Wednesday, January 2, 2019

APAKAH MIMPI ANWAR IBRAHIM UNTUK MENJADI PERDANA MENTERI AKAN DIKAFANKAN?

Related image

ANWAR Ibrahim tidak lagi dihormati dalam PKR? Anwar hilang pengaruh di dalam PKR?

Itulah yang dibayangkan oleh seorang pemimpin PKR yang dahulunya orang KANAN Anwar, Khalid Jaafar.

Menurut Khalid, 70 peratus ahli PKR yang mengundi semasa pemilihan PKR 2018 memilih Azmin Ali.

Ia membawa maksud, pengaruh Anwar hanya tinggal 30 peratus di dalam PKR.

Rasa hormat pada Anwar sudah hilang dan ini menyebabkan beberapa orang KUAT Anwar TEWAS. Antaranya Rafizi Ramli, Johari Abdul, Abdullah Sani dan Fuziah Salleh.

Kenapa PKR kini sedang bergelora?

Ianya kerana Anwar menggunakan pintu belakang untuk mengembalikan kuasa beliau di dalam PKR dan melemahkan Azmin melalui perlantikan-perlantikan "pintu belakang" dan yang paling ketara melantik Rafizi sebagai Naib Presiden yang dilantik.

Anwar juga meletakkan orang-orang beliau memegang kuasa di negeri walaupun di kebanyakan negeri orang-orang beliau tewas.

Apakah Azmin akan berdiam diri?

Azmin ada opsyen. Jika Azmin membawa beberapa Ahli Parlimen PKR keluar parti, berkuburlah MIMPI Anwar mahu menjadi Perdana Menteri.

Anwar mahukan jawatan tersebut sebagai hak peribadi beliau dan bukan hak parti.

Tiada seorang pun di dalam PKR yang berpengaruh untuk mempertahankan Anwar. 

Cadangan untuk melantik Rafizi sebagai Senator di Negeri Sembilan diTOLAK bulat-bulat oleh PKR Negeri Sembilan.

Isteri Anwar, Wan Azizah, tidak lebih hanya sebagai pemanas kerusi, tiada kualiti kepimpinan. Hormat ahli PKR kepada Wan Azizah hanyalah kerana beliau isteri Anwar. 

Jika disingkap sejarah perjuangan PKR, Anwar merengkok di dalam PENJARA kerana kesalahan MORAL dan panji-panji PKR pada masa itu dibawa oleh Azmin melalui rekod pentadbiran cemerlang beliau mentadbir Selangor.

Tahun 2018 menyaksikan Najib Razak mengkafankan Umno dan BN, apakah 2019 akan menyaksikan Anwar mengkafankan cita-cita beliau sendiri menjadi Perdana Menteri?

No comments: