Tuesday, March 26, 2019

NURUL IZZAH GUSAR PAPA TAK SEMPAT JADI PM

Image result for nurul izzah private jet

FAKTA: NURUL Izzah memilih Singapura untuk menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad.

FAKTA: Nurul Izzah mengakui tanpa Dr Mahathir Pakatan Rakyat tidak mampu menjatuhkan kerajaan BN dan atas sebab itu beliau ke London memujuk Dr Mahathir agar kekal bersama Pakatan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin diarahkan oleh Tun Mahathir untuk membawa keluar Bersatu dari Pakatan sebelum PRU14.

FAKTA: Nurul Izzah melabelkan Dr Mahathir sebagai DIKTATOR dan kesukaran KELUARGA beliau berkerja bersama Tun.

Temuramah yang diberikan oleh Nurul Izzah kepada media Singapura bukan kebetulan.

Apakah gambaran dari temuramah tersebut:

1. Nurul dan keluarga beliau kini umpama cacing kepanasan, bimbang Anwar Ibrahim tak jadi Perdana Menteri.

2. Anwar bimbang usaha Dr Mahathir memperbaiki negara dari kerosakan teruk hasil perbuatan Najib Razak akan menjadi LEGASI Mahathir yang akan memberi keyakinan rakyat bahawa Dr Mahathir lebih layak memimpin Malaysia dari Anwar.

3. Serangan Nurul akan menimbulkan spekulasi bahawa itulah tujuan Nurul Izzah menolak semua peranan dalam kerajaan Mahathir kerana tidak mahu Mahathir berjaya dan gagal serta mahukan bapa beliau dinobatkan segera sebagai Perdana Menteri.

Dr Mahathir mungkin seorang diktator dalam kamus hidup keluarga Anwar tetapi beliau tidak ada masalah moral dan tidak pernah dituduh meliwat.

Seorang pemimpin perlu mempunyai moral yang tinggi, sesiapa yang tidak bermoral atau didakwa mempunyai masalah moral termasuk video seks TIDAK layak memimpin negara.

Rasanya ada baik Nurul Izzah tumpukan usaha memperkuatkan bapa beliau di dalam PKR. Khabarnya hanya 30 peratus ahli PKR menyokong Anwar dan keluarga beliau.

Nurul Izzah kena ingat bahawa selama ini pemimpin-pemimpin PKR sekarang terutamanya Azmin Ali lah yang membawa PANJI-PANJI PKR ketika Anwar merengkok di penjara akibat perbuatan beliau sendiri.

Jika keluarga Anwar tidak lagi yakin dengan Dr Mahathir, alangkah baiknya Anwar membawa diri dan tubuhkan kerajaan dengan sekutu-sekutu lain. Umno/Pas/MIC/MCA nampak seolah-olah sanggup melakukan apa saja untuk Anwar seperti yang dinyatakan oleh Nazri Aziz.

Jika Anwar hendak tunggu juga, tunggu lah. Dr Mahathir sudah nyatakan ekonomi negara akan pulih dalam masa 3 tahun lagi.

Ia bermakna Dr Mahathir akan terus kekal sebagai Perdana Menteri sehingga ekonomi pulih.

Jika nak cepat jadi Perdana Menteri, Anwar kena keluar Pakatan sebab Dr Mahathir perlukan masa untuk pulihkan ekonomi.

Lagipun Dr Mahathir sudah nyatakan beliau kecewa dengan "mereka" (keluarga Anwar).

Wednesday, March 20, 2019

NEW ZEALAND AJAR DUNIA, PAS & UMNO BAGAIMANA CARA MENGHORMATI MANUSIA

Image result for new zealand shooting prime minister

AZAN Jumaat akan berkumandang di setiap saluran radio dan TV di New Zealand esok.

Esok, wanita di seluruh New Zealand akan memakai tudung tanda simpati terhadap umat Islam New Zealand berikutan pembunuhan kejam oleh pengganas Australia yang membunuh 50 orang Islam ketika solat Jumaat di sebuah masjid di Christchurch minggu lepas.

Semalam di Parlimen New Zealand, Speaker Parlimen memulakan sesi Parlimen dengan ayat "Assalamualaikum".

Semalam juga seorang Imam dijemput ke Parlimen untuk membaca ayat suci AlQuran dan membaca doa.

Begitulah penghormatan yang diberikan oleh rakyat New Zealand yang beragama Kristian kepada umat Islam New Zealand.

