Sunday, January 31, 2021
NAJIB BULI MUHYIDDIN DI FACEBOOK SUPAYA DIBENCI RAKYAT
Saturday, January 30, 2021
RAMAI YANG PUKUL ORANG ADA GELARAN DATUK? DARI MANA DIA ORANG DAPAT GELARAN DATUK INI?
Ada beberapa cerita menarik yang kita baca di media seminggu dua ini.
Antaranya:
1. Seorang Datuk telah mengugut dan menampar pekerja restoran di Petaling Jaya. Baca di link ini: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ugut-dan-tampar-pelanggan-restoran-datuk-ditahan-reman-dua-hari-277912
2. Seorang Datuk dan seorang Datuk Seri bergaduh gara-gara "parking" helikopter di depan rumah.
3. Seorang wanita, anak seorang Tan Sri, di pukul oleh seorang Datuk di Kuala Lumpur.
https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2021/01/datuk-pukul-anak-tan-sri-pulakdah.html
Jelapang ingin tahu dari mana mereka-mereka ini dapat GELARAN DATUK? Siapa yang bagi?
Friday, January 29, 2021
MB KEDAH BANYAK GEBANG DARI BUAT KERJA
JIKA diteliti senarai Menteri-Menteri Besar yang lalu, kita kagum dengan ketokohan dan jasa mereka kepada rakyat Kedah.
Generasi lama yang dihormati oleh rakyat Kedah antara Syed Omar Shahabuddin, Syed Ahmad Shahabuddin dan Syed Nahar Shahabuddin.
Generai baru ialah Osman Aroff, Syed Razak Barakbah dan Sanusi Junid.
Walaupun di saat akhir hayat politik mereka diselubungi kontroversi, jasa mereka terlalu besar kepada Kedah.
Osman Aroff umpama Ali Rustam semasa beliau Ketua Menteri Melaka.
Osman Aroff dan Dr Mahathir Mohamad sama-sama berganding membangunkan Kedah dan kemajuan Alor Setar adalah legasi mereka.
Sanusi Mohamad Noor, Menteri Besar Pas sekarang, perlu lihat kepada sejarah ini.
Jika Sanusi mahu dikenang sebagai Menteri Besar yang anti bukan Islam atau rasis, itu pilihan beliau.
Setakat ini Sanusi lebih banyak GEBANG, kata orang Kedah, dari membangunkan negeri.
Kedah membangun sekarang bukan kerana Pas atau atas sumbangan beliau.
Tuesday, January 12, 2021
SELESAIKAN KES MAHKAMAH NAJIB & ROSMAH
HARI ini Muhyiddin Yassin mengisytiharkan DARURAT sehingga 1 Ogos.
Hanya satu harapan kita. Dalam TUJUH bulan ini semua kes-kes melibatkan Najib Razak, Zahid Hamidi, Rosmah Mansor, Ahmad Maslan, Azeez Rahim diSELESAIKAN.
Kita nak tengok Najib dan mereka-mereka ini diPENJARAKAN kerana mengkhianat rakyat semasa mereka BERKUASA.
Itulah harapan kita.