Showing posts with label ambank. Show all posts
Showing posts with label ambank. Show all posts

Sunday, July 5, 2015

NAJIB DITINGGALKAN MUHYIDDIN & SHAFIE APDAL? BERMULANYA PROSES PENYINGKIRAN NAJIB?

Image result for najib+lonely

TIDAK susah kita hendak membaca lenggok pemimpin Umno. Najib Razak lebih mengetahuinya.

Di dalam lingkaran politik pemimpin, akan tiba SAAT-SAAT AKHIR di mana beliau akan ditinggalkan keseorangan.

Tun Dr Mahathir Mohamad pernah "ditinggalkan" apabila dicabar oleh Tengku Razaleigh Hamzah pada 1987.

Pak Lah "DITOLAK" oleh rakan-rakan beliau dan ditinggalkan keseorangan apabila Najib mengepalai gerombolan menjatuhkan Pak Lah.

Dan mungkin SAAT-SAAT DITINGGALKAN KESEORANGAN sudah hampir tiba untuk Najib.

Ianya mudah. Kita hanya perlu halusi kenyataan-kenyataan berkias pemimpin-pemimpin Umno.


KENYATAAN MEDIA TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

Saya berasa amat bimbang dengan pendedahan terkini Wall Street Journal mengenai beberapa akaun peribadi milik YAB Datuk Seri Najib Razak yang didakwa telah menerima sejumlah wang daripada beberapa buah entiti yang dikatakan mempunyai hubungan dengan 1MDB. 

Tuduhan ini amatlah berat kerana ia boleh menjejaskan kredibiliti dan integriti Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan Ketua Kerajaan.

Isu ini juga telah menarik perhatian rakyat serta media antarabangsa dan pastinya menyentuh kepentingan awam.

Oleh itu, saya berpendirian bahawa pihak berkuasa penyiasatan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara perlu bertindak segera untuk menyiasat segala tuduhan yang dibuat terhadap Datuk Seri Najib.

Saya yakin siasatan mengenai perkara ini akan dijalankan secara terperinci, telus dan bebas demi mencari kebenaran. Oleh kerana tuduhan ini adalah bersifat peribadi, maka adalah wajar bagi Datuk Seri Najib untuk memberikan penjelasan yang meyakinkan atau membuat penafian.

Sehubungan itu, saya menyambut baik kenyataan Datuk Seri Najib yang telah menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau. Sekiranya beliau yakin semua tuduhan itu adalah tidak benar dan fitnah semata-mata, maka adalah wajar beliau mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang membuat tuduhan demi membersihkan nama beliau dan mengembalikan kredibiliti kerajaan.

Sementara siasatan terperinci dijalankan, saya menyeru semua pihak supaya bertenang. Saya pasti kebenaran akan muncul hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Saya berdoa mudah-mudahan di bulan Ramadan Al-Mubarak ini, Allah SWT akan memberikan kita segala taufiq dan hidayah untuk menyelesaikan segala kemelut yang berlaku dan mengurniakan kesejahteraan yang berkekalan kepada rakyat dan negara kita.


 Tan Sri Muhyiddin Yassin
 Timbalan Perdana Menteri Malaysia
 4 Julai 2015
http://www.bharian.com.my/node/65691


KENYATAAN NAIB PRESIDEN UMNO SHAFIE APDAL


ISU - PENDEDAHAN DAN JUGA DAKWAAN WALL STREET JOURNAL TERHADAP YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI

1) SAYA TURUT MENYATAKAN KEBIMBANGAN TERHADAP PENDEDAHAN DAN JUGA DAKWAAN OLEH WALL STREET JOURNAL (WSJ) KEPADA YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI YANG JUGA MENTERI KEWANGAN.

2) PERKARA INI PERLU DIBERI PERHATIAN SERIUS KERANA IA MELIBATKAN IMEJ DAN JUGA KREDIBILITI DATO' SRI MOHD NAJIB SEBAGAI PERDANA MENTERI, SELARI DENGAN DASAR KETERBUKAAN DAN AKAUNTABILITI KERAJAAN DALAM MENTADBIR URUS NEGARA.

