Friday, March 11, 2016

NAJIB PECAT DR MAHATHIR SEBAGAI PENASIHAT PETRONAS. TENGKU RAZALEIGH PENASIHAT BARU?

Image result for mahathir+petronas

HARI INI, Najib Razak memecat Dr Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petronas.

Pecat memecat sudah menjadi LEGASI Najib.

Siapa yang tidak SEBULU diPECAT.

Senarai pemimpin Umno yang tidak sebulu dengan Najib dan Rosmah Mansor semakin panjang, hari demi hari.

Cuma Najib takut hendak memecat bekas Menteri Besar Terengganu Ahmad Said mungkin kerana Najib takut RAHSIA beliau didedahkan oleh Ahmad Said atau kerajaan negeri JATUH ke tangan Pas.

Kesalahan yang dibuat oleh Ahmad Said amat BERAT SEKALI - cuba menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan Umno di Terengganu.

Tidak ada kesalahan dalam parti yang lebih berat daripada itu.

Sebenarnya tidak ada masalah jika Kerajaan Umno di Terengganu TUMBANG kerana yang akan menggantikan Umno pun sahabat Najib - Hadi Awang.

Hanya pentadbiran kerajaan negeri berpindah tangan - dari Umno kepada sahabat karib Najib, Hadi Awang, pemimpin parti Pas. Sekurang-kurangnya Hadi mendapat peluang memperbetulkan kesilapan beliau yang lalu di mana sebagai Menteri Besar, Hadi mentadbir Terengganu sama seperti beliau mentadbir Masjid Rusila.

Kembali kepada pemecatan Dr Mahathir.

Khabar angin bertiup kencang bahawa Tengku Razaliegh Hamzah akan dilantik sebagai penasihat Petronas yang baru.

Katanya Najib ada bertemu Ku Li sebelum Dr Mahathir melancarkan Gerakan Undur Najib - Selamatkan Malaysia.

Katanya juga, Ku Li turut terlibat di dalam gerakan tersebut tetapi selepas bertemu Najib, beliau mengundur diri.

Dulu Ku Li cuba menobatkan diri beliau sebagai penyelamat negara dan segala apa yang dilakukan oleh Najib semua salah sehinggakan Ku Li mengutuskan SURAT kepada semua Ahli Parlimen dan menyenaraikan segala KELEMAHAN kerajaan pimpinan Najib.

Tidak cukup dengan itu, Ku Li berucap di Parlimen umpama ucapan "State of the Union" Presiden Amerika Syarikat bagi memberi gambaran beliau lah yang layak membetulkan keadaan negara.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang juga ghairah untuk menjadikan Ku Li sebagai Perdana Menteri sehinggakan pada satu ketika tahun lepas, usaha dilakukan untuk MEMANCING Ahli Parlimen BN untuk menyokong undi tidak percaya kepada Najib dan Ku Li sebagai Perdana Menteri.

Itu lah Tengku Razaliegh Hamzah.

Sebab itulah beliau hanya mampu naik setakat jawatan Naib Presiden Umno.

Dengan prinsip yang ada sekarang, beliaulah yang paling sesuai dilantik sebagai Penasihat Petronas yang baru menggantikan Dr Mahathir.

Itulah jawatan yang sesuai untuk beliau sebagai hadiah persaraan dan hadiah kepada prinsip diri yang ada pada Tengku Razaleigh Hamzah.



Thursday, March 10, 2016

RAHSIA NAJIB DALAM POKET AHMAD SAID?

Image result for najib+ahmad said

"Saya menyimpan SATU RAHSIA BESAR Perdana Menteri. Saya tidak mahu cerita perkara sebenar di Terengganu sekarang. Kalau saya dedahkan malu semua orang, malu Perdana Menteri. Jangan main-main, ada benda, takut orang malu. Saya korbankan diri saya, saya sanggup melawan Perdana Menteri kerana rakyat Terengganu ‘terhutang’. Saya tak boleh cerita sekarang, saya tunggu tindakan atau komen-komen daripada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atau Setiausaha Agung UMNO (Datuk Seri Tengku Adnan Mansor). Saya tak nak cerita sekarang tetapi jangan buat saya rasa terhina.” - Bekas Menteri Besar Terengganu Ahmad Said.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/03/09/saya-simpan-rahsia-besar-najib-ahmad-said/

Wednesday, March 9, 2016

AZEEZ RAHIM ANAK EMAS KESAYANGAN NAJIB RAZAK KE? HABIS PROJEK KAMI DIA SAPU?



AZEEZ RAHIM

Sekali lagi rakan-rakan Umno ajak ke kedai kopi, katanya mahu berbincang hal Deklarasi BUANG NAJIB yang dipimpin oleh Dr Mahathir Mohamad.

Dalam korum malam tadi, ada kawan-kawan yang berjawatan di dalam bahagian-bahagian Umno turut serta minum kopi bersama kami.

Belum pun sempat berbincang mengenai Deklarasi BUANG NAJIB ini, tiba-tiba terpancul dari mulut salah seorang kawan akan nama - AZEEZ RAHIM.

Tiba-tiba merah padam mukanya apabila berbicara mengenai Azeez.

Azeez ini ANAK EMAS Najib ke? katanya dengan nada cukup marah.

"Apa kami ini anak tiri Najib ke?, atau kami anak tepi jalan" katanya.

Maka saya bertanya, kenapa?

"Habis semua projek di Malaysia ini dia SAPU dan dia kata Najib bagi kat dia untuk TOLONG UMNO.

Dalam whatsapp group Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian dan Naib Ketua Bahagian, semua tengah HOT dengan Najib dan Azeez.

"Masuk sampai ke dalam bilik tidur kami samun harta kami. Dalam satu whatsapp group, satu pemimpin Umno berjawatan di Johor memaki hamun Azeez selepas mendapat tahu Azeez SAPU projek dia di bahagian dia.

"Ada seorang MB/KM dah plan elok-elok macam mana nak tolong Umno negeri. Tiba-tiba diberitahu Najib dah bagi projek itu kepada Azeez. Haram#23%* betul."

Ada satu negeri dah HARAMKAN AZEEZ masuk negeri dia. Ketua di negeri tersebut, katanya, menulis kepada Najib mengharamkan Azeez sapu projek di negeri mereka selepas mendapat tahu Azeez dah KEBAS projek di negeri beliau.

Katanya, orang Sabah tak boleh tengok muka Azeez.

Lebih memeranjatkan Jelapang, apabila salah seorang di kedai kopi malam tadi, mengherdik: "Azeez ini tolong Umno atau tolong Najib jadi PARTNER in CR*&%. 

Sehingga ke tahap itu kemarahan mereka.

Jelapang cuba tenteramkan mereka dengan menyatakan bahawa MUNGKIN semua ini FITNAH.

Mungkin benar Azeez diamanahkan untuk menjaga Umno sebab itulah projek jalan di Johor, Melaka, Selangor, Sabah dll, Najib BERIKAN kepada beliau.

Azeez terBUKTI pandai mentadbir dan menguruskan kewangan. Lihatlah TABUNG HAJI. Dividen pun tinggi tahun ini. Jual tanah TRX pun dah berjuta keuntungan diberikan kepada Tabung Haji.

Jual aset di London pun untung, beli balik saham right issues TH Engineering lagi menguntungkan.

Kalau ikut cakap-cakap orang, Azeez memang orang "kuat" Najib malah ada yang mengatakan adalah penasihat yang Najib benar-benar mendengar nasihatnya.

Balik kepada kawan-kawan di dalam Umno ini.

Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian dan Naib Ketua Bahagian sedang membuak-buak KEMARAHAN mereka kerana Azeez dah SAPU rezeki mereka diNEGERI mereka.

Tetapi bukan semua. Ada Ketua Bahagian di Selangor yang mana terdapat projek yang Azeez terlibat di bahagian mereka, gembira. Tak percaya tanya Noh Omar.

Ada juga pembuat keputusan di peringkat Persekutuan juga berpuashati dengan kerja Azeez dan sebab itu Menteri tertentu TOLONG Azeez, kata mereka lah.

Oleh itu tak perlulah membuat tuduhan melulu samada Azeez anak emas Najib atau mereka anak tepi jalan.

Umno perlu dijaga. Kalau Najib memilih Azeez untuk menjaga Umno terima sajalah.

Bukankah sebagai ahli Umno kita diAJAR TAAT SETIA kepada pemimpin.

Tak perlulah kita bertelagah kerana DUIT dan KEKAYAAN. Yang penting perjuangan.

Dalam keadaan sekarang, yang penting kita pertahankan Najib dari dijatuhkan oleh Dr Mahathir.

Hal Najib dapat derma atau duit masuk akaun beliau itu soal lain. Yang penting kita setia pada pemimpin.

Mungkin Azeez lebih setia dari kita kepada Najib. Maka layaklah Azeez diberi projek sebanyak itu.

Tuesday, March 8, 2016

KHAIRY PALING RASIONAL BERBANDING PEMIMPIN LAIN



5 HARI yang lalu, seorang ibu berusia 37 tahun, berketurunan India, memberi tahu mahkamah "MAAFKAN saya Puan Majistret. Saya mencuri MILO (2kg) itu kerana anak saya yang berumur 2 tahun terlalu ingin minum MILO."

Ibu tersebut mengaku kesalahan beliau. Ibu tersebut mengaku MENCURI Milo dari sebuah supermarket di Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Di atas pengakuan BERSALAH beliau, IBU tersebut diHUKUM PENJARA SEHARI dan DENDA RM200.

Ibu tersebut menjalani hukuman penjara sehari dan mahu dipenjarakan di di atas hukuman denda RM200 kerana beliau tidak mampu menjelaskannya.

Sepasang suami isteri KETURUNAN MELAYU membaca laporan tersebut, memandu berkilometre ke tempat ibu tersebut ditahan dan memBAYAR denda tersebut.

Mencuri tetap mencuri. Tetapi ada yang mencuri, tidak mengaku mencuri.

Yang mencuri mengaku mencuri. Yang menghukum tetap menghukum. Tetapi simpati tetap ada.

Jumaat lepas Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Deklarasi Selamatkan Malaysia.

Terdapat 37 perenggan di dalam Deklarasi tersebut dan FAKTA-FAKTAnya gagal dibuktikan palsu. Cuma ada pihak menggunakan kuasa eksekutif untuk "menyelamatkan diri" dari tindakan mahkamah.

Pelbagai fakta terkandung di dalam Deklarasi tersebut (termasuk pertuduhan melibatkan RM2.6 bilion), tetapi yang menjadi asas penolakan ialah kehadiran Lim Kit Siang di majlis tersebut.

Inilah politik Malaysia.

Hadi Awang dengan cara dia. Bagi dia, "saya anti-Umno tetapi tidak anti orang Umno".

Agaknya Dr Mahathir Mohamad juga boleh berkata begitu, "SAYA ANTI-DAP, TETAPI TIDAK ANTI ORANG DAP (Kit Siang, Teresa Kok ....)

Hanya yang agak rasional ialah Menteri Besar Johor Khaled Nordin yang merasa bimbang dengan Deklarasi ini.

Khaled mahu Umno melihat isu ini secara RASIONAL, kerana ianya akan menjejaskan Umno semasa PRU-14 nanti.

Tetapi apa ada pada Umno dan masadepan negara?

Anwar Ibrahim pada mulanya menyokong deklarasi ini dan sekarang ini mahu menggunakannya untuk KELUAR dari Penjara. Negara tak penting bagi beliau, keluar penjara lagi penting. Kalau menolak deklarasi ini dapat melembutkan hati Najib dan Rosmah Mansor untuk memBEBASkan beliau, apa guna masadepan negara, keluar penjara lebih penting.

Tengku Razaliegh Hamzah, kejap sokong kejap tidak. Biasalah Ku Li, mahu menjadi orang penting tidak kira dalam suasana politik mana. Jika tidak dipedulikan, beliau akan tampil seolah-olah beliau penyelamat negara. Bila melihat orang lain nampak tampil lebih komited untuk menyelamatkan negara, beliau berundur kerana tidak mahu orang itu lebih mendapat nama dari beliau.

Seorang bekas Menteri senior, sehari dua ini, turut serta dalam perdebatan. Ada masa nampak seperti mengkritik Najib, tetapi 2 hari lalu Dr Mahathir pula dikritiknya. Katanya beliau berminat menjadi Speaker Dewan Rakyat menggantikan Pandikar Amin Mulia.

Ramai turut serta mengkritik Dr Mahathir terutamanya pemimpin Umno Pulau Pinang, Selangor & Wilayah Persekutuan.

Biasalah di dalam keadaan macam ini, projek dan jawatan pun kurang, inilah masanya mengenengahkan diri.

Bila menjadi pemimpin di negeri yang kalah kepada pembangkang, dan tidak diberi jawatan penting, polemik seperti ini ada hikmahnya. Apalah yang dapat dilakukan oleh Non Panjang (Zainal Abidin Othman) dan Noh Omar untuk merampas semula Selangor dan Pulau Pinang dari PKR dan DAP. Hanya setakat bermimpi di siang hari.

Kita memuji Khairy Jamaluddin.

Katanya Khairy adalah antara yang paling KURANG berCAKAP sejak akhir-akhir ini.

Ada yang bercakap belakang-belakang bahawa Khairy ini diam-diam sokong Dr Mahathir.

Itu fitnah. Khairy rasional orangnya.

Dia akan panggil "a spade, a spade" kata orang puteh. Yang betul, dia kata betul. Kalau salah, dia kata salah. Kalau Najib salah, KJ berdiam diri. Itu Khairy.

Penyokong Najib boleh menghentam Dr Mahathir. Anwar boleh menghentam Dr Mahathir dan lepas dari penjara, Veteran Umno boleh menghentam Dr Mahathir dan menduduki kerusi empuk di Dewan Rakyat, Hadi boleh berkokok, tetapi Pas tetap kekal setakat mengurus jawatankuasa surau.

Di bawah ini, rakyat hanya menunggu masanya. Bagi rakyat, masa depan negara itu penting, rezeki depan mata lebih penting.

Seperti yang dipinta oleh Umno, RAKYAT PERLU MENUNGGU KETIBAAN PRU-14. Hari nya akan tiba.

Rakyat tidak sabar menantinya, rasanya BN dan Umno pun begitu juga. 

Sunday, March 6, 2016

CASH IS KING (DUIT ADALAH RAJA SEGALANYA)



Kita tertarik dengan satu perkara yang disebut di dalam Deklarasi "Selamatkan Malaysia" yang dibacakan oleh Dr Mahathir Mohamad. Ia berbunyi:
"Di bawah pentadbirannya (Najib Razak) negara jatuh tersenarai sebagai salah satu daripada 10 negara yang paling banyak mengamalkan rasuah mengikut laporan Ernst and Young Asia Pacific Fraud Survey Report Series 2013. Malaysia juga telah jatuh empat anak tangga Indeks Persepsi Rasuah 2015, dari 50 ke 54. Ini adalah kerana dianya (Najib) percaya yang wang tunai boleh mempastikan kedudukannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dia percaya bahawa duit adalah segala-galanya-"Cash is King"."
Semalam sempat kita minum teh tarik di sebuah kedai kopi bersama beberapa pemimpin Umno.

Cerita mereka mengenai "CASH is KING" ini cukup menakjubkan dan di luar dugaan.

Demi untuk bersangka baik, Jelapang menganggap ianya tidak lebih dari khabar angin dan hampir kepada fitnah.

Kata mereka:

1. Ketua Bahagian XXXXXX menerima RM500,000

2. Ketua Bahagian XXXX, menerima RM1.2 juta

3. Ketua Bahagian XXXXXXX, lagi banyak dapat, RM1.5 juta.

Bagi kita, kalau bukan fitnah pun, mungkin pemberian tersebut bertujuan untuk membantu anak yatim dan golongan berpendapatan rendah.

Lagipun janganlah kita ambil serius cerita-cerita gang Umno ini di kedai kopi. Adakalanya mereka irihati kepada Ketua Bahagian mereka yang dapat, kata orang puteh, "rub shoulder" (bergesel bahu) dengan orang atasan.

Kalau tak puashati dengan Ketua Bahagian, pemilihan akan datang, lawanlah Ketua Bahagian. Mungkin giliran kita pula dapat "bergesel bahu" dengan orang atasan.

Wallahualam. Hanya Allah swt yang lebih mengetahui.

Saturday, March 5, 2016

SELAMATKAN MALAYSIA: NAJIB WAJIB BERUNDUR

Image result for deklarasi+dr mahathir

"SELAMATKAN MALAYSIA".

Semalam Dr Mahathir Mohamad mengetuai satu gerakan untuk memastikan Najib Razak berUNDUR sebagai Perdana Menteri.

Hanya satu saja tujuan gerakan ini - mengNYAHkan Najib dari kerusi empuk Perdana Menteri untuk menyelamatkan Malaysia.

Buat pertama kali Umno kelihatan LESU untuk mempertahankan Najib. Tidak ada kata-kata kurang sopan seperti kurang ajar dan anjing dalam reaksi kepada tindakan Tun Mahathir semalam. 

Hanya yang mampu dibuat oleh pemimpin-pemimpin Umno ialah menyanggah tindakan Dr Mahathir duduk semeja dengan musuh lama beliau dan orang kuat Lim Kit Siang menDESAK Najib meletakkan jawatan.

Itu saja yang terMAMPU oleh Umno malah Najib sendiri hanya mampu mengeluarkan kenyataan 3 perenggan untuk mempertahankan diri beliau dengan menyatakan perubahan pada jawatan beliau hanya boleh dibuat melalui PRU.

Betapa dangkalnya reaksi Najib dan ini menggambarkan betapa susahnya buat Najib mempertahankan kedudukan beliau.

Negara lebih PENTING dari Najib. Keadaan negara terlalu UZUR dan TENAT ketika ini dan Najib yang bertanggungjawab terhadap apa yang dilalui oleh rakyat dan negara ketika ini.

Hendak menghantar 744 pelajar keluar negara untuk belajar pun sudah tidak mampu. Petronas, satu syarikat GERGASI dunia, pun terpaksa membuang pekerja untuk menyelamatkan syarikat tersebut.

Itulah situasi negara sekarang.

Dr Mahathir diserang kononnya tidak menggunakan saluran yang betul. Apa salurannya?

Peguam Negara diPECAT. Pengkritik dari dalam Umno diPECAT. Badan yang menyiasat Najib diBUBARkan. Blog dan portal berita yang menulis kritikan diTUTUP. Apa salurannya?

Apakah salah Dr Mahathir duduk semeja dengan Kit Siang untuk menyelamatkan negara milik RAKYAT?

Apa salahnya kita makan di kedai Melayu yang disewa dari seorang Cina dimana lauk pauknya SEDAP dan harganya MURAH dari kita makan di kedai Melayu yang disewa dari orang Melayu TETAPI harganya mahal dan lauknya ala kadar. Malahan hanya mereka yang tidak rasional akan makan di kedai yang mahal harganya.

Tidak salah Lim Kit Siang bersama Dr Mahathir untuk menyelamatkan negara dari kemusnahan.

Kita berharap Dr Mahathir dan ahli-ahli Gerakan Rakyat Malaysia ini berjaya menyelamatkan Malaysia.

Najib perlu ingat sejarah Dr Mahathir.

Dr Mahathir keluar Umno pada 19 Mei 2008 dan pada 9 Okt 2008 (3 bulan) Pak Lah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan pada 3 April 2009, Pak Lah dengan rasminya bersara sebagai Perdana Menteri.

Itu sejarah Dr Mahathir.

Jika dilihat kepada Deklarasi semalam, tiada apa yang boleh dipertahankan oleh Umno kerana itulah REALITI hari ini dan negara hanya dapat diselamatkan melalui reformasi yang tertera di dalam deklarasi tersebut.

Dan SELAMATnya Malaysia hanya dengan Najib MELETAKKAN JAWATAN.




"SELAMATKAN MALAYSIA"


Berikut adalah deklarasi berkenaan:
1. Kami, warga Malaysia seperti nama-nama berikut ingin menyatakan kebimbangan kami terhadap keadaan politik, ekonomi dan sosial datam negara.

