Monday, June 6, 2016
TUDUHAN AHLI PAS: PAS BANTU UMNO UNTUK MENANG DI SUNGAI BESAR?
DUA hari Jelapang berkesempatan pusing-pusing di Parlimen Sungai Besar, Selangor.
Maklumlah cuti sekolah. Kawan-kawan Umno ajak Jelapang ke Sungai Besar sambil makan-makan di kedai-kedai di Sungai Besar sambil mendengar celoteh orang Sungai Besar.
Dalam perjalanan ke Sungai Besar, macam-macam ada - ada cendol bakar dan ada mentarang bakar.
Bila dengar cerita orang Sungai Besar di warung-warung kopi, risau juga Jelapang akan peLuang BN di PRK ini. Bukan apa, takut Umno kalah. Kalah Umno, maksudnya rakyat menolak Najib Razak, bukan menolak Umno atau BN.
Kemungkinan kalah rupa-rupanya ada.
Bila sebut nama Jamal Yunos, ketua bahagian Sungai Besar, ada orang kata dia gangster. Jelapang pasti mereka salah anggap.
Bila sebut nama Ketua Perhubungan Umno Selangor Noh Omar (baru bergelar Tan Sri) pengundi Cina pula marah.
Nampaknya, Umno kena perbetulkan persepsi kepada dua personaliti ini kalau hendak selamatkan Najib.
Apabila Jelapang bertemu dengan ahli Pas, lain pula sentimennya.
Rupa-rupanya ahli Pas Sungai Besar tidak "minat" calon mereka sendiri - Rani Osman.
Tetapi agak memeranjatkan apabila ahli Pas menuduh presiden mereka, Hadi Awang (nama samaran baru di kalangan ahli Pas - Hadi keris panjang) cuba MENOLONG Umno MENANG di Sungai Besar.
Terkejut besar kami.
Cara ahli-ahli Pas ini bercakap seolah-olah Hadi meletak calon untuk KALAH bukan untuk menang kerana hendak MENANGkan Umno.
Ahli-ahli Pas ini berkata, mereka akan tentukan semasa membuang undi samada hendak pangkah Pas atau AMANAH.
Kalau mereka pangkah AMANAH, beratlah Umno.
Kata ahli Pas lagi, kalau Hadi nak tolong Umno pun, janganlah buat skrip bodoh macam jalan cerita Good Star melenyapkan duit 1MDB.
Kata mereka, alang-alang Hadi keris panjang hendak menolong Umno, tolonglah betul-betul.
Ini orang Sungai Besar yang cakap. Jelapang hanya mengutip cerita-cerita ini dari kedai-kedai kopi dan tepi jalan.
Ada lagi tuduhan yang dibuat oleh ahli Pas terhadap Hadi keris panjang mengenai pemilihan Rani dan penglibatan Umno dalam pemilihan calon.
Tuduhan yang cukup serius. Tetapi biarlah Jelapang simpan rahsia ini.
Biarlah Hadi keris panjang bertanyakan sendiri kepada ahli-ahlinya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Our leaders if they are qualified, have stopped being leaders in their respective fields.
It is a sad and terrible situation of things,systems, moral standards,religion have broken down In the Peninsular.
No Ulamak or Mufti have spoken up against the injustices committed by the ruling bourgeois class bangsawan.
Save Malaysia.
arjuna waspada
changkat lobak.
Post a Comment