Sunday, July 5, 2015

NAJIB DITINGGALKAN MUHYIDDIN & SHAFIE APDAL? BERMULANYA PROSES PENYINGKIRAN NAJIB?

Image result for najib+lonely

TIDAK susah kita hendak membaca lenggok pemimpin Umno. Najib Razak lebih mengetahuinya.

Di dalam lingkaran politik pemimpin, akan tiba SAAT-SAAT AKHIR di mana beliau akan ditinggalkan keseorangan.

Tun Dr Mahathir Mohamad pernah "ditinggalkan" apabila dicabar oleh Tengku Razaleigh Hamzah pada 1987.

Pak Lah "DITOLAK" oleh rakan-rakan beliau dan ditinggalkan keseorangan apabila Najib mengepalai gerombolan menjatuhkan Pak Lah.

Dan mungkin SAAT-SAAT DITINGGALKAN KESEORANGAN sudah hampir tiba untuk Najib.

Ianya mudah. Kita hanya perlu halusi kenyataan-kenyataan berkias pemimpin-pemimpin Umno.


KENYATAAN MEDIA TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

Saya berasa amat bimbang dengan pendedahan terkini Wall Street Journal mengenai beberapa akaun peribadi milik YAB Datuk Seri Najib Razak yang didakwa telah menerima sejumlah wang daripada beberapa buah entiti yang dikatakan mempunyai hubungan dengan 1MDB. 

Tuduhan ini amatlah berat kerana ia boleh menjejaskan kredibiliti dan integriti Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan Ketua Kerajaan.

Isu ini juga telah menarik perhatian rakyat serta media antarabangsa dan pastinya menyentuh kepentingan awam.

Oleh itu, saya berpendirian bahawa pihak berkuasa penyiasatan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara perlu bertindak segera untuk menyiasat segala tuduhan yang dibuat terhadap Datuk Seri Najib.

Saya yakin siasatan mengenai perkara ini akan dijalankan secara terperinci, telus dan bebas demi mencari kebenaran. Oleh kerana tuduhan ini adalah bersifat peribadi, maka adalah wajar bagi Datuk Seri Najib untuk memberikan penjelasan yang meyakinkan atau membuat penafian.

Sehubungan itu, saya menyambut baik kenyataan Datuk Seri Najib yang telah menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau. Sekiranya beliau yakin semua tuduhan itu adalah tidak benar dan fitnah semata-mata, maka adalah wajar beliau mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang membuat tuduhan demi membersihkan nama beliau dan mengembalikan kredibiliti kerajaan.

Sementara siasatan terperinci dijalankan, saya menyeru semua pihak supaya bertenang. Saya pasti kebenaran akan muncul hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Saya berdoa mudah-mudahan di bulan Ramadan Al-Mubarak ini, Allah SWT akan memberikan kita segala taufiq dan hidayah untuk menyelesaikan segala kemelut yang berlaku dan mengurniakan kesejahteraan yang berkekalan kepada rakyat dan negara kita.


 Tan Sri Muhyiddin Yassin
 Timbalan Perdana Menteri Malaysia
 4 Julai 2015
http://www.bharian.com.my/node/65691


KENYATAAN NAIB PRESIDEN UMNO SHAFIE APDAL


ISU - PENDEDAHAN DAN JUGA DAKWAAN WALL STREET JOURNAL TERHADAP YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI

1) SAYA TURUT MENYATAKAN KEBIMBANGAN TERHADAP PENDEDAHAN DAN JUGA DAKWAAN OLEH WALL STREET JOURNAL (WSJ) KEPADA YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI YANG JUGA MENTERI KEWANGAN.

2) PERKARA INI PERLU DIBERI PERHATIAN SERIUS KERANA IA MELIBATKAN IMEJ DAN JUGA KREDIBILITI DATO' SRI MOHD NAJIB SEBAGAI PERDANA MENTERI, SELARI DENGAN DASAR KETERBUKAAN DAN AKAUNTABILITI KERAJAAN DALAM MENTADBIR URUS NEGARA.

3 DATO' SRI MOHD NAJIB PERLU MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG SEKIRANYA TUDUHAN DAN DAKWAAN TERSEBUT TIDAK BENAR SUPAYA KEPIMPINAN KERAJAAN BEBAS DARIPADA PANDANGAN KURANG BAIK BUKAN HANYA DIKALANGAN MASYARAKAT DALAM NEGARA BAHKAN MASYARAKAT ANTARABANGSA
 
4) SAYA YAKIN PENDEKATAN SIASATAN SECARA MENYELURUH OLEH BADAN-BADAN BERWAJIB DAN BEBAS PASTI DAPAT MEMBUKTIKAN KEBENARAN DAN DALAM MASA YANG SAMA DAPAT MENGEMBALIKAN KEPERCAYAAN RAKYAT KEPADA KEWIBAWAAN KERAJAAN.

5) SAYA JUGA TURUT MEMINTA RAKYAT SUPAYA BERTENANG DALAM MENGHADAPI SITUASI INI.


DATO' SERI HAJI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
4 JULAI 2015‎


JELAPANG: Yang JELAS, TIADA satu baris ayat pun di dalam kenyataan Muhyiddin dan Shafie yang mengatakan mereka akan terus MENYOKONG Najib sebagai Perdana Menteri.

Atau dengan kata lain, akan BERMULALAH proses PENYINGKIRAN Najib sebagai Perdana Menteri oleh Umno.

Sama-samalah kita saksikan detik-detik bersejarah ini.

Saturday, July 4, 2015

NAJIB: INI KONSPIRASI DR MAHATHIR

Image result for najib+dr mahathir

JAWAPAN NAJIB RAZAK MENGENAI DAKWAAN RM2,600,000,000 (RM2.6 BILION) DI DALAM AKAUN AMBANK BELIAU.


Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, pelbagai tuduhan – semuanya tidak berasas dan kebanyakannya mengarut – dilakukan terhadap saya dan keluarga.

Serangan bermula apabila saya enggan melaksanakan tuntutan peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya enggan kerana berasa adalah tidak wajar bagi Malaysia ditadbir secara proksi.

Tun kemudian mencipta krisis apabila tanpa usul periksa mendakwa RM42 bilion hilang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sedangkan hakikatnya ia adalah hutang yang diaudit dan disokong oleh aset diaudit bernilai RM51 bilion.

Dakwaan terbaharu ialah kononnya saya mengambil dana berkaitan kerajaan untuk kepentingan peribadi. Saya percaya Tun berada di belakang pembohongan ini, berganding bahu dengan pihak asing termasuk blog politik Sarawak Report yang semakin diragui kredibilitinya.

Saya ingin berterus terang: Saya tidak pernah mengambil dana demi kepentingan peribadi seperti didakwa seteru politik – baik daripada 1MDB, SRC International atau entiti lain, seperti mana disahkan oleh semua syarikat terbabit.

Jelas sekali, tuduhan palsu seperti ini adalah sebahagian daripada kempen terancang sabotaj politik untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang dipilih secara demokrasi.

Mereka yang membuat dakwaan itu tidak pernah mengetengahkan sebarang bukti. Apa yang kita dengar hanyalah dakwaan berasaskan kebocoran dokumen dan penyiasat tanpa nama. Tiada sekali pun sumber dokumen ini ditampilkan, manakala dokumen berkenaan juga tidak pernah dikemukakan untuk pengesahan pihak berkuasa.

Seperti diketahui, beberapa dokumen yang menjadi asas dakwaan kebelakangan ini dilaporkan telah diubah. Individu yang membocorkan dokumen ini sedang disiasat oleh pihak berkuasa di luar negara kerana cuba memeras ugut bekas majikannya. Hakikat ini besar kesannya terhadap kesahihan  dokumen berkenaan dan mereka yang menggunakannya untuk memburuk-burukkan kerajaan serta negara kita.

Mereka yang terus melancarkan serangan ini perlu bersedia untuk berdepan tindakan berikutan perbuatan mereka. Taktik kotor – termasuk taktik jenayah dalam beberapa keadaan – untuk menumbangkan kerajaan akan gagal. Dalam beberapa keadaan, mereka bakal berdepan tindakan mengikut peruntukan undang-undang.

Malang sekali serangan palsu bertubi-tubi yang didorong kepentingan peribadi ini berlaku pada ketika Malaysia memiliki pelbagai kelebihan unik – kedudukan sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini dan status negara maju yang semakin hampir dicapai. Saya kekal dengan fokus untuk membangunkan negara demi rakyat.



JELAPANG: SEMUGA kenyataan Perdana Menteri seterusnya akan MENYENTUH samada BETUL atau TIDAK wang berjumlah RM2,600,000,000 dimasukkan ke dalam akaun beliau.

Friday, July 3, 2015

SILA JAWAB SOALAN: BETUL ATAU TIDAK RM2.6 BILION DIMASUKKAN KE AKAUN PERIBADI NAJIB?


TERBAIK! 
DUA ORANG ATASAN MARA DIGANTUNG KERJA




INI BAGAIMANA?
ADAKAH ORANG ATASAN-ATASAN AKAN DIGANTUNG KERJA?



BERIKUT JAWAPAN PEJABAT NAJIB RAZAK

PETALING JAYA: Dakwaan bahawa dana 1MDB dipindahkan kepada akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai 'sabotaj politik', kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Artikel yang disiarkan The Wall Street Journal dan Sarawak Report pada Jumaat mendakwa dana 1MDB mencecah AS$700 juta (RM2.63 bilion) dipindahkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri. 
"Walaupun perdana menteri berjaya memacu ekonomi negara terhadap halangan global seperti yang diiktiraf Fitch Ratings pada minggu ini, terdapat usaha individu tertentu untuk melemahkan keyakinan terhadap ekonomi kita, mencemarkan nama baik kerajaan dan menyingkirkan perdana menteri," menurut PMO dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Menurut kenyataan itu lagi, beberapa dokumen yang dibocorkan dan peras ugut berlaku untuk mengelirukan media dan rakyat. 
"Oleh itu, pengamal media tidak harus menerima maklumat tersebut sebagai sesuatu yang betul melainkan jika disahkan pihak berkuasa berkenaan," katanya.
PMO turut menjelaskan bahawa 1MDB sudah menegaskan bahawa syarikat itu tidak menyediakan dana kepada Najib dalam satu kenyataan lebih awal pada Jumaat.
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/07/03/sabotaj-politik/



Jelapang

INIlah masalah dengan Najib Razak dan Pejabat beliau.

SOALAN YANG DITANYA IALAH: BETUL ATAU TIDAK WANG BERJUMLAH RM2,630,000,000 (RM2.63 BILION) TELAH DIMASUKKAN KE AKAUN AMBANK PERIBADI NAJIB RAZAK?

BETUL ATAU TIDAK?

Itu soalannya.

http://www.wsj.com/articles/SB10130211234592774869404581083700187014570

Thursday, July 2, 2015

LEBUHRAYA PAN BORNEO: DARI ADIK KEPADA ABANG

April Fool?  Najib signed the contract on 1st April as Fadillah (right) and pals Adenan and Jabu look on

AhDWYuJXNNWCG7vRewWY-v8bhF4wH3hlAm2FWp093yRr

SELASA lepas termeterailah perjanjian untuk membina Lebuhraya Pan Borneo seperti yang dijanjikan semasa PRU13 dahulu.

The PWD Minister's Brother's Pan-Borneo Highway Connection EXPOSE!

Menariknya projek ini akan dilaksana oleh Bustari Yusuf, abang Menteri Kerjaraya Fadillah Yusuf.

Semuga projek adik-beradik ini siap seperti yang dijadualkan.

Bukan MURAH nilai projek ini. RM27 BILION.

Sarawak Report pernah menulis mengenai projek ini.

Kepada yang berminat, sila baca di link ini berikut: 

 http://www.sarawakreport.org/2015/04/the-pwd-ministers-brothers-pan-borneo-highway-connection-expose/

Wednesday, July 1, 2015

BERAS ORANG MISKIN PUN KENA KEBAS

Pengerusi Eksekutif DCT Beras (M) Sdn Bhd Datuk Noridan Spee Yee semasa di sidang media berkenaan subsidi 21 tan beras kepada ST15 tempatan di Hotel Concorde Shah Alam hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 30 Jun, 2015.

"Ada "ikan jerung" memegang KETUA BAHAGIAN parti, wakil rakyat, ahli politik hingga bertaraf MENTERI yang mengaut keuntungan besar melalui pengagihan kuota (beras). Saya ada BUKTI. Saya ingin bertanyakan kepada PERDANA MENTERI dan semua agensi yang tahu mengenai perkara ini berlaku kenapa BERDIAM DIRI tanpa bertindak." - Pengerusi Eksekutif DCT Beras (M) Sdn Bhd Datuk Noridan Spee Yee.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ada-ikan-jerung-seleweng-kuota-beras-st15-kata-pemborong-berlesen

1. Bila Perdana Menteri Najib Razak hendak menjawab soalan ini?

2. Siapa KETUA BAHAGIAN Umno yang terima bayaran "atas angin" yang didakwa Noridan?

3. Siapa MENTERI yang didakwa terlibat dengan bayaran "atas angin" ini?

Kouta beras di mana RASUAH dan PENYELEWENGAN berlaku melibatkan beras jenis SUPER TEMPATAN (ST15) yang mengandungi 15 peratus BERAS HANCUR.

Siapa MAKAN beras ini?

Image result for ISmail sabri

Kata Ismail Sabri, Menteri Pertanian: Beras ini adalah makanan golongan miskin dan miskin tegar.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0918&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_25.htm

Image result for beras ST15

HARGANYA: RM17.50 untuk sekampit 10kg.

Terkedu kita membaca kenyataan Noridan.

Kesimpulannya, Noridan MENDAKWA, beras untuk orang miskin pun diBALUN Menteri dan Ketua Bahagian. ITU DAKWAAN NORIDAN YANG PERLU DISIASAT SEGERA.

ST15 ini umpama BERAS ZAKAT, umpama ZAKAT pun mereka sapu.

Itu lah MERTABAT pemimpin Melayu sekarang ini.

Monday, June 29, 2015

KEAJAIBAN 1MDB: MASIH MAMPU BERI SUMBANGAN WALAUPUN TERPAKSA MEMINJAM UNTUK BAYAR BUNGA BANK

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengagihkan bubur lambuk kepada masyarakat sekitar Masjid Jamek Kampung Baru, semalam. Pada majlis itu juga Najib mengatakan wang 1MDB disalurkan untuk membina masjid berkenaan, namun perkara itu dikritik bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin kerana menganggap ia sebagai tidak logik. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Jun, 2015.

MACAM-macam perkataan yang TIDAK ENAK digunakan oleh pengkritik dalam MENGKRITIK pengumuman Najib Razak bahawa 1MDB telah menyumbang RM20 juta untuk membaikpulih Masjid Kampung Baru.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-rendahkan-taraf-pemikiran-melayu-guna-wang-1mdb-bina-masjid-kata-zam

Ada juga menyamakan Najib sebagai klon Anwar Ibrahim dan macam-macam lagi.

Di mana silapnya? 

Soalan yang ditanya oleh akar umbi Umno ialah mudah: "Bagaimana 1MDB boleh buat sumbangan seperti RM20,000,000 (RM20 juta) kalau hendak BAYAR BUNGA bank pun kena PINJAM DUIT dari hartawan berketurunan India, Tatparanandam Ananda Krishnan, dan kerajaan terpaksa memberi hutang kredit sebanyak RM950,000,000 (RM950 juta) serta mendapat pinjaman kewangan sebanyak RM3,600,000,000 (RM3.6 bilion)?"

Mengenai STATUS sumbangan tersebut, kita serahkan kepada Mufti Perlis Ustaz Asri Zainul Abidin dan Ustaz Kazim Elias tentukan.

Kadang-kadang perkataan yang kita gunakan seperti Masjid Haram nampak melampau dan melulu kerana kita terlalu mengikut perasaan kita yang kecewa dan marah.

Hal ini kita serahkan kepada kebijaksanaan Ustaz Asri dan Ustaz Kazim.

Saturday, June 27, 2015

BERKUBURNYA HASRAT MUHYIDDIN BERGELAR PM


Nampaknya tidak kesampaian HASRAT Muhyiddin Yassin menaiki TAKHTA sebagai Perdana Menteri. 

Keputusan MKT untuk menangguhkan pemilihan jawatan parti tahun hadapan ke 2018 telah MEMATIKAN peluang Muhyiddin menyandang jawatan tertinggi di dalam negara.

Pada USIA 71 tahun pada 2018 nanti Muhyiddin akan dilihat tidak lagi relevan kepada generasi pengundi pada masa itu kerana rata-rata pengundi adalah dari kalangan anak-anak muda.

Malang buat Muhyiddin, beliau akan diingati sebagai Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri yang paling LEMAH di dalam arena politik negara.

Muhyiddin semasa perhimpunan agung yang lalu menyarankan agar pemilihan 2016 tidak ditangguhkan.

Tetapi saranan beliau tidak diendahkan oleh pemimpin Umno bahagian dan kekecewaan menyelubungi Muhyiddin. 

Itulah budaya Umno. Pemimpin yang lemah akan ditinggalkan keseorangan. Ketika Najib Razak menghadapi krisis kepimpinan dan ketika rakyat menanti HARAPAN baru negara, Muhyiddin mengecewakan mereka.

Sudah lama Jelapang membuat kesimpulan. Muhyiddin TIADA penyokong. 

Malah di negeri kelahiran beliau sendiri, beliau sukar mendapat sokongan. Shahrir Samad tidak bersama beliau. Azalina Othman Said secara terang-terangan menyatakan beliau tidak bersama Muhyiddin.  

Hari ini berakhirlah harapan penyokong Muhyiddin untuk melihat idola mereka dinobatkan sebagai Perdana Menteri. 

Itulah takdir politik. 

Keputusan MKT malam ini juga merupakan BERITA Malang buat Umno.

Ini bermakna calon-calon PRU-14 majoritinya adalah muka lama.

Jika tidak, ketua bahagian, timbalannya. Jika bukan Timbalan, Naib akan menjadi calon.

Itulah resam Umno. Jawatan mengatasi kepentingan parti. 


Friday, June 26, 2015

AZEEZ RAHIM & JAMIL KHIR: BILA NAK JUAL TANAH TABUNG HAJI?



41 HARI yang lalu (9 Mei 2015), Pengerusi Tabung Haji , Azeez Rahim, dengan GAHnya mengumumkan: "sudah ADA TIGA PIHAK SEDIA membeli tanah ini (TRX yang dibeli dari 1MDB dengan bayaran RM188.5 juta TUNAI) dan urusan jualbeli akan dilaksanakan Tabung Haji MINGGU DEPAN (16 Mei 2015).

Kata Azeez, yang memiliki ijazah Masters dalam Business Administration dari Universiti Preston, USA, Tabung Haji akan meraih KEUNTUNGAN lebih RM5 JUTA dari penjualan tersebut.

http://www.bharian.com.my/node/53847

Hari ini sudah 26 Jun 2015. 41 hari sudah berlalu.

Terperanjat kita apabila hari ini membaca kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir berkata proses penjualan tanah tersebut masih DITERUSKAN dan belum MUKTAMAD samada ia akan DIBATALKAN.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/proses-jual-semula-tanah-tabung-haji-di-trx-masih-diteruskan-jamil-khir-63672

DULU kata nak jual dalam masa seminggu dan dah ada pembeli, sekarang kata belum diMUKTAMADKAN lagi.

Kenyataan Azeez masih terngiang-ngiang di kepala kita.

Kenapa lambat dijual?

Ada masalah ke? Tanah itu ada ke? Dah ada geran ke?

Atau Tabung Haji bayar 1MDB buta-buta tanpa tengok tanah tersebut.

Harap Tabung Haji berpegang pada janji - jual tanah TRX tersebut.

Thursday, June 25, 2015

1MDB: SEMUGA NUR JAZLAN DITEMUKAN DENGAN XAVIER ANDRE JUSTO


SEBENTAR tadi Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira (PAC) Nur Jazlan Mohamed menyatakan minat jika PAC dapat keterangan dari personaliti baru 1MDB - Xavier Andre Justo.

Kita berharap agar HASRAT PAC dan Nur Jazlan dimakbulkan.

Kita rakyat juga INGIN tahu bagaimana seorang Pengarah di Petrosaudi boleh dibayar RM15 JUTA untuk meletakkan jawatan dengan Petrosaudi DAN dokumen apa mengenai 1MDB yang dikatakan diPALSUKAN oleh Xavier ini?

TAK SABAR KITA!


Image result for nur jazlan



TUN DR MAHATHIR TIADA LAGI DI PWTC?




Blogger Apanama, peminat No 1 Tun Dr Mahathir Mohamad, ada CERITA nya.

Baca di link ini: http://www.apanama.my/2015/06/mangsa-terbaru-nothing2hide-di-pwtc.html

Wednesday, June 24, 2015

PAKATAN KETUA BAHAGIAN: TANGGUH PEMILIHAN UMNO TAHUN DEPAN UNTUK KEKAL JAWATAN




SEMASA perhimpunan agung yang lepas, Muhyiddin Yassin menyarankan supaya PEMILIHAN Umno tahun depan TIDAK DITANGGUHKAN.

Apakah saranan Muhyiddin diterima?

Belum lagi masuk 2016, sudah terdengar satu PAKATAN di kalangan Ketua-Ketua Bahagian.

Katanya sudah hampir 170 Ketua Bahagian sudah BERPAKAT untuk MEMASTIKAN pemilihan tahun hadapan DITANGGUHKAN selama 18 bulan kononnya demi mengekalkan PERPADUAN di dalam parti untuk menghadapi PRU-14.

Maksudnya, jika Najib Razak mengikut cakap ketua bahagian ini, maka calon-calon PRU 14 nanti akan terdiri dari MUKA-MUKA yang sama yang tak jemu-jemu kita lihat hari ini.

Itulah mudahnya dalam Umno untuk kekal lama memegang jawatan.

Hanya dengan perkataan "PERPADUAN" dapatlah seseorang menjadi Ketua Bahagian dan jawatan-jawatan tinggi mengikut SELERA masing-masing.

Kasihan Ketua-Ketua Pemuda, Wanita, Puteri. Tak adalah peluang mereka memegang jawatan lebih tinggi atau bertanding di dalam PRU-14 nanti.

Ketua-ketua bahagian pun tidak perlu pandangan mereka samada hendak diadakan pemilihan atau ditangguhkan.

Itulah nasib Ketua-Ketua Pemuda. Tunggulah umpama buah yang tak luruh.

Saturday, June 20, 2015

NAZRI AKAN BERDIAM DIRI, TAK AKAN PERTAHAN NAJIB. JANGAN TUDUH MUHYIDDIN & SHAFIE TENTANG NAJIB

Image result for nazri+aziz+playboy

NAZRI AZIZ bijak dalam mencari publisiti. Itu kita kena akui. Selepas kenyataan beliau hendak "belasah" Tengku Mahkota Johor, kali ini Nazri membuat kenyataan seolah-olah beliau TIDAK AKAN MEMPERTAHANKAN NAJIB RAZAK dari serangan Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Dulu apabila saya MEMPERTAHANKAN Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi), saya dikutuk dan dimarahi oleh Umno katanya saya kurang ajar. Saya tak hormat.

"Memandangkan suasana sekarang berubah (dari zaman Pak Lah) di mana seluruh Umno melawan Dr Mahathir, saya akan hanya MELIHAT dari tepi gelanggang. Kerana itu kebebasan beliau (Tun Dr Mahathir) bersuara. Bila Tun mengkritik (Najib), saya akan DIAM kerana itu kebebasan beliau bersuara."


Jelapang: Maknanya Nazri tidak akan mempertahankan Najib dan ia juga bermaksud Tun Dr Mahathir berhak mengkritik Najib dalam isu-isu pentadbiran negara.


Nazri juga mendesak supaya dihentikan TUDUHAN bahawa Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal menentang Najib berikutan isu 1MDB.

Kata Nazri: "Itu pandangan Muhyiddin. Media mahukan ahli politik menunjukkan keikhlasan, bila kita melakukannya, media kata kita anti-Najib.

"Muhyiddin bimbang, saya juga bimbang dan Shafie juga bimbang. Tiga individu yang mempunyai tiga stail berlainan."


Jelapang: Kesimpulannya Muhyiddin, Shafie dan Nazri satu GENG.




http://www.malaysiakini.com/news/302425




Friday, June 19, 2015

REBAT PLUS: KALAU BOLEH PLUS NAK SURUH PENGGUNA BALIK KAMPUNG RAYA SEBELUM PUASA RAMADAN

Click for Options

SEMAKIN hari semakin MENGARUT PLUS.

Kali ini, macam-macam syarat dikenakan untuk pengguna Lebuhraya Plus mendapatkan rebat untuk hari raya dan lihatlah tarikh-tarikh yang dikenakan rebat. 

Betullah kata orang, PLUS ini tak habis-habis pentingkan KEUNTUNGAN.

noorizah_plus-tol_600

Sekali imbas, tertanya-tanya apa yang Fadillah Yusuf buat di Kementerian Kerjaraya. 

Bagi rebat untuk LEPASKAN BATUK DI TANGGA saja.

Tahun depan, jangan terkejut PLUS MINTA PENGGUNANYA BALIK SEBELUM RAMADAN KE KAMPUNG UNTUK MENDAPAT REBAT.


http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2015/06/18/plus-gives-toll-rebate-up-to-50-for-hari-raya/

Thursday, June 18, 2015

MUHYIDDIN: RAKYAT MAHU TAHU DUIT KITA MACAM MANA

MUHYIDDIN YASSIN menikmati buah durian semasa hadir  pada Program

Kata-kata Tan Sri Muhyiddin Yassin Isnin lepas.


"Setiap kita adalah PEMIMPIN, kita akan ditanya apa yang kamu BUAT terhadap ORANG KAMU PIMPIN. Apa tanggungjawab, tugas dan amanah yang kamu pikul. JANGAN PECAH AMANAH, ABAI TANGGUNGJAWAB dan JANGAN BERLAKU SATU-SATU PERKARA yang MEMBAWA MUDARAT kepada negara dan rakyat. 

"Ada yang datang bertanya kepada saya. Tan Sri, apa dah jadi, ke arah mana kita nak pergi? Mereka nakkan panduan, nak melihat halatuju ke mana kita pergi, jawapannya ialah pandang ke hadapan, tapi kalau ke hadapan ke mana?

"Mereka mahu tahu keadaan ekonomi kita bagaimana, politik kita bagaimana, keadaan keselamatan kita bagaimana, DUIT KITA MACAM MANA, politik kita macam mana?"

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pemimpin-mesti-bijaksana-berani-1.103905

Jelapang: Nampak bersemangat Tan Sri Muhyiddin sekarang ini. Kita berharap Perdana Menteri menerima NASIHAT Timbalan beliau ini.

SEMENTARA itu, Jelapang ingin mengucapkan Selamat Menjalankan Ibadah Puasa kepada semua pembaca. Sempena bulan Ramadan ini, MARILAH kita semua BERPAKAT BERAMAI-RAMAI MENDOAKAN AGAR MANA-MANA PEMIMPIN YANG TELAH MEMBUAT SALAH TERBUKA HATI MEREKA DAN MENGAKULAH. MARILAH KITA, RAKYAT SEKALIAN, BERDOA LEBIH SEDIKIT KALI INI AGAR DOA KITA INI DIMAKBULKAN ALLAH SWT.

Wednesday, June 17, 2015

SEGARNYA SEMANGAT 1MALAYSIA: WEE CHOO KEONG DILANTIK PENGERUSI TOURISM MALAYSIA

Image result for wee choo keong+DAP+campaign+poster

TAHNIAH kepada bekas Ahli Parlimen DAP Wangsa Maju di atas perlantikan sebagai Pengerusi Tourism Malaysia.

Mengulas mengenai perlantikan beliau, Wee berkata: "Ia adalah satu KEJUTAN yang benar-benar dihormati.:

Kata Wee, beliau akan bertemu dengan Menteri Pelancongan Nazri Aziz untuk mendengar amanat dalam menentukan masa depan pelancongan negara.
http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/17/wee-choo-keong-pengerusi-tourism-malaysia-baharu/

TIDAK perlu lah Wee menggunakan perkataan KEJUTAN. Kita sudah lama mengetahui akan usaha-usaha melobi dan MINAT begitu tinggi seorang MENTERI UMNO melobi untuk Wee menjawat jawatan Pengerusi Tourism Malaysia.

Lagipun ada KHABAR ANGIN yang SUKAR DIPERCAYAI mengatakan perlantikan Wee dikatakan mendapat sokongan Ketua-Ketua Bahagian Umno terutamanya Ketua-Ketua Bahagian yang masih belum bergelar PENGERUSI. 

