Showing posts with label 2000000. Show all posts
Showing posts with label 2000000. Show all posts

Thursday, December 8, 2016

DR MAHATHIR: "ISTANA NEGARA MILIK NAJIB". RAFIDAH: DOA MALAYSIA SELAMAT DARI SESIAPA YANG BAWA KEBURUKAN

mahathir-istana
"Saya akan ambil ingatan bahawa Istana Negara adalah MILIK Najib dan Parti Barisan Nasional." - Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pembatalan jemputan Istiadat Melafaz dan menandatangani Sumpah Jawatan oleh Seri Paduka Baginda Sultan Muhammad V, Yang di-Pertuan Agong.
Berikut kenyataan Tun Dr Mahathir:

PEMBATALAN
8 Dec 2016

Pada 10 haribulan 11, 2016, saya menerima jemputan dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang menjunjung titah perintah Majlis Raja-Raja untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-244 (Khas) di Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari Selasa 13hb Disember 2016 bersamaan 13 Rabiulawal 1438H jam 11.00 pagi sempena Istiadat Melafaz dan menandatangani Sumpah Jawatan oleh Seri Paduka Baginda Sultan Muhammad V, Yang di-Pertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Saya jawab bahawa saya akan hadir kerana saya anggap acara ini sebagai acara nasional yang tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik.

Pada 6hb Disember, 2016 saya terima surat dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang menyebut:

“Dengan hormat saya menyusuli undangan yang dihantar kepada YABhg Tun dan memaklumkan bahawa undangan tersebut adalah dibatalkan.


Surat ini bermaksud untuk mengelak sebarang kesipuan (embarrassment) jika YABhg Tun hadir pada hari dan ketika tersebut kerana Pejabat ini tiada menyediakan kerusi kepada YABhg Tun.”

Rupa-rupanya acara negara adalah sebahagian dari politik parti.

Saya minta maaf kerana membuat anggapan yang salah. Saya akan ambil ingatan bahawa Istana Negara adalah milik Najib dan Parti Barisan Nasional.

Sekian.

Terima Kasih.

Image result for rafidah aziz

"Bahkan saya lihat dimasa2 yang lepas Ketua Pembangkang pun ada tempat dalam acara2 resmi Kerajaan. MELUAT DAN JELAK SAYA MELIHAT APA YANG SEDANG BERLAKU.. CUKUP MEMALUKAN DI LIHAT OLIH DUNIA...SEBUAH NEGARA YANG DIHORMATI DUNIA TELAH TERSUNGKUR OLIH SALAH URUSTADBIR...DAN DI EJEK SERTA DI PANDANG RENDAH OLIH DUNIA. BERSAMA SAMA KITA BERDOA SUPAYA MALAYSIA TERSELAMAT DARI SESIAPA YANG MEMBAWA KEBURUKAN KAPADA KITA.. INI NEGARA KITA BERSAMA.." - Tan Sri Rafidah Aziz.

Kenyataan penuh Rafidah:



JEMPUTAN DIBATALKAN ?

Saya membaca dengan rasa tidak percaya..tetapi malangnya ia berita yang betul..bahawa Jemputan kapada Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah , untuk menghadhiri Majlis Angkat Sumpah DYMM Yang Di Pertuan Agung Yang Baru telah di BATALKAN! KERANA TIDAK ADA KERUSI DI SEDIAKAN UNTUK MEREKA !
Bukankah mereka telah di Anugerahkan Darjah Tertinggi Nehara olih DYMM YDP AGONG?
DAN atas alasan itu sahaja berhak dijemput.
Tiada sesiapa yang bolig menyoal dan
menidakkan pendirian politik mereka..atau sesiapa jua !


MENGAPA jadi Bagini??
ADAKAH kehadhiran mereka dianggapkan olih pihak2 tertentu.,akan mencemarkan majlis?

WALHAL hehadhiran SESIAPA yang berpalit dan bersalut skandal , Rasuah, salah urus tadbir, dsb adalah sebenarnya membawa " kesipuan/embarassment kapada APA JUA MAJLIS..TIDAKKAH BAGITU ?
Tidakkah ini menunjukkan kecetekan kematangan ..dan kehilangan kesopanan .dan tiada tamaddun?
Dan tidak tahu menghargai Jasa seorang yang telah , semasa beliau menerajui Kerajaan..telah mengharumkan nama Malaysia dan Rakyatnya.
MENGAPA harus ada unsur2 dendam PERIBADI dalam urusan2 resmi saperti ini? Bahkan saya lihat dimasa2 yang lepas Ketua Pembangkang pun ada tempat dalam acara2 resmi Kerajaan.
JANGANLAH jatuh ke kancah dendam dan benci membenci..
JANGANLAH SEGALA2NYA di politikkan
Pemimpin harus lebih matang ...dan berdiri mengatasi perkara2 yang menunjukkan fikiran cetek.
Saya sentiasa berdoa akan Penyeselesaian olih ALLAH YAMG MAHA BERKUASA ATAS SEGALA2NYA.
YANG BETUL TETAP BETUL
DAN YANG SALAH TETAP SALAH...DAN MAANUSIA SEBENARNYA TIADA UPAYA UNTUK MENENTANG KUASA ALLAH.

MELUAT DAN JELAK SAYA MELIHAT APA YANG SEDANG BERLAKU..
CUKUP MEMALUKAN DI LIHAT OLIH DUNIA...SEBUAH NEGARA YANG DIHORMATI DUNIA TELAH TERSUNGKUR OLIH SALAH URUSTADBIR...DAN DI EJEK SERTA DI PANDANG RENDAH OLIH DUNIA

BERSAMA SAMA KITA BERDOA SUPAYA MALAYSIA TERSELAMAT DARI SESIAPA YANG MEMBAWA KEBURUKAN KAPADA KITA..
INI NEGARA KITA BERSAMA..