3 DATO' SRI MOHD NAJIB PERLU MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG SEKIRANYA TUDUHAN DAN DAKWAAN TERSEBUT TIDAK BENAR SUPAYA KEPIMPINAN KERAJAAN BEBAS DARIPADA PANDANGAN KURANG BAIK BUKAN HANYA DIKALANGAN MASYARAKAT DALAM NEGARA BAHKAN MASYARAKAT ANTARABANGSA
 
4) SAYA YAKIN PENDEKATAN SIASATAN SECARA MENYELURUH OLEH BADAN-BADAN BERWAJIB DAN BEBAS PASTI DAPAT MEMBUKTIKAN KEBENARAN DAN DALAM MASA YANG SAMA DAPAT MENGEMBALIKAN KEPERCAYAAN RAKYAT KEPADA KEWIBAWAAN KERAJAAN.

5) SAYA JUGA TURUT MEMINTA RAKYAT SUPAYA BERTENANG DALAM MENGHADAPI SITUASI INI.


DATO' SERI HAJI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
4 JULAI 2015‎


JELAPANG: Yang JELAS, TIADA satu baris ayat pun di dalam kenyataan Muhyiddin dan Shafie yang mengatakan mereka akan terus MENYOKONG Najib sebagai Perdana Menteri.

Atau dengan kata lain, akan BERMULALAH proses PENYINGKIRAN Najib sebagai Perdana Menteri oleh Umno.

Sama-samalah kita saksikan detik-detik bersejarah ini.

Friday, July 3, 2015

SILA JAWAB SOALAN: BETUL ATAU TIDAK RM2.6 BILION DIMASUKKAN KE AKAUN PERIBADI NAJIB?


TERBAIK! 
DUA ORANG ATASAN MARA DIGANTUNG KERJA




INI BAGAIMANA?
ADAKAH ORANG ATASAN-ATASAN AKAN DIGANTUNG KERJA?



BERIKUT JAWAPAN PEJABAT NAJIB RAZAK

PETALING JAYA: Dakwaan bahawa dana 1MDB dipindahkan kepada akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai 'sabotaj politik', kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Artikel yang disiarkan The Wall Street Journal dan Sarawak Report pada Jumaat mendakwa dana 1MDB mencecah AS$700 juta (RM2.63 bilion) dipindahkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri. 
"Walaupun perdana menteri berjaya memacu ekonomi negara terhadap halangan global seperti yang diiktiraf Fitch Ratings pada minggu ini, terdapat usaha individu tertentu untuk melemahkan keyakinan terhadap ekonomi kita, mencemarkan nama baik kerajaan dan menyingkirkan perdana menteri," menurut PMO dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Menurut kenyataan itu lagi, beberapa dokumen yang dibocorkan dan peras ugut berlaku untuk mengelirukan media dan rakyat. 
"Oleh itu, pengamal media tidak harus menerima maklumat tersebut sebagai sesuatu yang betul melainkan jika disahkan pihak berkuasa berkenaan," katanya.
PMO turut menjelaskan bahawa 1MDB sudah menegaskan bahawa syarikat itu tidak menyediakan dana kepada Najib dalam satu kenyataan lebih awal pada Jumaat.
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/07/03/sabotaj-politik/



Jelapang

INIlah masalah dengan Najib Razak dan Pejabat beliau.

SOALAN YANG DITANYA IALAH: BETUL ATAU TIDAK WANG BERJUMLAH RM2,630,000,000 (RM2.63 BILION) TELAH DIMASUKKAN KE AKAUN AMBANK PERIBADI NAJIB RAZAK?

BETUL ATAU TIDAK?

Itu soalannya.

http://www.wsj.com/articles/SB10130211234592774869404581083700187014570