Tuesday, December 9, 2014

KALAU IBU TUNGGAL CURI KICAP KENA JEL, BAGAIMANA KES FELCRA



DUA situasi yang berbeza.

Situasi I: Seorang ibu tunggal yang terdesak, mempunyai 6 anak, MENCURI dua bungkus susu formula Dutch Baby, dua botol kicap Cap Kipas Udang, 4 pensil mekanikal, ubat gigi Colgate, 1 serbuk minuman Super Power, dan satu pencuci pinggan. HUKUMAN: PENJARA 6 HARI, DENDA RM300.
http://kedahku.blogspot.com/2014/12/bacalah-hayati-lah-kesempitan-orang.html

Situasi 2: 3 TIMBALAN MENTERI dan Ahli Parlimen (Tajuddin Rahman, Ismail Abdul Muttalib dan Halimah Saddique) didakwa membuat bayaran bonus kepada diri sendiri tanpa kelulusan Kementerian Kewangan. Menurut satu laporan, SPRM dikatakan berpendapat bahawa ianya bukan kes rasuah tetapi KES PECAH AMANAH. Selain bonus berbentuk tunai, kawasan Parlimen Pasir Salak yang diterajui bekas Pengerusi Felcra Tajuddin yang kini Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menerima 30 EKOR LEMBU darii FELCRA untuk dikorbankan semasa Hari Raya Aidiladha.
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/three-deputy-ministers-took-felcra-bonus-without-ministry-approval-pac-hear

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kumpulan-peserta-felcra-buat-laporan-polis-bonus-tanpa-izin-kepada-lembaga

Rakyat semakin hari semakin celik politik. Kes-kes sebegini lah yang akan menentukan kecenderungan rakyat memilih kerajaan memerintah.

Apakah ketelusan hanya untuk ibu tunggal dan rakyat biasa atau undang-undang benar-benar tidak mengenali pangkat dan darjat?

2 comments:

Anonymous said...

Sakit menteri menteri yg di lantik najib ni.....macammane lah blogger nak pertahan .....bangang sungguh yg melantik dia ni.

Anonymous said...

bapak borek anak rintik