Wednesday, June 15, 2016

ALANGKAH BAIKNYA JIKA KITA TAHU KANDUNGAN BEG YANG DIBAWA ROSMAH TEMPOH HARI



VIDEO isteri Najib Razak, Rosmah Mansor, menaiki jet eksklusif, bersama beberapa beg, sudah menjadi tontonan jutaan rakyat.

Sehingga hari ini, belum diketahui apa isi beg-beg tersebut.

Kurang bernasib baik untuk kita kerana pekerja yang mengangkatnya tidak menoreh beg tersebut.

Jika ditoreh mungkin isu ini sudah selesai. Jika isinya terburai jatuh dan berterbangan semasa menaiki tangga kapalterbang, ianya tidak lagi menjadi tandatanya apa isi beg tersebut.

Tidak kira di mana, baik di surau, masjid, Sungai Besar dan Kuala Kangsar, ramai asyik meneka-neka apa kandungan beg tersebut.

Tidak baik menfitnah di bulan Ramadan ini. Tetapi ramai meneka ianya wang, tetapi Jelapang anggap ianya fitnah.

Mungkin satu beg mengandungi anak telekung. Satu beg telekung dan satu lagi penuh dengan sejadah.

Maklumlah wanita pertama. Pakaian sembahyang pun perlu pakai sekali sahaja - kena tukar-tukar.

Alangkah baiknya jika kita tahu akan kandungan beg tersebut. Jika benar ianya kain baju, maka senang jentera pilihanraya bekerja.


Berikut kenyataan yang di buat oleh Ahli Parlimen PKR Rafizi Ramli baru-baru ini.


Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan video bagaimana isteri perdana menteri Datin Serti Rosmah Mansor sedang menaiki jet mewah pribadi dan membawa naik banyak beg-beg besar ke dalam pesawat.

Rafizi membuat pendedahan ini selepas pegawai Rosmah mengesahkan secara terbuka bahawa beliau telah menggunakan jet peribadi ACJ319 A6-CJE yang dibayar oleh rakyat untuk menerima satu anguerah di Turki.

Para petugas membawa naik beg-beg besar ke dalam jet mewah yang dinaiiki Rosmah.Beliau juga tidak menafikan bahawa anak beliau, Nooryana Najwa Najib juga telah menaiki jet tersebut dan ditanggung oleh rakyat.

"Hari ini saya paparkan rakaman video Datin Seri Rosmah Mansor menaiki pesawat tersebut sebagai bukti lanjut," kata Setiausaha Agung PKR itu dalam satu kenyataannya sambil mendedahkan video tersebut.

Rafizi melontar soalan-soalan yang wajar dijawab oleh Rosmah Mansor dan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku perdana menteri ekoran video ini.

1. Berapa orang pegawai yang mengiringi Datin Seri Rosmah Mansor menaiki pesawat tersebut?

2. Kenapa beg-beg besar tidak disimpan di bahagian simpanan beg (“luggage”) sedangkan ini adalah jet peribadi dan ada ruang yang besar dan selesa untuk menyimpan beg-beg besar tanpa mengganggu keselesaan di dalam pesawat? Apa guna menyewa jet peribadi mewah tetapi ruang mewah dipenuhi dengan beg-beg besar?

3. Berapa beg-beg besar yang dibawa menaiki pesawat dan disimpan di ruang mewah?

4. Siapa pemilik beg-beg besar ini?

5. Apa kandungan beg-beg besar ini?

6. Adakah beg-beg besar ini membawa wang tunai? Jika ya, adakah pengisytiharan membawa keluar wang tunai telah dibuat dengan pihak berkuasa yang sewajarnya?

"Ini adalah soalan-soalan yang akan bermain di fikiran rakyat apabila mereka meneliti rakaman video ini," kata Rafizi yang juga naib presiden PKR itu dalam kenyataannya.

Rafizi dalam sidang media mengenai jet Rosmah di Kuala Kangsar hari ini. Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.Bagi beliau, Rosmah tidak boleh memberi alasan beliau tidak perlu memberi jawapan kerana apabila perjalanan dan sebahagian dari kegiatan beliau ditanggung oleh rakyat, maka rakyat berhak untuk mengetahui setiap perkara yang dibuat secara telus dan benar.

"Saya telah menanyakan beberapa professional yang telah berkhidmat lama di dalam industri penerbangan. Mereka sependapat bahawa adalah janggal untuk menyewa sebuah jet peribadi tetapi tidak menggunakan sepenuhnya kemudahan dengan membawa naik beg-beg besar ke dalam ruang mewah pesawat sehingga boleh mengganggu keselesaan penumpang yang membayar sewa yang mahal," katanya.

Oleh itu, katanya, adalah adil untuk beliau bertanyakan soalan ini:

"Apakah kandungan di dalam beg-beg besar itu yang sangat berharga hingga ia perlu dibawa ke dalam ruang mewah pesawat?"

1 comment:

Anonymous said...

bulan puasa ni, sipolan tu masih juga tak serik untuk menabur fitnah. dari awal lagi beliau mengatakan itu jet mewah peribadi. peribadi apanya, itu jet yang disewa kerajaan selama 2 bulan sebagai gantian kepada jet sedia ada yang sedang diselenggara. tak kiralah jika ada fakta yang betulpun, tetapi kebenaran tidak boleh menjadi benar jika diselitkan dengan fitnah dan tujuan kepada kebencian. insaf la sipolan oii! carilah fakta yang benar, bentangkan kepada rakyat tanpa dimomokkan dengan unsur fitnah sebagai penyedap rasa. sudah lama kerja anda sebagai tukang fitnah ni. cuba ubah sikit stail berpolitik yang betul. cuba lihat gaya politik pemimpin dap, dr tan seng giaw. ada beliau bermain fitnah untuk menaikkan rating dap? tentu tidak pernah bukan!!!