Tuesday, August 11, 2009

NKRA/KPI: IKAN TERMENUNG RM4 SEKILO

Kadang-kadang tertanya-tanya kita, adakah kita benar-benar faham kehendak rakyat atau tidak?

Adakah kita menyelamai perasaan rakyat atau tidak?

Macam-macam slogan dihidangkan pada kita akhir-akhir ini.

Yang terbaru, KPI dan NKRA. Esok lusa entah apa lagi.

Julai lepas, para Menteri Kabinet berkumpul dua hari dua malam di Hotel Sunway untuk mencambah fikiran mengenai KPI masing-masing.
http://streets.nst.com.my/Current_News/NST/Monday/Frontpage/20090706090853/Article/index_html

Koh Tsu Koon, yang tewas dalam pilihanraya umum dulu, tidak putus-putus bercakap mengenai KPI seolah-olah KPI inilah segala-galanya buat rakyat. Katanya bengkel demi bengkel diadakan siang malam hanya untuk membincangkan KPI dan NKRA.

Menurut Malaysian Insider, konsultan McKinsey & Co dibayar beberapa juta ringgit untuk menguruskan KPI dan NKRA ini.
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/34725-najib-to-review-cabinet-in-november

Sebenarnya, kita, orang kampung ini, tak ambil peduli apa itu KPI dan NKRA. Kalau nak buat KPI dan NKRA juga, buatlah. Kalau nak kena tunggu tiga empat tahun baru nak rasa nikmatnya dari KPI dan NKRA ini, kita tunggulah.

Tapi orang kampung macam kita ini tak mengharap bulan dan bintang dari kerajaan.

Kita minta yang mudah-mudah saja dan kita yakin dengan barisan kabinet yang ada ini, sasarannya mudah untuk dipenuhi. Antara perkara mudah yang orang kampung yang kurang pendidikan ini harapkan ialah:

* Harga ikan temenung (orang KL panggil kembong) turun ke RM4 sekilo.

* Tak payah beratur berjam-jam kat hospital nak ambil ubat. Sejak selesema babi ini, hospital pun dah tak ada masa nak layan orang macam kita yang selesema dan demam ini.

* Sediakan pendidikan percuma kepada rakyat. Yuran universiti bukannya murah. Perbelanjaan pendidikan pun tinggi. Apa salahnya anak-anak kita diberi pendidikan percuma demi masa depan bangsa Melayu yang sekarang menjadi laungan bersama.

Rasanya permintaan orang kampung ini tidak memerlukan khidmat McKinsey & Co untuk dipenuhi. Bagaimanapun terserahlah. Kita hanya menegur.

2 comments:

Admin CCZ said...

Saya kira jelapang sajalah yang lebih baik jadi perdana menteri. Sebabnya jelapang tahu bagaimana nak mentadbir dengan lebih baik.Lagipun apa gunanya pegawai kerajaan. Mereka pun bukan reti buat kerja kan.Kalau tidak rakyat tak lah mengomel selalu macam Jelapang kan..?

Sam said...

Sangat setuju dengan tuan. Tapi adakah DS Najib dan penasihat dengar kelohan rakyat spt kita ni... Rasanya tidak sebab tu laa BN masih di tolak rakyat, dok di takok lama... PRk demi PRk BN kalah- masih tak sedar diri lagi. Ni kena di Permatang Pasir lak.. Alahai pemimpin ku.....