Friday, May 22, 2015

SYED ALI SOKONG MUHYIDDIN - PECAT PENGARAH 1MDB

JELAPANG tidak berapa minat dengan Syed Ali Al-Habshi, Ketua Bahagian Cheras.

TETAPI, kali ini Jelapang ingin MENYOKONG penuh PENDIRIAN Syed Ali dalam MENYOKONG kenyataan Muhyiddin Yassin agar keseluruhan ahli lembaga pengarah 1MDB dipecat berikutan isu yang melanda 1MDB.
http://umnobahagiancheras.blogspot.com/2015/05/we-support-muhyiddin-axe-1mdb-board-now.html

Kita merasa amat PELIK apabila Najib Razak masih membisu dan tidak membuat keputusan untuk MEMECAT Lembaga Pengarah 1MDB dan mengarahkan POLIS untuk menyiasat 1MDB.

Setakat yang Jelapang terbaca TIGA personaliti yang ada kaitan SIPI-SIPI dengan 1MDB samada diBERHENTIKAN KERJA, diGANTUNG atau diLUCUTKAN tugas.

1. Pengarah Urusan Ambank Ashok Ramamurthy dikatakan berundur berikutan isu pinjaman kepada 1MDB. http://www.malaysiakini.com/news/290782

2. Pegawai Kanan BSI Bank Singapura digantung tugas.
http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=499502:half-a-billion-usd-was-transferred-from-good-star-to-jho-low%E2%80%99s-bsi-singapore-account-major-exclusive&Itemid=2#.VVm2Pbmqqkp

3. Khadem al Qubaishi, Ketua Pegawai Eksekutif International Petroleum Involvement Company (IPIC) diLUCUTkan tugas. http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=501491:1mdb-dirt-hits-global-fan-saudi-fund-removes-jho-lows-key-contact-najib-paralysed-with-fear?&Itemid=2#axzz3aTueLvr6

IA benar-benar pelik. Gempa bumi berlaku di Kuala Lumpur dan episenter pun di Kuala Lumpur. Tetapi tiada apa-apa yang berlaku di Kuala Lumpur. Tiada siasatan polis, tiada siapa dipecat atau digantung tugas.

Tetapi mereka yang sipi-sipi terkena bahang gempa 1MDB di luar Malaysia ini ada digantung tugas dan dilucutkan jawatan.

Benar kata orang, di Malaysia BANYAK PERKARA MENAKJUBKAN sedang berlaku.

8 comments:

Anonymous said...

Kerajaan boneka yg dijajah orang liar mme mcn tu......akui skg malaysia sudah dijajah..najib tak boleh Buat apa2 lagi.....

Anonymous said...


Dari sudut perjalanan korporat, saranan TS Muhyiddin tepat sekali.

Seluruh lembaga pengarah dipecat.

Pandangan YB Rahman Dahlan yang kononnya jika dipecat CEO & Ahli Lembaga Pengarah tidak akan hadir siasatan oleh PAC adalah satu pandangan berniat serong untuk menyelamatkan individu tertentu yang bertanggungjawab terhadap masalah 1MDB.

Begitu juga dengan pandangan kononnya jika CEO dan lembaga pengarah dipecat, CEO yg baru dan Ahli Lembaga yg baru akan mengambil masa utk memahami 1MDB juga pandangan yang berniat utk melindungi individu yang bertanggungjawab kpd semua masalah 1mdb.

Sy menyokong saranan ts muhyiddin yassin iaitu semua CEO & lembaga 1mdb dipecatt.

Pendengaran yg dilakukan oleh PAC dan siasatan akauntan negara juga perlu dhentikan serta merta.

Tidak perlu PAC. Tak perlu AG.

Biar polis selesaikan isu 1MDB ini.

Sebaiknya polis menyerbu penjabat 1MDB, rampas semua file, beku semua akaun 1MDB dan siasat setiap ahli lembaga pengarah dan CEO.

Cari siapa yg memberi arahan dan buat keputusan 1mdb.

Siasat sampai kelubang cacing.

Tangkap dan dakwa mereka yg terlibat.

itu saja penyelesaiannya.

Pd pandangan saya pandangan Rahman Dahlan adalah pandangan membodek dan cuba melindungi orang yg bersalah.


MAT 1MDB

Anonymous said...

kenapa nak pecat???

Sekarang 1MDB tengah diaudit oleh Ketua audit negara dan PAC...

TUnggu lah keputrusan...

Kalau ada penyelewegan, baru kiat minta dia dipecat..

Siasatan tak habis, kenapa nak pecat??? Bodoh la lu...

Anonymous said...

kenapa nak pecat???

Sekarang 1MDB tengah diaudit oleh Ketua audit negara dan PAC...

TUnggu lah keputrusan...

Kalau ada penyelewegan, baru kiat minta dia dipecat..

Siasatan tak habis, kenapa nak pecat??? Bodoh la lu...

Anonymous said...

Tunggu audit. Tunggu audit. Tunggu audit.

Bunyi macam bebal

Anonymous said...

pecat ..siasat ..tangkap..
audit dan pac pun patut kena siasat juga..

Anonymous said...

Selepas itu, bab akhir yg seronok. Pengerusi akan pecat diri sendiri...hehe

Anonymous said...

Asyik asyik tunggu audit habis kangkung tak tunggu pun audit

siBugis lembek ni dah pun buat macam macam ucapan tentang 1MinangBuatDak