Perghormatan ini yang perlu dijadi ikhtibar oleh dunia. Sikap hormat pemimpin Kristian New Zealand terutamanya Perdana Menteri Jacinta Ardern terhadap umat Islam memalukan dunia, memalukan Donald Trump dan memalukan lebai-lebai Pas dan Umno di Malaysia.

Di Malaysia, secara terang-terangan lebai-lebai Umno dan Pas menyerang bangsa lain termasuk sekutu mereka sendiri - MIC dan MCA.

Sesiapa yang pernah ke New Zealand sudah pasti tahu bahawa rakyat negara tersebut tidak sama seperti di negara-negara lain. 

Mereka cintakan keamanan. Mereka mempunyai rasa hormat yang tinggi kepada orang lain. Kaum Maori disanjung tinggi oleh mereka. Budaya kaum Maori di mertabatkan.

Semuga penghormatan yang ditunjukkan oleh New Zealand menjadi pedoman kepada dunia terutamanya pemimpin politik di Malaysia.

Tak guna jadi lebai macam pemimpin Pas jika pemikaran mereka penuh perasaan rasis.



Thursday, March 14, 2019

TUN DR MAHATHIR PERLU ROMBAK KABINET

Image result for rombakan kabinet

RAMAI membuat spekulasi Tun Dr Mahathir Mohamad akan merombak Kabinet beliau tidak lama lagi.

Kalau dalam sektor korporat, prestasi seseorang CEO atau pegawai kanan akan bergantung kepada pencapaian KPI mereka.

Gagal mencapai KPI, syarikat akan mengambil tindakan sewajarnya termasuk menamatkan perkhidmatan beliau.

Begitu juga dengan Menteri-Menteri Kabinet. Seharusnya parti-parti komponen Pakatan mempunyai KPI untuk wakil-wakil mereka di dalam Kabinet.

Begitu juga Tun Dr Mahathir, sudah tentu beliau mempunyai KPI untuk Menteri-Menteri Kabinet beliau.

Apakah prestasi Menteri-Menteri Kabinet Tun memenuhi hasrat rakyat?

Dari segi luaran, ramai yang GAGAL menjalankan tugas dengan baik sebagai Menteri. Lebih memalukan ada antara ahli-ahli Kabinet yang MENIPU kelulusan akademik mereka.

Amat memalukan apabila Tun Dr Mahathir sendiri dilontar soalan mengenai penipuan kelulusan akademik ahli Kabinet beliau.

Mahu tidak mahu, Tun Dr Mahathir perlu merombak kabinet beliau.

Menteri Kepenggunaan Saifuddin Nasution GAGAL mentadbir dengan baik sehinggakan menjadi bahan tertawa rakyat apabila beliau mengumumkan penurunan harga telur sebanyak DUA SEN. Ia gambaran bahawa Saifuddin tidak faham keperitan rakyat. Kementerian beliau amat penting dalam menangani kenaikan kos hidup dan Saifuddin GAGAL dalam menjalankan tugas beliau.

Menteri Pelancongan Muhammadin Ketapi gagal memacu industri pelancongan.

Gobind Singh Deo antara Menteri-Menteri yang mempunyai prestasi yang baik. Cuma sesuai kah beliau diletakkan menjaga Kementerian Penerangan?

Ketika pertama kali Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, beliau dikelilingi oleh orang-orang kanan yang hebat-hebat belaka.

Antaranya Allahyarham Dato' Mohamed Rahmat yang bertanggungjawab menyusun agensi penyebaran maklumat seperti RTM, Bernama dan Jabatan Penerangan.

Inilah agensi-agensi yang patut mengambil peranan utama dalam memperjelaskan dasar dan isu-isu melibatkan kerajaan.

Tetapi agensi-agensi ini kelihatan lesu dan tidak menjalankan tanggungjawab mereka terutama Jabatan Peneragan.

Memandangkan majoriti rakyat Malaysia adalah Melayu, Menteri Penerangan seharusnya Menteri Melayu untuk membantu Tun Dr Mahathir di dalam pentadbiran beliau.

Bulan Mei nanti GENAP lah setahun Pakatan memerintah dan masa yang amat sesuai untuk Tun Dr Mahathir memperkemaskan Kabinet beliau.

Wednesday, March 13, 2019

UMNO PERLU LANTIK PEMIMPIN PAS DALAM EXCO PERLIS & PAHANG

Image result for umno pas hasan

TAK lama lagi, "perkahwinan" Pas-Umno akan dimanifestasikan dengan "pemerintahan bersama" Pas dan Umno di Pahang, Perlis, Kelantan dan Terengganu.

