Wednesday, September 27, 2017

SELEPAS KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA, MARA DIGITAL MALL BAKAL GAGAL?

Image result for digital mall ismail sabri

APA jadi kepada Mara Digital Mall?

Mana Ismail Sabri, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, yang dahulunya mendabit dada kononnya mahu membantu peniaga Melayu menyaingi Low Yat yang terkenal sebagai pusat ICT?

Berikut kenyataan Ismail Sabri pada 15 Disember 2015:

“Saya sangat mengharapkan sokongan orang Melayu dan Bumiputera untuk kejayaan Mara Digital ini. Perancangan saya untuk membuka di seluruh negara bagi lahirkan lebih ramai usahawan Melayu dalam bidang IT. Saya tak kisah kalau tak mau sokong tapi jangan cuba gagalkan. Saya hairan sepatutnya kita suka harga turun. Sepatutnya kita suka sewa percuma untuk bantu orang Melayu tapi saya dihina dan dicerca kerana nak tolong Melayu."
http://www.sinarharian.com.my/nasional/mara-digital-ismail-sabri-sedih-dihina-dikecam-1.462189

Semalam, satu laporan disiarkan mengenai RUNGUTAN peniaga di Mara Digital bahawa JUALAN MEREKA MEROSOT 60 PERATUS.

Dan lebih menarik, KADAR SEWA AKAN DINAIKKAN 5%.

Adakah ini cara membantu orang Melayu yang diwarwarkan oleh Ismail Sabri dahulu?

Adakah jika tidak dinaikkan sewa, Mara terpaksa tutup Mara Digital Mall sepertimana dilakukan kerajaan terhadap Kedai Rakyat 1Malaysia?

Kita amat hairan, apa yang berjaya di era Najib Razak ini.

Mara Digital Mall bermasalah. 1MDB lingkup. Kedai Rakyat 1Malaysia bungkus.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/09/26/peniaga-mara-digital-mall-keluh-jualan-turun-60-sewa-akan-naik-5/

Image result for digital mall ismail sabri

Dan di mana Ismail Sabri?

Sebelum ini bukan main buat kenyataan hendak membantu peniaga Melayu dan kalau boleh mahu bankrapkan Low Yat.

Sekarang peniaga Melayu di Mara Digital merungut. Bantulah.

Dalam keadaan perniagaan mereka merosot, sewa dinaikkan?

Bukankah Mara kaya raya? Sehingga mampu menaja pasukan bolasepak.

http://www.milosuam.net/2017/01/tmj-dedah-dokumen-bukti-annuar-musa.html

Janganlah biarkan, Mara Digital Mall dilabelkan sebagai SATU LAGI KEGAGALAN NAJIB.

Kesian lah pada bos you, Dato' Mail.

3 comments:

Anonymous said...

Padan muka umno bn pulak insyallah bankrap

Anonymous said...

Insyallah amin ya allah hancur dan lenyapnya umno bn najibrazak rosmahmansor

Anonymous said...

Mahathaik SERBA TAK TAHU kata.. BIASALAH PERNIAGAAN MESTI ADA UNTUNG RUGI..

sebab itu jgn komen pasal perniagaan org lain, 'perniagaan' main judi Forex rugi 30 billion.. biasalah.. kata Madey.. SAYA TIDAK TAHU??