Thursday, December 6, 2018

UMNO BERUBAH WADAH. DARI PEMERINTAH KEPADA KAKI JALANAN

Related image
SABTU ini, 8 Disember 2018, Umno akan bertukar wajah dan wadah - dari parti pemerintah kepada parti jalanan.

Selepas 8 Disember, Umno akan menjadi parti "kaki demo" dipimpin oleh pemimpin korup yang berhadapan dakwaan di mahkamah dan bekas presiden Umno Najib Razak yang tiba-tiba mahu membawa imej bersih dan berjiwa rakyat.

Sepanjang hidup beliau sebagai Perdana Menteri, beliau menipu dan meraih titik jerih rakyat, hidup penuh kemewahan hasil dari jawatan yang diberikan rakyat.

Sehingga hari ini, sukar untuk kita melupai kemewahan majlis perkahwinan anak beliau, bunga hidup menghiasi majlis perkahwinan dari siling sampai ke lantai.

Semuga suatu hari nanti, anak beliau terbuka hati bertanya kepada mak bapa beliau, "dari mana datangnya kesemua duit itu."

Sabtu ini, Umno menjadi kepala kepada perhimpunan Anti-Icerd.

Tiba-tiba ICERD jadi penting kepada Najib dan Zahid Hamidi dan Umno. Tiba-tiba Zahid sedar dari lena, perlu tentang ICERD walaupun isu ini berbangkit di zaman Umno.

ICERD bukan baru. Ianya dimaktubkan pada 4 Januari 1969, 49 tahun yang lalu, dan ditandatangani sehingga kini oleh 88 negara.

Antara negara tersebut ialah Arab Saudi (penjaga Kaabah), Jordan, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu, Mesir, Bahrain, Turki, Iran, Iraq, Syria, Indonesia, Pakistan, Libya, Yaman, Bangladesh, Algeria, Afghanistan dan beberapa negara Islam lain.

Tetapi tidak mengapa. Untuk menenggelamkan isu rasuah diri masing-masing, Najib, Zahid dan konco-konconya perlu adakan perarakan ini untuk rakyat melupakan sifat tamak haloba mereka semasa memerintah.

Sabtu ini, kita saksikan perarakan ini kerana itu saja modal yang Umno dan pemimpinnya ada untuk menarik perhatian rakyat.

Kerana hari-hari mendatang akan bertambah sukar buat Umno selagi ianya ditunggang oleh kepimpinanan bersalut rasuah. 


1 comment:

Anonymous said...

Hello mr admin hg xde tajuk lain ke selain nk pelaga melayu.. limau perut tiga serangkai