Thursday, February 21, 2013

CHUA SOI LEK LANGKAH KEPALA

Semalam Presiden MCA Chua Soi Lek mengumumkan Ahli Parlimen Pandan dan bekas Presiden MCA Ong Tee Keat digugurkan dari senarai calon bagi PRU-13.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/2/21/nation/12740123&sec=nation

Katanya bahagian Pandan sendiri yang tidak mencalonkan Tee Keat untuk mempertahankan kerusi beliau.

Menariknya Soi Lek mengumumkan Gary Lim sebagai calon untuk kerusi Parlimen Pandan.

Kalau tak silap Jelapang, Gary Lim merupakan calon pertama BN yang diumumkan secara rasmi sebagai calon PRU oleh presiden parti beliau.

Tertanya-tanya juga di mana letaknya semangat setiakawan BN di dalam MCA?

Bukan kah keputusan memilih calon adalah hak Perdana Menteri?

Teringin juga kita hendak menanyakan kepada Najib Razak apa perasaan beliau apabila Presiden MCA mendahului beliau dalam menamakan seseorang calon.

Semalam juga Jelapang mendengar keluh kesah sesetengah ahli Umno yang rimas dengan tindak tanduk MCA menamakan calon mereka di kawasan-kawasan yang sepatutnya diletakkan calon dari Umno.

Bagi Jelapang, ini lah masanya kita dapat menilai ketegasan kepimpinan Umno di dalam pemilihan calon.

1 comment:

Unknown said...

Kepada Semua ahli-ahli MCA Malaysia
Untuk kekuatan parti MCA, saya sebagai ketua MCA Gombak(YIP KUM FOOK, LAWYER) harap ketua parti MCA Agong Malaysia Datuk Sri Dr. Chua Soi Lek dan Naib Ketua MCA Datuk Sri Liow Tiong Lai, lebih baik dua-dua meletak jawantan
Dan memberi peluang kepada Naib ketua MCA Agong Donald Lim Siang Chai, kerana beliau lebih cekap dan bermoral
Saya seru kepada seluruh ahli-ahli MCA memberi sokongan dengan tegas atas pekara ini
Sekian,
Terima Kasih
所有马来西亚马华公会党员
为马华公会的强大力量,我作为马华公会鹅麦(主席叶金福律师)希望马华公会首席拿督斯里蔡细历和马华副主席拿督斯里廖中莱,两个更好辞职
并提供机会给予马华副会长Donald Lim Siang Chai,因为他聪明和有道德
我呼吁所有马华公会党员, 对此事坚决支持. 谢谢
YIP KUM FOOK & ASSOCIATES
NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR
JALAN 53, DESA JAYA KEPONG
52100 KUALA LUMPUR