Tuesday, September 25, 2018

PERWAKILAN UMNO BOIKOT PERHIMPUNAN UMNO

Image result for zahid hamidi hadi awang

BOIKOT PERHIMPUNAN AGONG UMNO

Kali ini kita BOIKOT Perhimpunan Agong sama seperti keputusan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengambil keputusan "membantu" Anwar Ibrahim menang percuma di Port Dickson menggunakan alasan kononnya perbelanjaan menguruskan pilihanraya tersebut boleh digunakan untuk tujuan berfaedah.

Apalah sangat RM3.6 juta berbanding dengan RM2.6 bilion yang dimiliki oleh Najib Razak dan perbelanjaan kad kredit berjumlah RM800,000 menggunakan duit Yayasan.

Kita boikot perhimpunan agong ini kerana perbelanjaan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri Perhimpunan Agong hujung minggu boleh digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah.

Tak untung kita ke Kuala Lumpur semata-mata nak dengar celoteh Presiden Umno yang masih tidak tahu hala tuju Umno selepas 86 hari menjadi Presiden parti kecuali merangkak mengadap Tun Dr Mahathir Mohamad anak lelaki Iskandar Kutty dari Kerala, India, memuaskan hati Anwar Ibrahim dan menagih harapan dari Presiden Pas Hadi Awang dan ahli-ahli Pas.

Dalam parti sendiri, pemimpin-pemimpin berlumba meninggalkan parti.

Lagipun katanya, persidangan Umno kali ini akan dibuat secara "TERTUTUP". Maksudnya buat majlis supaya ahli tak tahu apa yang dibincangkan dan menghalang ahli dari menilai kepimpinan parti mereka.

Parti politik NYAMUK pun buat persidangan terbuka. Parti Zahid Hamidi buat secara tertutup.

Padanlah pemimpin berebut keluar Umno.

2 comments:

Unknown said...

Hek.eh... kalau dah bersatu dan menyokong Tun tak payahlah peduli sangat UMNO BERTANDING KER IDAK.... kau pun sama satu kepala ngan Tengku Razaleigb..... gunting dalam lipatan.

abahturon said...

ada benarnya, boleh difikirkan..