Wee adalah seorang ahli politik yang pernah ada nama.

Antaranya: 

1. Ahli Parlimen DAP untuk Kuala Lumpur Bandar.

2. Ahli Parlimen PKR untuk Wangsa Maju.

3. Ahli DAP sehingga 1998

4. Ahli PKR 2008-2010


TAHNIAH Wee, semuga berjaya berganding bahu bersama Nazri Aziz dalam memajukan industri pelancongan negara.

1MALAYSIA


Monday, June 15, 2015

TUNKU MAHKOTA JOHOR: MENTERI BUKAN TUHAN DARI SYURGA & JANGAN GUNA SAYA UNTUK ALIH TUMPUAN ISU NASIONAL



TITAH TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM

MESEJ UNTUK RAKYAT MALAYSIA
Kebelakangan ini, saya hanya menyuarakan pandangan supaya mereka yang diberikan amanah jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda. Nampaknya teguran saya secara baik ini telah mendapat maklum balas yang kasar daripada seorang menteri. Kalau saya mendapat jawapan sedemikian, apa harapan untuk teguran rakyat lain didengar?

Anda seorang menteri, bukannya tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur. Jangan fikir rakyat negara ini wujud untuk memberikan anda jawatan dan kekayaan, tetapi jawatan tersebut wujud supaya anda memberikan khidmat kepada rakyat. Apabila saya bersuara, saya melakukannya sebagai pemimpin rakyat saya, rakyat Johor dan Malaysia. Saya hanya mengingatkan para pemimpin negara ini bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat, dan nampaknya oleh sebab itu saya diserang.

Dalam aturan dunia yang baru, saya membayangkan masa depan di mana setiap orang mempunyai hak menyuarakan pendapat masing-masing. Namun, keadaan di Malaysia pada hari ini tidaklah begitu, menteri-menteri pantang ditegur. Saya rela dicemuh untuk mempertahankan perkara yang benar, daripada disanjung untuk membela perkara yang salah.

Saya bukan ahli politik. Saya hanya bertanggungjawab kepada Allah, Sultan saya, dan rakyat Johor. Saya bukannya menjalankan suruhan seperti boneka. Johor hanya mempunyai tempat bagi mereka yang mahu berkhidmat kepada rakyat, bukan untuk mereka yang mahu meraih undi demi kepentingan peribadi.

Akan tiba suatu masa, di mana rakyat Johor perlu membuat keputusan demi kebaikan masa depan kita dan generasi yang akan datang. Kita akan bersatu dan membuat keputusan tersebut sebagai Bangsa Johor, untuk menempa masa depan kita. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Saya berdiri untuk rakyat saya, bukan untuk merebut kuasa, bukan untuk menumbangkan kerajaan, tetapi untuk menjaga kesejahteraan rakyat saya.

Saya tidak pernah menyuruh sesiapa berundur atau meletak jawatan, hanya sekadar memberi ingatan kepada ahli politik berkenaan peranan dan tanggungjawab mereka. Sekiranya perkara seperti itu pun anda tidak boleh terima, jelaslah kepada seluruh rakyat betapa angkuh dan sombongnya anda.

Alhamdulillah, saya telah dikurniakan dengan kehidupan yang selesa. Kalau hendak diikutkan, saya boleh hidup dalam dunia saya sendiri tanpa menghiraukan permasalahan rakyat, tetapi saya di sini berdiri teguh bersama mereka. Jadi kepada mereka yang ingin mencemar imej saya dan menjadikan saya musuh awam nombor satu, sesungguhnya rakyat lebih bijak dan mampu menilai sendiri.

Jangan gunakan saya untuk mengalihkan tumpuan daripada isu-isu nasional yang lain. Negara ini memerlukan ahli politik yang bersih dan telus, yang menjalankan tanggungjawab mereka dengan keikhlasan dan integriti.

-DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
------
MESSAGE FOR MALAYSIANS
Of late, I just voiced out my opinion and a reminder that people who has been entrusted with the responsibility to not blame the people for losing trust and confidence in them, but think of why the people no longer have the confidence and trust in them. Apparently my gentle reminder has been met with a rather hostile response from a minister. If I got such a reply, then what chances does the rest of the rakyat have?
You are a minister, not a God from the heavens who lord above everybody. Do not think the people of this country exist to provide you with position and wealth, but the position exists for you to serve the people. When I voice out, I do it as the leader of my rakyat, on behalf of Johoreans and Malaysians. All I did is to remind the leaders of the country that they have a responsibility to serve the people, and for this, I am attacked.
In the new world order, I envision a future that every person has a right to voice their opinions. However, that is not the case in Malaysia today, where ministers think they are untouchable. I am willing to be cursed for standing up for what is right, rather than be loved for defending what is wrong.
I am not a politician. I am only answerable to Allah, my Sultan and the people of Johor. I do not do the bidding of some puppet-master who pulls the strings. Johor only has place for those who want to serve the people, not for those who want to garner votes for their own interests.
There will come a time, when the Johorean people must decide what is best for us and our future generations. Decide and unite we will, as Bangsa Johor, to forge our future. United we stand strong, divided we fall. I stand for my rakyat, not to joust for power, not to topple the government, but to ensure the well-being of my people.
I never told anybody to step down or resign, only to remind politicians of their roles and responsibilities. If you cannot deal with that, it just shows your arrogance to the people. Alhamdulillah, I have been blessed with a comfortable life, and I can just live my own life and be oblivious to the worries of my people, but here I am, standing firm by their side. So for those wanting to tarnish my image and make me public enemy number one, the people are smarter than that, and they can think for themselves.
Do not use me to divert the attention from national issues. This country needs politicians who are clean and transparent, who carry out their duties with sincerity and integrity.
-HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, The Crown Prince of Johor.

Jelapang: Selepas membaca komen Tunku Ismail di dalam Facebook beliau, Jelapang bersetujui dengan pandangan seorang rakan. Katanya: "Bertambah meriah Malaysia ni. Raya awal nampaknya kita".



Sunday, June 14, 2015

NAJIB SELAR MENTERI BOCOR RAHSIA KERAJAAN. TINDAKAN?

Image result for fadillah yusof


TAJUK nampak hebat dan berani. 

Perdana Menteri menyelar Menteri beliau kerana membocorkan RAHSIA kerajaan.

Berbeza di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad. Tun Mahathir tidak menyelar Menteri Kabinet beliau.

Tun Mahathir bertindak dengan mengambil tindakan bukan dengan membuat kenyataan.

Itu perbezaan di antara Najib dan Tun Mahathir.


Friday, June 12, 2015

FADILLAH, JAMIL KHIR, HASSAN MALEK, SHAHIDAN, NAZRI AZIZ, SHABEERY CHIK DIGUGURKAN DARI KABINET?

Image result for fadillah+bustary

SEBUAH akhbar berbahasa Inggeris hari ini mencetuskan spekulasi hangat mengenai ROMBAKAN KABINET oleh Najib Razak yang dikatakan akan berlaku selepas Hari Raya Aidilfitri Julai ini.

Katanya Najib BERAZAM mahu MEMBERSIHKAN Kabinet beliau dari pelbagai isu sebagai PERSIAPAN menghadapi PRU-14.

Katanya juga Menteri-Menteri yang dibelenggu isu dan BERPRESTASI LEMAH akan digugurkan.

Ini antara nama-nama yang dispekulasikan di warung-warung kopi akan DIGUGURKAN oleh Najib.

1. FADILLAH YUSUF - dikatakan terlibat dengan isu KRONISME apabila Kementerian Kerja Raya memberi projek bernilai RM10 BILION kepada ABANG beliau Bustary. Najib dikatakan kononnya BIMBANG isu ini akan merebak dan sukar dipertahankan.
Borneo Highway's big winner Bustari Yusuf - businessman brother of Minister of Public Works Fadillah and good friend of new CM Adenan Satem
http://www.sarawakreport.org/2015/04/the-pwd-ministers-brothers-pan-borneo-highway-connection-expose/

2. JAMIL KHIR - PRESTASI KURANG MEMUASKAN sehinggakan Pengerusi Tabung Haji Azeez Rahim MBA lebih MENONJOL seolah-olah beliau adalah Menteri yang bertanggungjawab hal ehwal Islam.

3. NAZRI AZIZ - jarang berada di dalam negeri.

4. HASSAN MALEK - memalukan Kabinet dan Najib dengan kenyataan lucunya.

5. SHAHIDAN KASSIM - sudah tidak relevan sebagai Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Parlimen dan untuk memudahkan Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia mentransformasikan Parlimen. Kehadiran Shahidan dikatakan menimbulkan polemik yang TIDAK SIHAT di Parlimen.

6. SHABEERY CHIK - PRESTASI amat mengecewakan sebagai Menteri Penerangan. Sesetengah pihak merasakan Shabeery perlu BERTANGGUNGJAWAB di atas kelemahan sistem komunikasi kerajaan dengan rakyat. Kritikan bekas Menteri Penerangan Rais Yatim bahawa peranan pegawai penerangan sekarang terhad kepada membaca akhbar dikatakan ada kebenarannya dan ini mengecewakan Najib.

Bagaimana pun ini hanya pandangan kedai-kedai kopi. HANYA NAJIB YANG TENTUKAN NASIB MEREKA.


http://www.beritadaily.com/news/2015-06-12/14720/cabinet-reshuffle-after-hari-raya

Thursday, June 11, 2015

SAHAM FELDA MERUDUM. TERENDAH (RM1.86) SEJAK PENYENARAIAN


http://www.bharian.com.my/node/60698

* Harga penyenaraian saham Felda (FGV) pada 28 Jun 2012 ialah RM4.55