Monday, April 25, 2016

MB TERENGGANU: PEMIMPIN UMNO TERENGGANU PUN TAK MINAT RAZIF



HARI ini Istana Terengganu mengesahkan penarikan gelaran Dato' dan Dato' Seri daripada Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman.

Inilah akibatnya apabila seorang Menteri Besar tidak tahu tanggungjawab dan peranannya sebagai Menteri Besar.

Bila diberi jawatan Menteri Besar, 2 orang penting perlu dijaga - Sultan dan Perdana Menteri.

Malangnya Razif GAGAL menjaga hati Sultan. 

Ucapan beliau minggu lepas menyebabkan Sultan Terengganu murka.

Alasan yang diberikan oleh Razif ialah ucapan yang beliau bacakan di majlis tersebut bukan disediakan oleh beliau dan beliau TIDAK SEMPAT meneliti teks ucapan tersebut kerana terlalu SIBUK.

Apalah yang sibuk sangat di Terengganu tu.

Ini masalah Razif. Ucapan di hadapan Sultan pun dianggap remeh temeh. Inilah akibatnya bila merasakan diri terlalu BESAR.

Malang buat Razif. Pemimpin Umno Terengganu pun tak suka kepada beliau dan sebab itulah beliau kelihatan KESEORANGAN ketika ini.

Nampaknya Najib Razak pun belum tetapkan masa bila hendak mengadap Sultan Terengganu untuk menyelesaikan kemelut ini.

Maklumlah, pilihanraya Sarawak lebih penting dari krisis di Terengganu.

4 comments:

Anonymous said...

Inilah umno..pengampu semua. Masa MB ada jawatan semua elok..semua baik..sokong..jilat sampai kering. Bula dah mula nak jatuh mulalah semua tak sukalah..x minatlah. ..ntah x apa2 lg. Org baru naik..org baru pula elok..yg lama semua dah x elok...semua nak jaga perut msg2..rakyat no2..

Anonymous said...

sorang lagi menteri besar perlis., mb payung terjun najib..

Anonymous said...

Hancurla bn...tinggal sejarah...

the_rocky TRW said...

Hahaa