Wednesday, November 8, 2017

SETIAUSAHA POLITIK MB KEDAH SAHKAN BASHAH KENA BOO SEMASA FINAL PIALA MALAYSIA



INI adalah sidang akhbar Ketua Pemuda Umno Kedah Shaiful Hazizy Zainol Abidin.

Shaiful Hazizy merupakan staf Menteri Besar Kedah Ahmad Bashah Md Hanifah, suatu ketika dulu menjadi bahan jenaka di Kedah apabila tersiar gambar Shaiful Hazizy sedang minum di Starbucks dengan cawan Starbucks ditulis "Dato Shaiful".

Intipati sidang akhbar Setiausaha Politik Bashah:

1. Sahkan Bashah di"BOO" oleh penonton Kedah semasa final Piala Malaysia melawan pasukan JDT.

2. Meminta Bashah meletakkan jawatan sebagai Presiden KFA.

3. Menyatakan Bashah sudah berusia, berumur 67 tahun, dan perlu dihormati.

Semalam Bashah membuat kenyataan bahawa kedudukan beliau diserahkan kepada jawatankuasa eksekutif Persatuan Bolasepak Kedah.

Jelapang: Seharusnya Shaiful Hazizy nyatakan kenapa Bashah di BOO. Adakah kerana Bashah sudah kehilangan keyakinan rakyat?

Adakah beliau diBOO atas jawatan Presiden KFA atau diBOO atas jawatan Menteri Besar?

Jika diBOO sebagai Menteri Besar, adakah ini bermakna Bashah juga perlu mempertimbangkan untuk melepaskan jawatan Menteri Besar?

Apakah BOO ini petanda Kedah akan jatuh ke tangan pembangkang dalam PRU14 nanti?

Adakah BOO ini mendapat perhatian Najib Razak?

Rasanya Setiausaha Politik Bashah ada JAWAPAN kepada semua soalan ini.
  

3 comments:

Anonymous said...

Tak kena boo pun tetap out selepas pru14 nanti. Tanyalah rakyat kdah rata2 meluat dgn mb ni dan terutama skli ameno.

Anonymous said...

biasa aje la menge'BOO' pemimpin ni bagi orang ph. akhlak dan perangai buruk dan kuat mengutuk. nak pelik apa, pembangkang memang macam tu...

Khairi said...

apaa?? nak salah pakatann?? hang nk kena boo kaa??