Dalam masa yang sama, Pas dan Umno akan berpakat merampas kuasa di Perak dan Kedah dari tangan Pakatan.

Dalam suasana politik sekarang, kita perlu menghisab siapa yang sebenarnya memerlukan satu sama lain.

Pas perlukan Umno atau Umno perlukan Pas?

Sejarah Pas penuh ranjau - "berkahwin" dengan ramai orang tapi kesemuanya berakhir dengan "perceraian".

Dalam tahun-tahun 70an, Pas tidur satu ranjang dengan BN, akhirnya bercerai dan hilang Kelantan.

Dengan DAP pun pernah berkahwin, dan bercerai.

Sekarang Pas "sekatil" dengan Umno. Adakah perkahwinan ini akan kekal abadi?

Kini Pas dan Umno umpama suami isteri dan tinggal serumah.

Sekarang suami dan isteri sedang berbincang mahu sama-sama menguruskan rumahtangga.

Timbul idea supaya "suami-isteri" harus sama-sama menguruskan Pahang, Perlis, Kelantan dan Terengganu.

Baru seminggu berkahwin, sudahkah Umno dan Pas benar-benar mengenali isihati masing-masing?

Sebagai tanda keikhlasan, ada baiknya Umno memulakan langkah tanda keikhlasan.

Ianya boleh dimulakan dengan Kerajaan Umno di Pahang dan Perlis merombak barisan Exco masing-masing dan melantik DUA ahli Exco dari pimpinan Pas.

Sebagai balasan, Kerajaan Pas di Kelantan dan Terengganu turut merombak barisan exco mereka untuk memberi kerusi Exco kepada pemimpin Umno di Kelantan dan Terengganu.

Ini sebagai simbol keikhlasan masing-masing.

Jika tidak, perkahwinan ini hanya sementara dan hanya untuk memenangkan Umno dalam pilihanraya-pilihanraya kecil.   

Tuesday, March 5, 2019

TUN BERLEMBUT, PEMIMPIN UMNO PIJAK KEPALA



UMNO menang di Semenyih, sekali lagi dengan bantuan Pas, tanpa perlu bantuan MCA dan MIC.

Biarlah Najib Razak dituduh pencuri, biarlah pencuri dikatakan tak takut pada kerajaan, pengundi Melayu termasuk ahli Pas tetap mengundi parti yang ditunjang oleh Najib.

Macam-macam dituntut oleh Umno dan Najib, kenapa tol Plus tak di"percuma"kan walaupun semua tahu bahawa Najib lah yang memanjangkan tempoh konsesi kutipan tol untuk Lebuhraya Plus sehingga 2038.

Kalau ikut jadual, sudah tidak ada tol di lebuhraya Plus, tetapi Najib panjangkan tempoh kutipan tol.

Kenapa Najib dan Umno berani bangun menentang kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sekarang?

Kerana mereka tahu Tun Mahathir hati lembut.

Najib dan Rosmah patut dipakaikan baju oren, tak tergamak Tun hendak arahkan SPRM untuk melakukannya.

Naib Presiden Umno Mahdzir Khalid disiasat SPRM, sehingga sekarang belum didakwa.

Macam-macam isu semasa Ismail Sabri menjadi Menteri sehinggakan KSU Kementerian beliau dipenjarakan, siasatan tidak dilakukan.

Macam-macam kes Mara timbul, Annuar Musa masih gah dengan gayanya.

Macam-macam cerita mengenai anak Rosmah Mansor, Riza Aziz, sehingga kini entah apa jadi dengan kes beliau.

Bung Mokhtar ada kes Felcra di mana isteri beliau turut disiasat, senyap sunyi kes mereka.

Kes Tajuddin Rahman Pasir Salak di Felcra, diam begitu saja.

Shahrizat Jalil rasanya berdiam diri dengan harapan Tun Mahathir lupa padanya.

Tak mungkin Tun lupa kes Mohamed Hassan hantar wang melalui "money changer" ke London?

Pas pun banyak duit sekarang. Nak bayar cash RM1.4 juta pada Claire Sarawak Report.

Pemimpin Pas pun kaya raya. Ada Ahli Parlimennya beli kereta Audi mewah untuk bini muda. Mana datang duitnya.

Itulah akibatnya bila Tun Mahathir terlalu berlembut.

Dan banyak lagi kalau mahu disenaraikan.

Bila Tun berlembut orang pijak kepala.

Itulah yang terjadi di Semenyih. Tiap-tiap hari kepala Tun dipijak.

Cukup-cukuplah Tun berlembut. Yang salah, tetap salah. Perbetulkan negara dan yang menyamun suatu ketika dulu perlu dihukum.

Maka hukumlah mereka tanpa belas kasihan.

Saturday, February 16, 2019

HADI CUBA MENGEMIS PADA DR MAHATHIR SUPAYA SPRM TIDAK DAKWA PEMIMPIN PAS?



SEORANG pemimpin Pas (yang pernah didakwa menonton filem lucah di sebuah hotel di luar negara) bagaikan terkejut dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Presiden beliau, Hadi Awang, memberi JAMINAN Pas TIDAK akan menyokong BN di Pilihanraya Kecil Semenyih.

Beliau cuba memberi gambaran seolah-olah Dr Mahathir berbohong.

Tidak perlu lah beliau terkejut kerana budaya BERBOHONG sekarang ini menjadi amalan Pas selepas Nik Abduh mengaku berbohong.

Pemimpin tersebut hanya PERLU tanya Hadi betul atau tidak Presiden beliau memberi SURAT JAMINAN kepada Dr Mahathir menyatakan JAMINAN Pas tidak akan menyokong Umno di Semenyih.

Pertemuan Hadi dengan Dr Mahathir adalah atas PERMINTAAN Hadi, bukan atas permintaan Dr Mahathir.

Pas terang-terangan menyokong Umno sejak PRU14 dan kemenangan Umno di Cameron Highlands bukan kerana kekuatan Umno tetapi sumbangan undi hampir 6,000 dari ahli Pas yang dikemudikan oleh Hadi.

Kenapa Hadi begitu terdesak untuk bertemu Dr Mahathir?

Kita boleh buat interpretasi sendiri.

1. Pemimpin Pas kini dikenali sebagai pemimpin suka berbohong dan kini imej Pas tercemar dan hanya Dr Mahathir mempunyai kuasa untuk tidak memburukkan keadaan.

2. Pemimpin Pas terjebak dengan amalan rasuah dengan kehidupan mewah selepas menerima duit dari Umno sementara mereka terus menipu ahli-ahli mereka menerusi kutipan derma tin milo sejak turun termurun. Hadi mahukan kes rasuah melibatkan pemimpin mereka ditutup. 

Sebab itulah Hadi sanggup menjilat ludah Pas sendiri dan mengadap Dr Mahathir.

Dengan kata lain Hadi sedang menjual dan melelong Pas kepada Dr Mahathir untuk menutup kemungkaran pemimpin mereka.

Related image

Thursday, February 14, 2019

MELAYU SUDAH HILANG MORAL?

Image result for nik abduh bohong






SUDAH tidak bermoral ke bangsa MELAYU?

Yang belajar agama sampai ke Mesir seperti Nik Abduh sanggup menipu dan berbohong TANPA rasa takut kepada TUHAN.

Wanita Melayu jual alat sulit lelaki tanpa segan silu.

Najib Razak merompak khazanah negara tanpa malu ke sana kemari dan sanggup menggunakan nama Rasullulah tanpa ada rasa malu.

Apa sudah jadi dengan MELAYU?

Kalau orang agama tak tahu malu, pemimpin pun tak takut Tuhan, padanlah Melayu jadi bangsa tak bermoral.







l;






Thursday, February 7, 2019

TUN MAHATHIR DISABOTAJ ORANG DALAM PAKATAN?

Image result for pakatan harapan anwar

JELAPANG ingin bertanya:

1. Benarkah cakap-cakap orang ada PIHAK dalam Pakatan mahu Bersatu TEWAS di pilihanraya kecil SEMENYIH untuk memberi TEKANAN kepada Tun Dr Mahathir Mohamad supaya meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada orang tertentu menjadi Perdana Menteri?


2. Benarkah ada Menteri Kabinet Pakatan dengan sengaja mahu memastikan Kerajaan Tun Dr Mahathir LESU untuk memberi tekanan dan memberi laluan kepada pemimpin pilihan mereka menjadi PM?


3. Benarkah ada pihak di dalam Pakatan diarah orang tertentu supaya tidak memastikan Tun Dr Mahathir kembali disayangi rakyat dan lesu auranya?


Jelapang hanya bertanya. Kalau tak betul, tak mengapa.

Thursday, January 24, 2019

NAJIB RAZAK CEBURI BIDANG HIBURAN, CUBA NASIB SEBAGAI PENYANYI

Image result for najib menyanyi

DARI seorang Perdana Menteri kepada Mat Rempit, kini Najib mahu menjadi seorang PENYANYI.

Kegagalan beliau sebagai Perdana Menteri sudah tentu tidak akan mematahkan semangat Najib menceburi bidang hiburan.

Semuga beliau mendapat jemputan menyanyi di majlis-majlis keramaian dan majlis-majlis kahwin.

Friday, January 18, 2019

SEMAKIN BERTAMBAH PEMIMPIN PKR MENYOKONG AZMIN & TINGGALKAN ANWAR IBRAHIM



MUNGKIN ramai terlepas pandang satu artikel yang disiarkan oleh sebuah akhbar Inggeris the Star 3 hari lepas mengenai hubungan Anwar Ibrahim dan Timbalan beliau, Azmin Ali.

Berikut intipati artikel tersebut:

1. Hubungan Anwar dan Azmin retak.

2. Azmin kerap kali "perli" Anwar menerusi twitter.

3. Azmin tidak sebulu dengan Wan Azizah.

4. Azmin dah Zuraidah Kamaruddin tidak hadir di majlis penghargaan PKR yang dihadiri Anwar.

5. Menteri PKR Baru Bian dan Xavier Jayakumar bukan lagi "orang Anwar". Mereka kini berpaling tadah dan menyokong Azmin.

Baca disini:  https://www.thestar.com.my/opinion/columnists/analysis/2019/01/16/broken-bridge-between-anwar-and-azmin/




Thursday, January 17, 2019

MAT REMPIT


JIKA terjumpa sedang MEREMPIT atau berhenti di lampu isyarat jalan, tegur-tegurlah.

Tuesday, January 15, 2019

PERCEPATKAN PROSES PERBICARAAN NAJIB

Image result for azeez rahim

Image result for najib rosmah mahkamah

KHABARnya esok bekas Pengerusi Tabung Haji Azeez Rahim akan dihadapkan ke mahkamah di atas beberapa dakwaan termasuk dakwaan pengubahan wang haram.

Tahun 2019 ini kita akan tahu apa sebenarnya dilakukan oleh Najib Razak dan Rosmah Mansor dengan wang-wang yang mereka miliki semasa memegang jawatan terpenting negara.

Kita juga akan dipaparkan dengan tingkah laku Isa Samad semasa menerajui Felda.

Di Malaysia tak macam negara luar. Di Malaysia, OKT mempunyai kulit tebal, tak ada perasaan malu.

Walau dituduh dengan pelbagai kecurangan semasa memimpin negara, mereka masih lagi terhegeh-hegeh seolah-olah rakyat tidak tahu mereka menipu.

Masalah di Malaysia, kes-kes di mahkamah mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.

Dalam kes Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor, proses menyelesaikan kes beliau mengambil masa sehingga 5 tahun.

Oleh itu Najib dan Rosmah akan bebas ke sana sini untuk 5 tahun lagi.

Di Korea, bekas Presidennya, Lee Myung Bak, ditangkap atas tuduhan rasuah dan dalam masa 8 bulan kes beliau selesai dan Lee dipenjarakan.

Kenapa di Malaysia sehingga 5 tahun?

Semuga Ketua Hakim Negara dapat memperbaiki proses perbicaraan ini.

Kita mahu melihat Najib dan Rosmah ke PENJARA secepat mungkin. 

Monday, January 14, 2019

WAJAH HIPOKRIT NAJIB RAZAK

Image may contain: 2 people, people sitting and outdoor

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing and stripes

JAUH benar cara hidup Najib Razak sekarang selepas diPECAT oleh rakyat.

Sibuk ke pasar semak harga ikan, lepak di kedai makan, berdiri atas meja ping pong dan macam-macam lagi.

Lima tahun sebelum PRU-14, Najib tak minat buat kerja-kerja semak harga ikan atau melawat pegawal keselamatan di dalam kesusahan.

Tak dinafikan harga ikan memang naik. Zaman Najib pun naik, tetapi masa itu disalahkan cuaca panas atas kenaikan harga ikan.

Semasa lawatan dan lepak-ing, Najib bagilah tahu orang ramai apa dia buat dengan RM2.6 bilion dalam akaun beliau dan bagaimana beliau dan isteri belanjakan duit tersebut.

Beritahulah rakyat yang beliau temui, dengan RM2.6 bilion tersebut berapa bilion kilo ikan boleh dihadiahkan kepada rakyat.

Beritahulah kepada rakyat, jika paspot tak dirampas, Najib mahu ulang sambutan tahun baru seperti satu masa dulu merentas Australia ke Amerika Syarikat.

Beritahu lah rakyat Malaysia dulu siapa artis Amerika yang dijemput menyanyi depan mata semasa sambutan harijadi.

Beritahu juga bagaimana nikmatnya bersantai di atas kapal layar bersama rakan karib keturunan Cina bernama Jho Low.

Beritahulah berapa ratus beg tangan dan mahkota/tiara yang isteri beliau punyai.

Beritahulah rakyat sebelum PRU, rakan baik beliau ialah Peter Sondakh bukannya S. Sukumaran.

Beritahulah rakyat apa kandungan beg-beg yang Rosmah Mansor bawa menaiki pesawat peribadi ke Turki.

Beritahulah rakyat.

Image result for najib kapal layar

Wednesday, January 9, 2019

RAKAN KARIB NAZRI AZIZ DITANGKAP SPRM

Image result for siew ka wei nazir aziz



Siapa yang tidak kenal Siew Ka Wei, seorang Cina ke sana ke mari dengan curut ditangan.

Kerap kali di samping beliau ialah Nazri Aziz.

Hari ini Siew Ka Wei ditangkap bagi membantu siasatan kes kontrak bernilai RM99 juta di bawah Kementerian Pelancongan ketika di bawah jagaan Nazri.

Kita tunggu hasil siasatan.



SPRM tahan 'Datuk' berkaitan kes Tourism Malaysia

KUALA LUMPUR: Seorang individu bergelar ‘Datuk’ ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung Tourism Malaysia, membabitkan siasatan satu kontrak bernilai lebih RM90 juta.

Sumber berkata suspek terbabit berusia 50-an ditahan ketika memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini dan difahamkan, individu terbabit dipercayai pernah menjawat jawatan tinggi di agensi berkenaan.

SPRM menerusi satu kenyataan hari ini, memaklumkan pihaknya akan membuat permohonan reman terhadap seorang bekas pengerusi agensi kerajaan dan seorang ketua pegawai eksekutif di Mahkamah Majistret Putrajaya, esok.

Siasatan kes itu dibuat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan pegawai badan awam.

Pada Jun tahun lalu, SPRM muncul di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dipercayai berkaitan dengan kontrak ditandatangani Tourism Malaysia dengan sebuah syarikat.

Agensi siasatan itu juga membuka kertas siasatan berhubung satu kontrak bernilai lebih RM90 juta membabitkan sebuah syarikat tempatan yang mewakili Tourism Malaysia untuk berunding dengan sebuah firma di China bagi mempromosi Malaysia di pentas media sosial di negara berkenaan.

Sebelum ini, bekas Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab, memaklumkan beberapa pegawai SPRM berkunjung ke kementerian itu di Putrajaya untuk mengemukakan beberapa soalan mengenai perjanjian promosi yang ditandatangani dengan syarikat swasta.

Namun, belum dapat dipastikan sama ada penahanan hari ini berkaitan dengan perkara itu.

Wednesday, January 2, 2019

APAKAH MIMPI ANWAR IBRAHIM UNTUK MENJADI PERDANA MENTERI AKAN DIKAFANKAN?

Related image

ANWAR Ibrahim tidak lagi dihormati dalam PKR? Anwar hilang pengaruh di dalam PKR?

Itulah yang dibayangkan oleh seorang pemimpin PKR yang dahulunya orang KANAN Anwar, Khalid Jaafar.

Menurut Khalid, 70 peratus ahli PKR yang mengundi semasa pemilihan PKR 2018 memilih Azmin Ali.

Ia membawa maksud, pengaruh Anwar hanya tinggal 30 peratus di dalam PKR.

Rasa hormat pada Anwar sudah hilang dan ini menyebabkan beberapa orang KUAT Anwar TEWAS. Antaranya Rafizi Ramli, Johari Abdul, Abdullah Sani dan Fuziah Salleh.

Kenapa PKR kini sedang bergelora?

Ianya kerana Anwar menggunakan pintu belakang untuk mengembalikan kuasa beliau di dalam PKR dan melemahkan Azmin melalui perlantikan-perlantikan "pintu belakang" dan yang paling ketara melantik Rafizi sebagai Naib Presiden yang dilantik.

Anwar juga meletakkan orang-orang beliau memegang kuasa di negeri walaupun di kebanyakan negeri orang-orang beliau tewas.

Apakah Azmin akan berdiam diri?

Azmin ada opsyen. Jika Azmin membawa beberapa Ahli Parlimen PKR keluar parti, berkuburlah MIMPI Anwar mahu menjadi Perdana Menteri.

Anwar mahukan jawatan tersebut sebagai hak peribadi beliau dan bukan hak parti.

Tiada seorang pun di dalam PKR yang berpengaruh untuk mempertahankan Anwar. 

Cadangan untuk melantik Rafizi sebagai Senator di Negeri Sembilan diTOLAK bulat-bulat oleh PKR Negeri Sembilan.

Isteri Anwar, Wan Azizah, tidak lebih hanya sebagai pemanas kerusi, tiada kualiti kepimpinan. Hormat ahli PKR kepada Wan Azizah hanyalah kerana beliau isteri Anwar. 

Jika disingkap sejarah perjuangan PKR, Anwar merengkok di dalam PENJARA kerana kesalahan MORAL dan panji-panji PKR pada masa itu dibawa oleh Azmin melalui rekod pentadbiran cemerlang beliau mentadbir Selangor.

Tahun 2018 menyaksikan Najib Razak mengkafankan Umno dan BN, apakah 2019 akan menyaksikan Anwar mengkafankan cita-cita beliau sendiri menjadi Perdana Menteri?

Sunday, December 30, 2018

2018 TAHUN KERAMAT NAJIB RAZAK KUBURKAN UMNO

Image result for najib sprm

HARI ini adalah hari ke 364 untuk tahun 2018, sehari sebelum tirai dilabuhkan untuk tahun ini.

2018 akan terlakar di dalam sejarah di mana UMNO diJATUHkan oleh rakyat.

2018 juga menyaksikan buat pertama kalinya Presiden Umno Najib Razak dan isteri beliau memulakan langkah untuk ke penjara.

Najib dan Rosmah Mansor bernasib baik. Malaysia BUKAN Romania.

Rakyat Romania memberontak pada tahun 1989 dan pemimpin Romania Nicolae Ceaucescu dan isteri beliau Elena ditangkap oleh tentera Romania dan dihadapkan ke mahkamah ala-koboi.

Dalam masa yang singkat, Ceaucescu dan Elena didapati bersalah, diikat, diarah berdiri di sebuah dinding dan ditembak oleh sepasukan penembak mati (firing squad).

Itu sejarah Romania.

Walaupun Najib melakukan pelbagai kesalahan, Malaysia tidak bertindak ala koboi.

Najib dan Rosmah masih berpeluang mempertahankan diri di mahkamah serta berpeluang melepaskan diri melalui proses mahkamah.

Bersalah atau tidak, Najib akan tercatat di dalam sejarah sebagai "pembunuh Umno dan Barisan Nasional".

2018 juga menyaksikan bagaimana keangkuhan pemimpin boleh membawa kepada kejatuhan sebuah empayar politik yang begitu gagah dan berkuasa.

Saban hari Najib cuba berlagak umpama mailakat. 

Di mata rakyat, Najib telah mengkhianati amanah rakyat dan 2018 akan tercatit sebagai tahun keramat Najib memusnahkan parti beliau sendiri - Umno.

SELAMAT TAHUN BARU

Monday, December 17, 2018

PKR BUKAN PARTI MELAYU

GAMBAR yang digunakan oleh Ahmad Zahid Hamidi di Twitter beliau ketika Ahli Parlimen Umno keluar parti beramai-ramai selepas PRU-14.



GAMBAR propaganda Najib Razak di Mekah sebelum PRU-14.


PADA satu ketika, apabila seorang bekas Menteri dari Umno diselubungi isu RASUAH, destinasi pertama beliau ialah MEKAH.

Sebelum PRU-14 diadakan, Najib berkunjung ke Mekah dan pegawai-pegawai beliau membanjiri media sosial dengan gambar-gambar beliau di sana dengan keyakinan bahawa orang Melayu akan terpengaruh dengan gambar-gambar sebegini.
Image result for najib mekah menangis


KETIKA dilanda krisis kepimpinan, Zahid mempamirkan gambar beliau sedang berdoa.

Ironinya, Umno hilang kuasa, bekas Menteri tersebut hilang jawatan, Najib dan Rosmah hilang jawatan tertinggi negara dan menanti untuk menjejak kaki ke penjara dan Zahid sedang mengelupur melawan desakan akan umbi Umno untuk memecat beliau sebagai Presiden Umno.


UMNO kini tinggal 37 kerusi Parlimen berbanding 51 yang dimenanginya semasa PRU-14 awal tahun ini.

Jika sebelum ini beria-ia benar Zahid mencongak jumlah kerusi untuk  bergabung dengan Anwar Ibrahim dan PKR, Pas dan DAP untuk menJATUHkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, hari ini Umno SUSUT NILAI.

Anwar pula semakin defensif. Tiba-tiba Anwar membuat kenyataan kononnya ada pihak cuba mengADU-DOMBA beliau dengan Dr Mahathir.

Ahli politik dikenali sebagai orang yang bermuka-muka, berpura-pura dan hipokrit.

Di akar umbi, tersebar berita Dr Mahathir akan dijatuhkan semasa sesi sidang Parlimen yang lepas melalui undi tidak percaya.

Tiba-tiba tidak jadi atau ditangguhkan. Kini tersebar kononnya pemimpin tertentu di dalam Pakatan Harapan memberi Dr Mahathir 90 hari untuk meletakkan jawatan tahun hadapan.

Khabar angin? Rasanya tidak!

Kerana katanya yang menyebarkan berita ini ialah Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang menyokong pemimpin tertentu.

Mungkin Anwar boleh bertanya kepada rakan-rakan Ahli Parlimen Pakatan beliau. 
Image result for keluar umno

MAJORITI Ahli Parlimen Umno (Melayu) yang keluar Umno dijangka akan menyertai Bersatu bukan PKR.

Demi bangsa, menyertai Bersatu adalah tindakan paling tepat.

Selepas kekalahan Umno dan imej Umno yang rosak kerana rasuah, hanya Bersatu dilihat sebagai satu-satunya parti yang dapat memperjuangkan HAK Melayu.

PKR BUKAN parti Melayu. PKR parti Melayu-Cina-India. Wakil PKR di dalam Kabinet juga terdiri dari BUKAN MELAYU - Xavier Jayakumar, R.Sivarasa, Sim Tze Tzin dan Lee Boon Chye.

Harapan orang Melayu kepada Umno sudah tiada (kecuali ahli Umno), tambahan lagi Umno dipimpin oleh pimpinan yang terpalit dengan rasuah.

Maka tidak memeranjatkan Ahli-Ahli Parlimen Umno akan menyertai Bersatu demi masadepan orang-orang Melayu.

Pengkhianat kah mereka jika mereka menyertai Bersatu?

Hanya pada Nurul Izzah dan keluarga Anwar menganggap mereka pengkhianat kerana penyertaan mereka ke dalam Bersatu dapat menggugat MIMPI Anwar menaiki takhta Perdana Menteri.

Tiada apa yang ganjil mengenai penghijrahan Ahli Parlimen ke parti lain.

Rata-rata ahli PKR adalah dari Umno. Rata-rata pemimpin Umno dari Sabah adalah dari USNO dan Berjaya.

Apakah salah Ahli Parlimen Umno menyertai parti Melayu yang lain untuk mempertahankan hak Melayu?

Masalah imej mereka boleh diperbetulkan kemudian.

Image result for zahid hamidi anwar ibrahim parlimen

APAkah Umno akan berkubur?

Terpulang kepada Najib dan Zahid.

Sehingga hari ini KEANGKUHAN Najib masih di tahap sama. Sehingga hari ini, Najib masih BELUM meminta MAAF kepada ahli-ahli Umno di atas kehancuran Umno.

Umno HANCUR kerana Najib, Rosmah dan kaum keluarga beliau serta kerakusan pemimpin-pemimpin lantikan Najib.

Zahid  dari awal TIDAK layak memegang jawatan Presiden TETAPI kerana  budaya Umno yang merosakkan, Zahid diPILIH menjadi Presiden Umno.

Kini Zahid diDESAK untuk meletakkan jawatan dan beliau bertegas tidak akan melepaskan jawatan.

Zahid lupa peristiwa bagaimana Abdullah Ahmad Badawi aka Pak Lah meletakkan jawatan, bagaimana bahagian-bahagian menaikkan sepanduk mendesak Pak Lah meletakkan jawatan.

Mungkin sudah bermula gerakan mengutip resolusi di bahagian-bahagian untuk memecat Zahid.

Nyawa politik Zahid kini berada di hujung tanduk.