2. Kami ingin menarik perhatian rakyat Malaysia terhadap kerosakan yang telah dilakukan kepada negara di bawah pentadbiran Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak.
3. Di bawah pentadbirannya negara jatuh tersenarai sebagai salah satu daripada 10 negara yang paling banyak mengamalkan rasuah mengikut laporan Ernst and Young Asia Pacific Fraud Survey Report Series 2013. Malaysia juga telah jatuh empat anak tangga Indeks Persepsi Rasuah 2015, dari 50 ke 54.
4. Ini adalah kerana dianya percaya yang wang tunai boleh mempastikan kedudukannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dia percaya bahawa duit adalah segala-galanya-"Cash is King".
5. Peruntukan kepada semua Kementerian dan institusi awam termasuk universiti telah dikurangkan kerana ketandusan kewangan. Walaupun telah diperuntukkan, tidak ada sumber kewangan.
6. Pada tahun 2009, beliau telah menubuhkan satu Dana Kekayaan Negara (Sovereign Wealth Fund) bertujuan untuk menjana pendapatan bagi Kerajaan.
7. Dia menubuhkan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kemudiannya dibebani hutang sebanyak RM42 bilion yang tidak dapat ditanggung. Tanya tidak lagi menjadi Dana Kekayaan. Sebaliknya Dana Hutang Negara.
8. 1MDB telah meminjam RM20 bilion untuk membeli tiga janakuasa elektrik pada harga yang RM12.1 bilion, melebihi harga pasaran. Walaupun diberi kontrak untuk membina janakuasa baru selain lanjutan bagi konsesi yang hampir tarnat, syarikat-syarikat janakuasa 1MDB ini telah dijual pada harga RM9.83 bilion dengan kerugian berjumlah RM2.27 bilion.
9. 1MDB juga telah melabur atau meminjamkan sebanyak US$1.83 bilion kepada Petrosaudi International (PSI) Limited diantara 2009 dan 2011 di datam projek-projek dan aset yang tidak wujud. Bank Negara Malaysia telah meminta supaya 1 MDB membawa pulang semula wang tersebut ke Malaysia kerana kebenaran yang diberi untuk pelaburan berdasarkan kepada maklumat yang tidak tepat. Daripada jumlah ini, sebanyak US$1.45 bilion telah secara langsung atau tidak langsung disalurkan kepada syarikat Good Star Limited dan lain-lain syarikat dibawah penguasaan Low Taek Jho.
10. Untuk menutup kehilangan wang tersebut, 1MDB telah melupuskan pelaburan dan Pinjaman ke PSI untuk us$2.318 bilion, dengan mendakwa yang ianya telah membuat keuntungan sebanyak us$488 juta. Bagaimanapun, tidak ada sesen pun daripada jumlah ini yang dipulangkan ke Malaysia. sebaliknya 1 MDB mendakwa yang wang tersebut telah dilabur di datam dana di Kepulauan caymans, yang kemudiannya telah di bongkar sebagai sebuah firma pengurusan pelaburan tidak berlesen. KpMG telah disingkir sebagai juruaudit 1MDB kerana enggan mengesahkan nilai pelaburan dana Caymans yang penuh misteri.
11. 1MDB mendakwa juga yang pelaburan di Kepulauan Caymans ini telah pun ditebus sepenuhnya. Sebanyak US$1.22 bilion telah dilaporkan ditebus pada 5hb November 2014, tetapi telah digunakan pada hari yang sama untuk membayar ganti rugi kepada Aabar Investments PJS. Ini merupakan gantirugi kerana menamatkan opsyen yang diberi kepada
Aabar untuk membeli 49 peratus saham di datam syarikat-syarikat janakuasa 1 MDB. Ini merupakan satu penipuan kerana, syarikat induk Aabar, International Petroleum Investment Corporation(IPIC), tidak pun menyebut tentang penerimaan pembayaran tersebut di datam akaunnya yang diaudit dan tersiar di London Stock Exchange. Sebaliknya akaun IPIC menyebut bahawa 1MDB terhutang sejumlah US$481 juta kepadanya kerana penamatan opsyen tersebut.
12. 1MDB juga telah mengambil hutang berjumlah US$975 juta daripada konsortium Deutsche-Bank pada bulan September 2014, untuk tujuan yang sama iaitu membayar ganti rugi kepada Aabar. Akhbar the Wall Street Journal membongkar bahawa wang tersebut telah digunakan untuk membayar pihak lain di British Virgin Islands yang mempunyai nama yang lebih kurang sama iaitu,"Aabar Investment PJS Limited", yang dimiliki oleh pihak yang tidak ada kena mengena dengan IPIC. Penipuan licik ini telah berjaya memperdayakan juruaudit 1MDB, Deloitte Malaysia yang mempercayai bahawa bayaran telahpun diterima Aabar kepunyaan IPIC.
13. 1MDB mengumumkan bahawa ia telah membuat tebusan kedua dan terakhir berjumlah RM1.1 bilion daripada pelaburan di kepulauan Cayman pada bulan Januari 2015. Pada mulanya Perdana Menteri memaklumkan kepada Parlimen bahawa jumlah tersebut telah dimasukkan ke datam Bank BSI di Singapura. Dua bulan kemudian, pada bulan Mei 2015, dia memberitahu Parlimen bahawa, ianya bukanlah di datam bentuk wang tunai, tetapi aset. Kemudian, dijelaskan pula yang aset-aset ini merupakan"unit"yang bermakna bahawa tanya tidakpun ditebus. Ini membuktikan yang 1MDB dan Perdana Menteri telah berulang-kali menipu rakyat Malaysia. Ianya juga bermakna bahawa wang yang dilaburkan di datam Petrosaudi yang kemudiannya dilabur semula di Kepulauan Caymans, masih lagi hilang dan tidak dapat diperakukan.
14. Seorang bekas naib ketua bahagian UMNO Batu Kawan telah membuat laporan polis berkenaan kehilangan sejumlah wang yang besar oleh 1MDB. Tiada sebarang siasatan dilakukan polis. Sebaliknya pengadu telah disoal-siasat polis, ditahan dan didakwa di bawah Akta Kesalahan Keselamatan(Langkah-Langkah Khas)2012(SOSMA)kerana mensabotaj
ekonomi negara. Peguam beliau juga ditahan dan didakwa dibawah Akta yang sama. Ini menakutkan sesiapa sahaja yang ingin melapor pada Polis berkenaan dengan 1 MDB.
15. Akhbar Wall Street Journal melaporkan yang Najib mempunyai US$681 juta Dolar di datam akaun peribadinya di Ambank.
16. Najib pada mulanya menafikannya, tetapi kemudian mengakui bahawa dianya mempunyai sejumlah wang yang banyak di datam akaun peribadinya, Dia mendakwa menerima derma dari seorang Arab, kemudian ianya menjadi derma untuknya memenangi Pilihanraya Umum ke-13 kemudian pula menyatakan ianya adalah kerana dedikasi beliau menentang keganasan. Dia kemudiannya mendakwa menerima duit berkenaan daripada seorang Putera Raja Arab Saudi,
dan kemudian daripada Raja Arab Saudi yang telah mangkat.
17. Kemudian seorang Menteri Arab Saudi menyatakan bahawa tidak terdapat apa-apa rekod berkenaan sebarang hadiah daripada Arab Saudi. Beliau mencadangkan bahawa wang tersebut mungkin merupakan peaburan. Tetapi jumlahnya kecil.
18. Najib menyatakan hasrat untuk menyaman Wall Street Journal di mahkamah tetapi dia tidak berbuat apa-apa. Sebaliknya dia meminta peguamnya bertanya kepada Wall Street Journal kenapa akhbar itu menyiarkan laporan tersebut.
19. Hingga ke hari ini WSJ berterusan mengeluarkan laporan demi laporan dengan fakta terperinci berkenaan dengan duit sejumlah US$681 juta yang terdapat di datam akaun peribadinya. Dianya masih tidak mengambil tindakan saman terhadap WSJ, sesuatu yang boleh dilakukan di negara di mana WSJ diterbitkan.
20. Khuatir dan syak dengan jumlah wang banyak dalam akaun peribadi Najib, satu pasukan petugas ditubuhkan di Malaysia untuk menyiasat sumber wang tersebut. Empat institusi Kerajaan terlibat, Polis Di Raja Malaysia, Peguam Negara, Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
21. Belumpun pasukan petugas berjaya selesaikan penugasan mereka, Peguam Negara disingkir oleh Najib atas alasan beliau sakit dan tidak mampu meneruskan tugasannya. Secara terang Najib telah memberi gambaran yang tidak benar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan Tuanku bagi menggantikan Peguam Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dilumpuhkan apabila pengerusi serta beberapa ahlinya dipindahkan oleh Najib bagi menghalang penyiasatan keatas 1 MDB. Pengerusi baru, kenalan Najib dilantik dan beliau secara spontan menyatakan yang Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan.
22. Najib kemudian melantik Peguam Negara baru. Peguam Negara baru menolak cadangan Bank Negara untuk tindakan diambil sambil mendakwa yang tidak ada apa-apa di dalam laporan tersebut yang menunjukkan bahawa Najib melakukan kesalahan.
23. Rayuan Bank Negara tidak diendahkan.
24. peguam Negara yang baru juga menolak lagi satu laporan daripada SPRM. Kandungan laporan tidak didedahkan dan ancaman dibuat terhadap pendedahan laporan tersebut.
25. peguam Negara baru juga tanpa penjelasan yang munasabah menolak cadangan dari dua institusi yang mempunyai kuasa dan kepakaran datam bidang mereka.
26. penolakan ini juga menghalang perkara tersebut dibawa ke mahkamah di mana semua bukti dapat diketengahkan dan dibicarakan. Dengan ini Peguam Negara memain peranan sebagai pendakwa dan juga hakim. Proses undang-undang terhalang.
27. Timbalan Perdana Menteri yang disingkir kemudian mendedahkan yang peguam Negara yang lama telah menunjuk bukti kesalahan yang dilakukan Najib bersangkutan skandal- skandal tersebut. Di masa yang sama, beberapa agensi Kerajaan asing, iaitu Switzerland, Singapura, Amerika Syarikat, Hong Kong dan Britain, telah memulakan siasatan ke atas 1MDB.
28. Akhbar di Malaysia ditapis menyebabkan rakyat lebih bergantung kepada laporan media asing. Tetapi apabila rakyat berbincang atau menulis berdasarkan laporan media asing, Kerajaan menerusi Ketua Polis Negara menjemput sesiapa sahaja untuk membuat laporan polis agar polis dapat menjalankan soal siasat terhadap orang itu.
29. Ini bercanggah dengan kegagalan polis menyiasat laporan polis yang dibuat terhadap Najib, Jho Low dan laporan Bank Negara dan SPRM kepada Peguam Negara. Peguam Negara juga mengugut untuk jatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan rotan terhadap sesiapa yang bertindak membocor maklumat Kerajaan. Ini bermakna yang kesalahan jenayah di datam pentadbiran Kerajaanpun akan dilindung daripada pengetahuan awam.
30. Peguam Negara mengumumkan bahawa sebahagian daripada sejumlah RM2.6 bilion (sebanyak RM2.3 bilion)telah dipulangkan kepada Arab Saudi. Selain daripada kenyataan ini tiada bukti lain yang dikemukakan.
31. Rakyat juga semakin menderita.

32. GST yang dikenakan Najib, kenaikan kadar tol lebuhraya, kesemuanya mengakibatkan kenaikan kos sara hidup, memaksa perniagaan ditutup, menyebabkan industri kepunyaan asing menghentikan operasi dan berpindah kepada negara lain. Ini mengakibatkan peningkatan kadar pengangguran.
33. Walaupun rakyat membantah, Najib tetap menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik(TPP)Amerika yang mengikis hak kita untuk membuat dasar dan undang-undang yang sesuai bagi negara kita.
34. Hari ini imej Malaysia amat buruk sekali. Selain diklasifikasikan antara 10 negara terburuk mengamalkan rasuah, Malaysia juga dianggap tidak demokratik. Hak kebebasan bersuara juga kebebasan akhbar terhalang, dan rakyat hidup datam ketakutan ditangkap dan ditahan. Akta Majlis Keselamatan Negara digubal untuk memberikan Perdana Menteri dan bukan Yang di-Pertuan Agong kuasa mengisytiharkan sesuatu kawasan itu sebagai kawasan keselamatan dimana sesiapa sahaja boleh ditangkap dan ditahan tanpa bicara dan didakwa dibawah prosidur yang melanggar batas keadilan yang diterima.
35. Sebaliknya pula jika berlaku kesilapan datam penggunaan Akta ini oleh pegawai Kerajaan, atau di mana terdapat salahguna kuasa, rakyat tidak boleh mengambil apa bentuk tidakan terhadap mereka. Whistleblowers, atau pemberi maklumat, diganggu dan dihukum, dan bukannya diberi perlindungan. Undang-undang lain digunakan yang menyekat kebebasan bersuara menegur salahlaku. Hak asasi yang termaktub di datam Perlembagaan persekutuan tidak lagi membawa apa-apa makna.
36.0leh kerana sebab-sebab ini, kami rakyat Malaysia seperti yang tertera bersetuju dan menyokong
a) penyingkiran Dato' Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia menerusi saluran yang aman dan mengikut undang-undang yang dibenarkan.
b) Penyingkiran semua mereka yang bersekongkol dengannya
c) Pemansuhan semua undang-undang dan perjanjian baru yang Jetas metanggar hak asasi yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan dan melemahkan polisi terpilih, dan
d) Pemulihan integriti institusi yang telah dilemahkan, seperti polis, SPRM, Bank Negara dan PAC
37. Kami menyeru kepada semua rakyat Malaysia, tidak mengira kaum, ugama, politik, kepercayaan atau parti, tua atau muda, marilah bersama-sama kami selamatkan Malaysia daripada Kerajaan yang dipimpin Dato Seri Najib untuk membuka jalan kepada mereformasikan institusi demi proses demokrasi dan memulihkan prinsip pengasingan kuasa diantara eksekutif, legislatif dan kehakiman yang akan memastikan kebebasan, kredibiliti, profesionalisme serta integrity institusi-institusi nasional.


Thursday, March 3, 2016

MUHYIDDIN TIDAK KELUAR UMNO

Saya terus kekal dalam UMNO, tidak terbabit konspirasi jatuhkan Najib - Muhyiddin

Muhyiddin kekal bersama Umno, janji lebih lantang lawan Najib


OLEH MD IZWAN

Published: 3 March 2016 12:23 PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tidak akan meninggalkan Umno dan terus menjadi lebih lantang menentang Datuk Seri Najib Razak walaupun sudah dilucutkan jawatan sebagai orang nombor 2 parti.

Muhyiddin berkata, beliau tidak gentar dengan ugutan dipecat keahlian daripada Umno kerana bekas timbalan perdana menteri itu hanya menyatakan kebenaran demi kepentingan pari.

"Saya tidak takut dengan sebarang ugutan, malah saya akan jadi lebih lantang," katanya pada sidang media di pejabatnya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur hari ini.

Muhyiddin turut mempertikaikan tindakan Majlis Tertinggi (MT) minggu lalu kerana individu yang sebenarnya menjadi masalah utama kepada Umno masih lagi berkuasa dan tidak dikenakan sebarang tindakan.

"Mengapa Majlis Tertinggi berdiam diri terhadap kesalahan dilakukan presiden parti. Mengapa ambil tindakan ke atas saya?

"Saya akan terus bercakap demi mendapatkan kebenaran," katanya. – 3 Mac, 2016. - MALAYSIAN INSIDER

Wednesday, March 2, 2016

DIPANGGIL ANJING, DI LABEL KURANG AJAR, ADAKAH MUHYIDDIN KELUAR UMNO ESOK?

Image result for muhyiddin+mukhriz+shafie Apdal

Dilabel

1. KURANG AJAR dan ANJING (yang mengigit tuannya) oleh Nazri Aziz, 

2. DiPECAT sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Najib Razak,

3. DiGANTUNG sebagai Timbalan Presiden Umno oleh Najib, 

4. Pergantungan sebagai Timbalan Presiden Umno disifatkan sebagai "hari TERBAIK UNTUK UMNO" oleh Rahman Dahlan.

Apakah Muhyiddin Yassin akan KELUAR Umno esok? Atau beliau dapat menerima label "ANJING" dan "KURANG AJAR" yang dilemparkan oleh rakan parti beliau.

Kita tunggu KEPUTUSAN Muhyiddin esok. Keputusan esok akan menentukan di mana Muhyiddin meletakkan MARUAH dan MERTABAT beliau.


SIDANG AKHBAR MUHYIDDIN (dilaporkan akan turut dihadiri oleh Shafie Apdal dan Mukhriz Mahathir)

Esok, Khamis, 3 Mac 2016

Jam: 11 pagi

Tempat: Epicure 1, Jalan Medan Setia 1, Plaza Damansara, Kuala Lumpur. 

PEMUDA "BISEXUAL", KHAIRY?



Pada ketika ini satu rombongan Ketua-Ketua Pemuda Umno dan ahli pemuda diketuai oleh Ketuanya, Khairy Jamaluddin, sedang menuju ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan ibadah Umrah.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar dipermudahkan akan kerja ibadah mereka dan semuga mendapat umrah yang mabrur dan maqbul.

Tertanya-tanya juga adakah perjalanan ke tanah suci dirancang sama tarikh dengan kehadiran Najib Razak di Arab Saudi atau hanya kebetulan.

Kita juga mendoakan agar Ketua Pemuda Umno dan rombongan beliau diberi petunjuk dan hidayah agar dapat membezakan yang mana mungkar, dan yang mana tidak.

Negara diselubungi dengar pelbagai isu. Tetapi Khairy, Ketua Pemuda Umno, memBISU seribu bahasa.

Tertanya kita, apa pandangan Khairy mengenai isu 1MDB dan RM4,000,000,000 (RM4 bilion) dan Khairy SOKONG siapa? Najib atau Muhyiddin Yassin?

Kalau sokong Najib, sokonglah. Tak salah. Tengok Nazri. Kuat menyokong Najib sehinggakan Muhyiddin pun disamakan dengan anjing.

Atau contohi Ismail Sabri yang dengan GARANGnya menyamakan bekas Presiden beliau, Tun Dr Mahathir Mohamad, umpama orang KOMA menunggu MATI.

Kalau Khairy tak sokong Najib, tetapi sokong Muhyiddin, cakaplah. Ramai orang nak tahu pendirian Pemuda Umno. 

Di akar umbi, macam-macam diperkatakan mengenai Khairy dan pemuda.

Ada yang membuat kenyataan yang memualkan.

Ada yang mengatakan, 'PEMUDA KITA INI PEMUDA BISEXUAL".

Belah itu boleh, belah ini boleh. Macam bisexual, lelaki boleh, perempuan pun boleh.

Jelapang tidak setuju dengan kata-kata penghinaan seperti itu.

Semuga Khairy, apabila kembali nanti, mendapat pentunjuk dan memperbetulkan persepsi ini supaya Pemuda tidak lagi dikenali sebagai PEMUDA BISEXUAL.



Hai anakku, dirikanlah salat dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik dan cegahlah mereka dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).” (Luqman 17)”



Tuesday, March 1, 2016

RAFIDAH AZIZ: INIKAH UMNO YANG HENDAK KITA WARISKAN KEPADA ANAK-ANAK MUDA?



MENGAPA DIBIAR KELAMBU TERJEJAS DAN TERBAKAR...

ELAKKAN RETAK MENCARI BELAH...


Peristiwa2 yang terus berlaku dalam politik UMNO nampaknya mula meruncing...dan membawa kapada pihak memihak , dikalangan mereka yang dianggap sebagai pemimpin..dan dikalangan pengikut2 masing2.


Peroses pemecatan terus berlaku...


Kesan dari tiada penerimaan perbezaan pendapat dan teguran.
Serta kesan dari sindrom " orang kita", dan " bukan orang kita "..


WALHAL SEMUANYA ORANG DAN AHLI UMNO !


ADA yang sudah isytihar keluar UMNO. Dan pasti akan ada pengikut2 yang akan turut sama.
Sambil itu ,perang mulut berterusan..kutuk mengutuk..hentam mengentam...caci mencaci..tuduh menuduh..

SAYA memang orang biasa.."a nobody"..

TETAPI SAYA AHLI UMNO...

APA YANG BERLAKU SEKARANG TELAH MEMBERI IMEJ BURUK KAPADA CARA PENTADBIRAN DALAM UMNO....DAN SUDAH LARI JAUH DARI COGANKATA PERJUANGAN UMNO...iaitu..
" BERSATU..BERSETIA..BERKHIDMAT"

DIMANA LETAKNYA USAHA UNTUK BERSATU ?

APA TELAH JADI PADA BERSETIA KAPADA UMNO ?

DAN APAKAH YANG DILAKUKAN DALAM KONTEKS BERKHIDMAT ?


TIDAH PERNAH...
AHLI2 DISURUH "BERSATU" MENENTANG SESAMA SENDIRI DALAM PARTI....HANYA BERSATU UNTUK MENGUATKAN PARTI..


TIDAK PERNAH....
AHLI2 DISURUH BERSETIA KAPADA MANA2 INDIVIDU....HANYA KAPADA PARTI..


TIDAK PERNAH...
AHLI2 DIMINTA BERKHIDMAT UNTUK KEPENTINGAN SESIAPA JUGA...HANYA UNTUK KEPENTINGAN PARTI..


SUPAYA PARTI TERUS MAMPU MENERAJUI KERAJAAN..UNTUK BERSAMA2 DENGAN RAKAN2 DALAM BARISAN NASIONAL...


...MEMBANGUNKAN NEGARA..DAN MENTADBIR UNTUK KEPENTINGAN RAKYAT..


Masaalah2 yang dihadapi sekarang TIDAK MUNGKIN SELESAI hanya dengan..
....pemecatan..
.....keluar parti..
.....mencela antara satu dengan lain..
.....menunjukkan sifat2 yang TIDAK MENCERMINKAN BUDAYA UMNO YANG SEWAJARNYA...

MENGAPA KITA BIARKAN UMNO DI KEJI....OLIH SEBAB KARENAH INDIVIDU 2 ?

MENGAPA PARTI YANG TELAH SEKIAN LAMA MENAUNGI BANGSA DAN RAKYAT...DI JADIKAN MANGSA kapada KEGAGALAN INDIVIDU 2 ??


MENGAPA TIDAK DICARI JALAN PENDAMAIAN...
.....PENYATUAN...
....PERBINCANGAN DENGAN IKHLAS DAN FIKIRAN TERBUKA...


MENGAPA DIBIARKAN BERLAKUNYA... TINDAKAN2 MEROSAK...BUKAN MEMPERBAIKI ?


KESILAPAN2 BOLIH DI PERBAIKI DAN DIPERBETUL..DAN MESTI DIPERBETULKAN JIKA KEYAKINAN BANGSA DAN RAKYAT HENDAK DIKEMBALIKAN..


YANG BETUL TETAP BETUL..

YANG SALAH TETAP SALAH..

APAKAH BENTUK UMNO YANG HENDAK KITA WARISKAN KAPADA ANAK2 MUDA KITA ?

ADAKAH KITA MENUNJUKKAN CONTOH TAULADAN YANG SEBAIK MUNGKIN KAPADA ANAK2 MUDA...
YANG TELAH KITA AKUI SEBAGAI PEWARIS 2 UMNO...?

ATAU... ADAKAH KITA TELAH MULA MENYEMAI SERTA
MEMBENTUK SATU BUDAYA DALAM UMNO ...YANG JELAS JAUH MENYIMPANG DARI APA YANG TELAH SEKIAN LAMA DIPERJUANGKAN ?


JANGANLAH "JAWATAN "menjadi UKURAN tentang "Kepimpinan"...atau "KUASA" menghalalkan segala tindakan..

UMNO tidak bersalah...
MAANUSIA yang membawa dan mendatangkan MASAALAH..
MESTI DIBEZAKAN ANTARA PARTI DENGAN INDIVIDU...

ORANG TUA2 BERPESAN....
"JANGAN SEKALI2 KELAMBU DIBAKAR ...kerana BEBERAPA EKOR PEPIJAT.."


JANGAN UMNO DIBIARKAN JADI KORBAN ..

..KELAMBU KITA TELAH SEKIAN LAMA BERJASA MELINDUNGI KITA...