Wednesday, June 22, 2016

TAHNIAH UMNO, TAHNIAH BARISAN NASIONAL

Image result for ku nan+seluar

TAHNIAH kepada Barisan Nasional dan Umno atas kejayaan mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Atau dengan kata lain pembangkang GAGAL merampas kerusi milik Umno di Selangor dan Perak.

Kegagalan pembangkang sudah diduga dari awal berikutan perpecahan di kalangan pakatan pembangkang.

Keputusan ini memberi banyak kesan kepada parti-parti politik dan protagonis politik.

1. NAJIB RAZAK: Malangnya Najib memilih meraikan kejayaan ini dengan membalas dendam terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad. Najib memilih menyerang Dr Mahathir dengan penuh emosi daripada mengambil kredit di atas kejayaan ini. Beliau kelihatan "cukup puas" dapat menghentam Dr Mahathir, orang yang memilih beliau untuk memegang jawatan Perdana Menteri.

Ramai berpendapat Najib sekarang sudah boleh tidur nyenyak selepas ini. Mungkin benar dan mungkin tidak.

Mungkin ada yang terbaca akan penulisan Rafidah Aziz tempohari menerusi Facebook beliau.

Kata Rafidah, jika kita dikenali sebagai PENCURI seribu tahun yang lalu, akan tetap dikenali sebagai PENCURI sekarang dan tetapi dikenali sebagai PENCURI 1000 tahun akan datang.

Isu 1MDB dan DERMA RM2.6 juta tidak akan mudah dilupakan, Ia akan lekat pada diri Najib buat selama-lamanya. Suatu hari nanti, bila sebut nama Najib, hanya kita ingati hanya 1MDB dan RM2.6 juta. 

Kemenangan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan memberi sedikit ruang kepada Najib untuk ber"NAFAS". Itu sahaja.

2. UMNO & BARISAN NASIONAL: Kemenangan ini seolah-olah memberi bayangan bahawa BN akan menang besar apabila PRU-14 diadakan nanti. Benar jika pembangkang terus berpecah.

Kemenangan ini tidak lain dan tidak bukan adalah kesan dari perpecahan di dalam Pakatan Rakyat.

Hakikatnya di dalam mana-mana pilihanraya kecil, jentera Umno tiada tolok bandingnya. Sejarah menyebelahi Umno. Dan pengundi akan menggunakan kesempatan ini untuk meraih "keuntungan" dari pilihanraya kecil seumpama ini. Lihat sahaja Kuala Kangsar - orang Kuala Kangsar dapat jambatan di Manong dan sebuah Universiti. Itulah hasil pilihanraya kecil kepada penduduk tempatan.

Adakah BN akan menang besar semasa PRU-14 nanti? Ia semata-mata bergantung kepada perpaduan di dalam Pakatan Rakyat/Harapan.

3. PAS: Malang buat Hadi Awang. Sejarah Pas akan berulang seperti mana di era Asri Muda. Pas akan jadi parti ketiga pilihan pengundi dan bukan lagi pilihan utama.

Tidak pernah Presiden Pas dihina seperti mana Hadi dihina sekarang ini. Pelbagai nama samaran diberikan. Hadi WANG, Hadi Keris Panjang dan sebagainya.

Kekalahan Pas akan memberi tekanan kepada Hadi.

Sesetengah pemimpin Pas mencari makan sebagai ahli politik sepenuh masa. Hidup mereka bergantung kepada gaji sebagai Ahli Parlimen, Adun dan jawatan-jawatan kecil di peringkat negeri di Pulau Pinang dan Selangor.

Berdasarkan keputusan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, mereka-mereka ini akan hilang gaji, hilang punca pendapatan.

Pas hari ini bukan Pas di zaman Fuad Hassan, Burhanuddin Hilmi, Yusof Rawa atau Fadzil Noor.

Mereka di zaman Hadi Awang, zaman pakai kereta besar, bergaji mewah. Antara orang yang pertama memakai Pajero yang pada satu ketika dulu dilihat sebagai kereta mewah ialah Hadi Awang. Itulah perwatakan Hadi Awang sebenarnya.

Hadi akan ditekan oleh pemimpin Pas yang kini bergaji kecuali Hadi dapat menjaminkan ganjaran yang lebih besar kepada mereka.

Jika ini dapat dipenuhi oleh Hadi, maka Pas RELA hilang kerusi dan hilang negeri hanya semata-mata kerana cita-cita perbadi Hadi.

1 comment:

Gue said...

Tahniah pada UMNO dan tahniah kepada BARISAN NASIONAL......??
Minta ma'af, Tuan Blogger, gue rasa kita tak boleh ucap 'tahniah' atau memberi sokongan dlm bentuk apa sekalipun pd golongan yg bersekongkol dgn kumpulan Manusia yg terang2an melakukan kemunkaran dan meniupkan api perkauman. Terkini, mungkin selingkohan wang tebusan penculikkan anak2 kapal dari Serawak. Namun ini hanya satu pendapat...