mereka amat berharga untuk mengekalkan Ketua Bahagian.

Sekarang Ketua-Ketua Cawangan melaung meminta Najib berundur.

“Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dah banyak buat perkara yang menyusahkan rakyat, kita desak beliau BERUNDUR... kalau tak, kami semua seluruh negara akan undurkan dia.” - Ketua Umno Cawangan Kampung Railway, Mohd Said Midon.

http://www.sinarharian.com.my/politik/lagi-desakan-mahu-najib-segera-undur-1.456472

Tak lama lagi Mohd Said akan kena pecat.

Siapa yang desak Najib undur akan kena pecat.

Jika Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden Umno, pun kena PECAT sebagai Perdana Menteri inikan Mohd Said.

Ketua cawangan TIDAK penting dalam penentuan masadepan Presiden Umno, itu yang Mohd Said dan Ketua-Ketua Cawangan lain kena faham.

Yang penting dan bernilai ialah KETUA BAHAGIAN.

Kepada Ketua-Ketua Cawangan, ukurlah baju di badan sendiri sebelum menghentam Presiden.

Tuan-Tuan umpama menyalak bukit.