Tuesday, January 31, 2012

SHAHRIZAT SEMBAHYANG HAJAT DI MASJID KLIA

“Aslm YB/YBhg Ketua Wanita Neg2, jmptn ke Mjls Smbtn Kepulangan DS Shahrizat Abd Jalil pd 2/2 (Khamis) jam 6 ptg di KLIA dan diikuti dgn solat Maghrib dan Hajat di Masjid KLIA, Sepang, Sngor. Sila pnjgkn jmptn kpd Ketua & Naib Ketua Wanita Bhgn2 & mohon k’jasama utk m’bawa telekung sdr. Kehdrn dihargai. Tq – SUK PWUM”.

Menurut blogger BigDog, inilah sms terkini yang disebarkan oleh penyokong Shahrizat Jalil sebagai menandakan sokongan kepada Ketua Wanita Umno ini. http://bigdogdotcom.wordpress.com/2012/01/30/jangan-babitkan-wanita-umno/

Pelbagai komen sinis dibuat di akar umbi mengenai isu ini. Ada melibatkan video You-Tube.
http://suka2-suka2.blogspot.com/. Dan ada melalui lawak jenaka.

Sehingga hari ini kita tidak faham mengapa Najib Razak dan kerajaan perlu mempertahankan Shahrizat sehingga sanggup mengorbankan nama parti dan integriti kerajaan.

Sejak akhir-akhir ini, ahli keluarga Shahrizat aktif menjawab pelbagai dakwaan walaupun menjadi bahan tertawa ramai.

Yang dipertikaikan ialah bagaimana wang pinjaman kerajaan digunakan untuk membeli condo, kereta mewah dan bayar kredit kad, bukannya komen Ketua Audit Negara dalam laporan audit feedlot.

Ini lah masalah dengan komunikasi kerajaan. Yang menjadi isu tidak dijawab, yang tak menjadi isu pula difokuskan.

Ataupun, mungkin juga ianya satu usaha untuk mengelirukan perhatian pengkritik.

Cuti tiga minggu sabatikal yang diambil Shahrizat untuk membolehkan SPRM dan polis menyiasat beliau akan berakhir pada 3 Feb.

Kini tumpuan akan diberikan samada Shahrizat akan kembali bertugas sebagai Menteri. Atau mungkin Peguam Negara perlu mengeluarkan kenyataan untuk membersihkan nama Shahrizat.

Khamis ini, sekumpulan penyokong Shahrizat akan berkumpul untuk menyambut kepulangan pemimpin kesayangan mereka seperti yang tertera di dalam sms yang disebarkan.

Itulah tabiat pemimpin politik. Penyokong dikerah untuk menyambut kepulangan mereka semata-mata untuk mempamirkan kononnya mereka disanjung, dijunjung dan apa yang mereka lakukan sebenarnya perkara biasa.

Kata orang, biar berpatah arang. Orang politik tebal mukanya. Orang biasa akan terasa malu sekiranya orang bercakap buruk mengenainya. Tetapi tidak orang politik. Mereka tidak segan silu untuk menggunakan orang lain untuk kekal berkuasa.

Ada yang sanggup berbohong semata-mata kerana kuasa.

No comments: