Saturday, March 7, 2015

SOKONG MUHYIDDIN: LAKUKAN AUDIT FORENSIK KE ATAS 1MDB

Image result for muhyiddin+najib
SEMALAM  Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengeluarkan satu kenyataan akhbar mengenai isu 1MDB di mana beliau menekankan perlu dilaksanakan AUDIT FORENSIK untuk menentukan tiada PENYELEWENGAN di dalam urusniaga 1MDB.

Muhyiddin juga mendesak supaya SIASATAN ke atas 1MDB sejak 2009 lagi.

Timbalan Perdana Menteri juga mahukan supaya Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara turut memulakan siasatan SERENTAK tanpa menunggu audit yang akan dilakukan oleh Ketua Audit Negara.

Apabila membaca kenyataan Muhyiddin, Jelapang merasakan rupa-rupanya Perdana Menteri Najib Razak mempunyai gandingan kepimpinan yang mantap bersama Muhyiddin.

Terkenang Jelapang kepada Allahyarham Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman (kembali ke rahmatullah pada 2 Ogos 1973), gandingan yang jitu bersama Allahyarham Tun Abdul Razak, bapa Najib.

Allahyarham Tun Dr Ismail dikenali sebagai seorang yang TEGAS dan bertanggungjawab memulihkan KEYAKINAN RAKYAT semasa pentadbiran Tun Razak.

Ismail Rahman.jpg
Walaupun tiada akhbar Umno semalam berani meletakkan kenyataan Muhyiddin di muka hadapan, nampaknya kenyataan Muhyiddin semalam menggambarkan Timbalan Perdana Menteri kini sedang BERUSAHA KERAS untuk cuba mengembalikan semula KEYAKINAN RAKYAT KEPADA NAJIB DAN ROSMAH MANSOR yang sudah lama LUNTUR dan PUDAR.

Amat jelas sekali kenyataan Muhyiddin semalam menunjukkan sikap IKHLAS beliau mahu memperbaiki keadaan dan memastikan NAJIB terus memimpin negara walaupun diserang hebat berikutan rekod pentadbiran yang kurang memuaskan dan imej buruk yang dibawa oleh Rosmah. Juga jelas sekarang Muhyiddin memiliki salah satu kualiti yang ada pada Tun Dr Ismail.

BERIKUT KENYATAAN MUHYIDDIN YASSIN SEMALAM MENGENAI 1MDB



KENYATAAN AKHBAR YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI
BERHUBUNG ISU 1MDB
 
6 MAC 2015
 
Dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 4 Mac 2015, Jemaah Menteri telah diberikan taklimat oleh 1MDB dan firma auditnya Deloitte berhubung beberapa dakwaan yang dibuat terhadap dana pelaburan strategik itu.
 
Saya menyambut baik arahan YAB Perdana Menteri supaya Ketua Audit Negara mengesahkan secara bebas akaun 1MDB yang mana laporannya akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara untuk penelitian lanjut.
 
Saya berpandangan Ketua Audit Negara wajar mengaudit akaun 1MDB secara telus, bebas dan menyeluruh dengan meneliti akaun 1MDB sejak awal penubuhannya. Ini kerana beberapa tuduhan penyelewengan yang dilemparkan terhadap dana pelaburan strategik itu adalah berhubung urusniaga yang dibuat sejak tahun 2009 yang tidak termasuk dalam tahun kewangan 2013 yang diaudit oleh firma Deloitte.
 
Ini termasuk tuduhan berlakunya penyelewengan dalam usahasama antara 1MDB dan PetroSaudi International seperti yang ditimbulkan oleh beberapa portal berita. Saya percaya pengauditan yang telus, bebas dan menyeluruh adalah penting untuk membersihkan nama dana pelaburan strategik milik kerajaan itu daripada sebarang tuduhan penyelewengan dan salah laku.
 
Oleh kerana dakwaan terhadap 1MDB  melibatkan urusniaga korporat yang agak kompleks serta menyentuh kepentingan negara dan kerajaan, Ketua Audit Negara mestilah diberikan sokongan sumber, kepakaran dan tempoh masa yang tidak terlalu lama untuk menyiapkan satu laporan yang lengkap dan komprehensif. Ini penting untuk memulihkan reputasi 1MDB dan mengembalikan keyakinan pelabur. Audit forensik hendaklah dilaksanakan untuk menentukan tiada penyelewengan kewangan berlaku dalam urusniaga 1MDB. Pada masa yang sama, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara juga boleh memulakan siasatannya sendiri tanpa perlu menunggu Laporan Ketua Audit Negara disiapkan.
 
1MDB mesti memandang serius semua dakwaan yang dilemparkan terhadapnya terutama di media sosial. Untuk membersihkan nama 1MDB, tindakan undang--undang hendaklah diambil terhadap sesiapa sahaja yang melemparkan tuduhan tidak berasas. Lembaga Pengarah 1MDB juga perlu mengambil tanggungjawab bersama dan bersedia menghadapi tindakan undang-undang sekiranya hasil siasatan mendapati terdapat kecuaian atau penyelewengan dalam urusniaga 1MDB.
 
Lembaga Pengarah perlu memberikan penjelasan tentang beberapa urusniaga yang kelihatan tidak memberikan keuntungan jangka panjang kepada syarikat dan kerajaan. Kerajaan juga akan menanggung kerugian jika penstrukturan semula 1MDB melibatkan penjualan tanah TRX dan Bandar Malaysia yang diperolehi pada harga yang rendah daripada kerajaan dan hasil penjualan digunakan untuk membayar hutang syarikat. Saya juga ingin menegaskan bahawa sebarang usaha untuk menangani isu 1MDB tidak wajar melibatkan tindakan menyelamat (bail out) syarikat tersebut dengan menggunakan dana awam.
 
TAN SRI DATO HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Timbalan Perdana Menteri

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1114701


NOTA: Jelapang terkejut dengan berita adanya ura-ura mahu MENUTUP 1MDB. Bukankah firma audit Deloitte telah memberikan laporan yang memuaskan kepada Kabinet Rabu lepas. Jika 1MDB tidak melakukan sebarang kesalahan, kenapa mahu ditutup 1MDB?


PETIKAN DARI KENYATAAN NAJIB

"Setelah menerima penjelasan dari 1MDB dan Deloitte, Kabinet melahirkan keyakinan bahawa tidak terdapat sebarang salah laku dalam 1MDB, dan hasrat mereka supaya syarikat itu dibenar melaksanakan hasil semakan strategiknya yang dicadangkan."

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/03/04/najib-arah-ketua-audit-negara-sahkan-audit-1mdb/

No comments: