Saturday, November 27, 2010

RAIS: SIAPA BERBOHONG?

Semalam akhbar Straits Times Singapura menyiarkan satu laporan yang sudah pasti tidak menyenangkan dan membimbangkan Perdana Menteri. Laporan seumpama ini sudah pasti akan menjejaskan imej negara dan keyakinan pelabur terhadap Malaysia.

Laporan tersebut berkaitan pemberian lesen 4G yang diberikan Rais Yatim, Menteri Komunikasi, kepada 8 syarikat termasuk YTL Communications Sdn Bhd dan syarikat milik Syed Mokhtar AlBukhary, Puncak Semangat.

Rasanya ada sesuatu yang tidak kena di dalam pemberian lesen ini sekiranya diimbas kembali penjelasan yang diberikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sebelum ini.

Pada 15 Oktober 2010 yang lalu, Pengerusi Suruhanjaya Khalid Ramli menjelaskan:

Kerajaan hanya menawarkan penggunaan alat (AA) dan bukan penggunaan spektrum (SA) kepada sembilan syarikat bagi memberi laluan kepada penggunaan awal evolusi jangka panjang (LTE) atau perkhidmatan mudah alih teknologi 4G.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1016&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_02.htm
http://www.theborneopost.com/?p=68922

Tetapi laporan Malaysian Insider semalam lain pula bunyinya. Dalam satu penjelasan kepada Malaysian Insider, YTL Communications Sdn Bhd menyatakan ianya telah dianugerahkan spektrum untuk 5 tahun untuk TV digital.
http://www.themalaysianinsider.com/business/article/ytl-says-spectrum-for-digital-tv-not-broadband/

Siapa yang bercakap benar? Atau siapa yang berbohong.

Kalau diteliti kenyataan Khalid yang dikeluarkan oleh Bernama dan disiarkan oleh Borneo Post sebelum ini, syarikat-syarikat ini termasuk YTL Communications tidak diberi spektrum untuk 5 tahun sebaliknya hanya lesen tahunan untuk penggunaan alat.

Yang mana satu yang betul. Pemberian spektrum atau pemberian lesen penggunaan alat?

Apakah Perdana Menteri diberi maklumat yang betul atau Perdana Menteri dikelirukan oleh orang tertentu.

Kalau tidak silap, apabila Khalid mempunyai kenyataan mengenai pemberian lesen penggunaan alat, kenyataan beliau dibuat selepas memberi taklimat kepada Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan jawatankuasa kabinet mengenai jalur lebar.

Isu spektrum menjadi isu cukup besar di India kerana satu blok spektrum sama nilainya dengan satu blok telaga minyak.

Di India Menteri Telekomnya A.Raja meletakkan jawatan selepas dituduh menyalahberikan spektrum kepada syarikat-syarikat tertentu. Baca link ini: http://www.cellular-news.com/story/46434.php

Betapa seriusnya isu ini di India, Presiden India Manmohan Singh yang menerima tekanan terpaksa membuat penjelasan mengenainya di Parlimen. http://www.theindiadaily.com/manmohan-to-address-parliament-on-raja-issue/

Yang pasti, di Malaysia, isu ini lebih serius dari di India. Seperti mana laporan di Straits Times semalam, pemberian lesen ini penuh dengan skandal.

Apakah Rais akan menjejaki rakan sejawatannya di India dengan meletakkan jawatan? Atau Rais digugurkan dari Kabinet apabila Najib Razak membuat rombakan seminggu dua ini!

Rais kena tepuk dada tanya selera.

1 comment:

Anonymous said...

Rais ni khazanah negara.

Gerenti punya pm tak buang dia.

Rais ni maksum.