Wednesday, January 22, 2014

DAIM ZAINUDDIN: NAJIB TIDAK CEKAP & BN AKAN HILANG KUASA

Daim ramal BN kalah pilihanraya

 | January 22, 2014
Kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak cekap
ALOR STAR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim 
Zainuddin meramalkan BN akan kalah sekiranya 
pilihanraya diadakan ketika ini kerana rakyat marah
 kepada BN berikutan isu kos sara hidup.

Menurut beliau, kerajaan BN pimpinan Datuk Seri
Najib Tun Razak tidak cekap dan boleh mendatangkan
mudarat hilangnya kuasa BN dalam pilihanraya umum 
akan datang.

“Kerajaan gagal mengawal isu kenaikan harga barang,”
 kata beliau dalam satu majlis anjuran Umno Bahagian
 Merbok di sini Sabtu lalu.

Beliau yang juga bekas ahli parlimen Merbok menambah
tol tidak perlu dinaikkan sebaliknya mengkaji semula
perjanjian konsesi untuk melanjutkan tempoh masa.

“Isu pengurangan subsidi yang selama ini dinikmati 
rakyat perlu diteruskan dengan mengurangkan
perbelanjaan kerajaan di mana rakyat nampak 
kerajaan boros dalam perbelanjaan negara,” katanya lagi.

Daim mendakwa terlalu banyak wang dibelanjakan 
untuk perkara yang tidak patiut dan tidak memberi 
pulangan yang baik kepada rakyat dan negara.

Beliau berpendapat kenaikan elaun dan gaji 
kakitangan kerajaan juga mempengaruhi kenaikan
harga barang.

Tambahan pula katanya, menteri gagal menjelaskan
isu ini kepada rakyat yang menyebabkan rakyat lebih
 marah kepada kerajaan.

“Najib selaku Menteri Kewanagn tidak bijak
menguruskan perbelanjaan negara,” katanya lagi.

Beliau yang juga bekas Bendahari Umno mendakwa
ketika negara di landa banjir, Najib dan lain-lain
 menteri bercuti di luar negara.

“BN masih kuat kerana sokongan orang Melayu 
di luar bandar. Sepatutnya orang Melayu yang
 perlu mendapat manfaat daripada kerajaan,” saran beliau.

Daim mendakwa perbelanjaan besar dalam 
perkara-perkara mengambil hati kaum Cina adalah
kerja yang sia-sia dilakukan Najib kerana orang 
Cina tidak akan menyokong BN.

Sepatutnya, tambah beliau, Najib menjaga 
orang Melayu.

“Najib terlalu mengikut kehendak para penasihatnya
dalam menentukan dasar yang merugikan orang
 Melayu sendiri,” tegasnya lagi
Jelapang: Persoalannya mahukah Najib mendengar
teguran Daim? Kalau teguran Tun Dr Mahathir
Mohamad pun masuk telinga kanan keluar
telinga kiri, apalah sangat nasihat Daim.
Ditegur macam mana pun, Najib dan Rosmah
tetap keluar negara semasa banjir bagi meraikan
Tahun Baru di luar negara.
Ketika rakyat menderita, semasa ketiadaan beliau,
pegawai Najib hanya menggunakan blog untuk
untuk berinteraksi dengan rakyat seolah-olah
rakyat tidak lagi penting.
Kritik lah seteruk mana sekali pun, Najib dan
Rosmah akan mengambil sikap "apa aku peduli".

No comments: