Monday, December 17, 2018

PKR BUKAN PARTI MELAYU

GAMBAR yang digunakan oleh Ahmad Zahid Hamidi di Twitter beliau ketika Ahli Parlimen Umno keluar parti beramai-ramai selepas PRU-14.



GAMBAR propaganda Najib Razak di Mekah sebelum PRU-14.


PADA satu ketika, apabila seorang bekas Menteri dari Umno diselubungi isu RASUAH, destinasi pertama beliau ialah MEKAH.

Sebelum PRU-14 diadakan, Najib berkunjung ke Mekah dan pegawai-pegawai beliau membanjiri media sosial dengan gambar-gambar beliau di sana dengan keyakinan bahawa orang Melayu akan terpengaruh dengan gambar-gambar sebegini.
Image result for najib mekah menangis


KETIKA dilanda krisis kepimpinan, Zahid mempamirkan gambar beliau sedang berdoa.

Ironinya, Umno hilang kuasa, bekas Menteri tersebut hilang jawatan, Najib dan Rosmah hilang jawatan tertinggi negara dan menanti untuk menjejak kaki ke penjara dan Zahid sedang mengelupur melawan desakan akan umbi Umno untuk memecat beliau sebagai Presiden Umno.


UMNO kini tinggal 37 kerusi Parlimen berbanding 51 yang dimenanginya semasa PRU-14 awal tahun ini.

Jika sebelum ini beria-ia benar Zahid mencongak jumlah kerusi untuk  bergabung dengan Anwar Ibrahim dan PKR, Pas dan DAP untuk menJATUHkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, hari ini Umno SUSUT NILAI.

Anwar pula semakin defensif. Tiba-tiba Anwar membuat kenyataan kononnya ada pihak cuba mengADU-DOMBA beliau dengan Dr Mahathir.

Ahli politik dikenali sebagai orang yang bermuka-muka, berpura-pura dan hipokrit.

Di akar umbi, tersebar berita Dr Mahathir akan dijatuhkan semasa sesi sidang Parlimen yang lepas melalui undi tidak percaya.

Tiba-tiba tidak jadi atau ditangguhkan. Kini tersebar kononnya pemimpin tertentu di dalam Pakatan Harapan memberi Dr Mahathir 90 hari untuk meletakkan jawatan tahun hadapan.

Khabar angin? Rasanya tidak!

Kerana katanya yang menyebarkan berita ini ialah Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang menyokong pemimpin tertentu.

Mungkin Anwar boleh bertanya kepada rakan-rakan Ahli Parlimen Pakatan beliau. 
Image result for keluar umno

MAJORITI Ahli Parlimen Umno (Melayu) yang keluar Umno dijangka akan menyertai Bersatu bukan PKR.

Demi bangsa, menyertai Bersatu adalah tindakan paling tepat.

Selepas kekalahan Umno dan imej Umno yang rosak kerana rasuah, hanya Bersatu dilihat sebagai satu-satunya parti yang dapat memperjuangkan HAK Melayu.

PKR BUKAN parti Melayu. PKR parti Melayu-Cina-India. Wakil PKR di dalam Kabinet juga terdiri dari BUKAN MELAYU - Xavier Jayakumar, R.Sivarasa, Sim Tze Tzin dan Lee Boon Chye.

Harapan orang Melayu kepada Umno sudah tiada (kecuali ahli Umno), tambahan lagi Umno dipimpin oleh pimpinan yang terpalit dengan rasuah.

Maka tidak memeranjatkan Ahli-Ahli Parlimen Umno akan menyertai Bersatu demi masadepan orang-orang Melayu.

Pengkhianat kah mereka jika mereka menyertai Bersatu?

Hanya pada Nurul Izzah dan keluarga Anwar menganggap mereka pengkhianat kerana penyertaan mereka ke dalam Bersatu dapat menggugat MIMPI Anwar menaiki takhta Perdana Menteri.

Tiada apa yang ganjil mengenai penghijrahan Ahli Parlimen ke parti lain.

Rata-rata ahli PKR adalah dari Umno. Rata-rata pemimpin Umno dari Sabah adalah dari USNO dan Berjaya.

Apakah salah Ahli Parlimen Umno menyertai parti Melayu yang lain untuk mempertahankan hak Melayu?

Masalah imej mereka boleh diperbetulkan kemudian.

Image result for zahid hamidi anwar ibrahim parlimen

APAkah Umno akan berkubur?

Terpulang kepada Najib dan Zahid.

Sehingga hari ini KEANGKUHAN Najib masih di tahap sama. Sehingga hari ini, Najib masih BELUM meminta MAAF kepada ahli-ahli Umno di atas kehancuran Umno.

Umno HANCUR kerana Najib, Rosmah dan kaum keluarga beliau serta kerakusan pemimpin-pemimpin lantikan Najib.

Zahid  dari awal TIDAK layak memegang jawatan Presiden TETAPI kerana  budaya Umno yang merosakkan, Zahid diPILIH menjadi Presiden Umno.

Kini Zahid diDESAK untuk meletakkan jawatan dan beliau bertegas tidak akan melepaskan jawatan.

Zahid lupa peristiwa bagaimana Abdullah Ahmad Badawi aka Pak Lah meletakkan jawatan, bagaimana bahagian-bahagian menaikkan sepanduk mendesak Pak Lah meletakkan jawatan.

Mungkin sudah bermula gerakan mengutip resolusi di bahagian-bahagian untuk memecat Zahid.

Nyawa politik Zahid kini berada di hujung tanduk. 







No comments: