Wednesday, January 9, 2019

RAKAN KARIB NAZRI AZIZ DITANGKAP SPRM

Image result for siew ka wei nazir aziz



Siapa yang tidak kenal Siew Ka Wei, seorang Cina ke sana ke mari dengan curut ditangan.

Kerap kali di samping beliau ialah Nazri Aziz.

Hari ini Siew Ka Wei ditangkap bagi membantu siasatan kes kontrak bernilai RM99 juta di bawah Kementerian Pelancongan ketika di bawah jagaan Nazri.

Kita tunggu hasil siasatan.



SPRM tahan 'Datuk' berkaitan kes Tourism Malaysia

KUALA LUMPUR: Seorang individu bergelar ‘Datuk’ ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung Tourism Malaysia, membabitkan siasatan satu kontrak bernilai lebih RM90 juta.

Sumber berkata suspek terbabit berusia 50-an ditahan ketika memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini dan difahamkan, individu terbabit dipercayai pernah menjawat jawatan tinggi di agensi berkenaan.

SPRM menerusi satu kenyataan hari ini, memaklumkan pihaknya akan membuat permohonan reman terhadap seorang bekas pengerusi agensi kerajaan dan seorang ketua pegawai eksekutif di Mahkamah Majistret Putrajaya, esok.

Siasatan kes itu dibuat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan pegawai badan awam.

Pada Jun tahun lalu, SPRM muncul di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dipercayai berkaitan dengan kontrak ditandatangani Tourism Malaysia dengan sebuah syarikat.

Agensi siasatan itu juga membuka kertas siasatan berhubung satu kontrak bernilai lebih RM90 juta membabitkan sebuah syarikat tempatan yang mewakili Tourism Malaysia untuk berunding dengan sebuah firma di China bagi mempromosi Malaysia di pentas media sosial di negara berkenaan.

Sebelum ini, bekas Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab, memaklumkan beberapa pegawai SPRM berkunjung ke kementerian itu di Putrajaya untuk mengemukakan beberapa soalan mengenai perjanjian promosi yang ditandatangani dengan syarikat swasta.

Namun, belum dapat dipastikan sama ada penahanan hari ini berkaitan dengan perkara itu.

No comments: