Monday, July 1, 2019

UMNO DIPIMPIN KETUA YANG BERGELUMANG DENGAN KES RASUAH



TOK MAT agen Tun Mahathir.

Itulah yang disebarkan ke bahagian-bahagian dan akar umbi.

Ianya permulaan untuk menyingkirkan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Mat Hasan dari terus memangku jawatan Presiden yang dikosongkan oleh Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, ia bertujuan menghalalkan cara untuk Zahid Hamidi kembali sebagai Presiden Umno.

Ada yang menuduh ini semua perancangan Najib Razak dan Zahid Hamidi berikutan inisiatif Mat Hasan mahu membersihkan imej Umno dan mengembalikan keyakinan orang Melayu yang rata-rata melabelkan pemimpin Umno kaki rasuah.

Mat Hasan dikatakan mahu meminda Perlembagaan Umno bagi mengharamkan pemimpin yang didakwa dari memegang apa-apa jawatan di dalam Umno dan ianya dilihat ditujukan kepada Zahid dan Najib.

Tak sempat Mat Hasan buat perubahan, semalam "ditendang keluar" dari Pejabat Presiden Umno.

Image may contain: 1 person, smiling, sitting, stripes and indoor
Maka ahli Umno kembali dipimpin oleh Zahid, yang berulang alik ke mahkamah menghadapi berpuluh tuduhan rasuah.

Kini Umno dipimpin semula oleh pemimpin yang dikatakan mempunyai kes rasuah terbesar di DUNIA -- 87 kes (termasuk pengubahan wang haram) melibatkan lebih RM167 JUTA (RM167,000,000.00).

Begitulah hebatnya Umno - setia dan sedia dipimpin oleh pemimpin yang didakwa melakukan rasuah terbesar di dunia.

Kita hanya boleh ketawa apabila Zahid menyatakan komitmen untuk membanteras RASUAH apabila Umno mengambil alih tampuk pemerintahan negara selepas PRU-15 nanti.




No comments: