Thursday, March 31, 2016

RUPA-RUPANYA ADIK, ANAK NAJIB SEMUA DAPAT BAHAGIAN


SELAMA ini kita beranggapan Nazir Razak satu-satunya di dalam keluarga Najib Razak yang ada sedikit integriti berdasarkan kata-kata INDAH yang Nazir berikan di dalam temuramah dengan media tempatan dan akaun INSTAGRAM BELIAU.

Rupa-rupanya Nazir hanya indah rupa dari khabar.

Hari ini laporan media Amerika Syarikat, Wall Street Journal, melaporkan Nazir turut MENERIMA USD7 JUTA (RM28 JUTA) dari akaun kontroversi abangnya, Najib Razak.

Bukan itu saja, anak Najib Ashman pun dapat bahagiannya.

Inilah dikatakan KELUARGA BAHAGIAn.

Berikut laporan WSJ yang dilapor semula oleh Malaysiakini.



Pengerusi CIMB Datuk Seri Nazir Razak dilapor mengesahkan bahawa beliau menerima hampir AS$7 juta dari abangnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga adalah presiden Umno.
Walau bagaimanapun, Nazir memberitahu akhbarThe Wall Street Journal bahawa beliau percaya wang itu adalah sumbangan daripada syarikat dan individu Malaysia bagi kegunaan pilihan raya, dan tidak pasti sama ada dana itu dari sumber lain.

"Saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan bahawa dana itu mungkin berasal dari sumber lain,” katanya dalam laporan WSJ hari ini.
"Jumlah keseluruhan dibayar dalam bentuk tunai kepada pelbagai penerima mengikut arahan daripada presiden parti (Najib) dan akaun berkenaan ditutup dengan baki sifar," kata Nazir.
Menurut WSJ, mereka telah melihat dokumen siasatan oleh pihak berkuasa Malaysia yang mendapati "majoriti" dana dalam akaun itu berasal dari 1MDB.
Laporan itu juga menghuraikan butiran perbelanjaan peribadi yang didedahkan dalam dokumen berkenaan.
Nazir juga mengesahkan kepada WSJ dalam satu kenyataan bertulis bahawa beliau menerima AS$7 juta, yang katanya kemudian dikeluarkan oleh kakitangan bank kepada ahli-ahli politik parti pemerintah mengikut arahan pemimpin parti.
WSJ berkata seorang jurucakap CIMB enggan mengulas ketika dihubungi. Malaysiakini juga sudah menghubungi Nazir dan sedang menunggu jawapannya.
Laporan itu juga berkata satu lagi pemindahan berjumlah hampir AS$70,000 dibayar kepada anak perdana menteri, Norashman Najib pada 4 Julai, 2014.

17 comments:

Anonymous said...

Nedim anak Nazri Aziz lagi dahsyat la. Semua anak-anak menteri UMNO kaya raya giler tapi tak tau kerja apa. Kena MACC siasat tu.

Anonymous said...

Kalau lah almarhum tun razak masih hidup...cerita derma tu pertama boleh buat dia kena heart attack...cerita nazir ni pulak...bole kasi pukulan maut terus. Syukur alhamdulillah beliau sudah tiada untuk semua ni.....moga Allah merahmati tun razak

Anonymous said...

fitnah fitnah fitnah.. bolayan bro.. go fly kite !!

Anonymous said...

ceduk info dari WSJ , dah tahu WSJ tu mewakili Yahudi....penulis blog ni ( anak-anak Yahudi ke? ) sebelum terbakar dalam neraka jahanam...bertaubatlah...

Anonymous said...

ceduk info dari WSJ , dah tahu WSJ tu mewakili Yahudi....penulis blog ni ( anak-anak Yahudi ke? ) sebelum terbakar dalam neraka jahanam...bertaubatlah...

Anonymous said...

Melampau betul WSJ ni. Lepas satu, satu, fitnah cerita rekaan dibuatnya. Apa tunggu lagi, Selasa depan saman la WSJ tu. Lagipun dokumen yang relevan sume ada, boleh dijadikan bukti hitam putih di mahkamah. Jaga lu WSJ, Selasa depan lu gulung tikar.

Anonymous said...

WSJ kau jadikan sumber... keh keh keh

Anonymous said...

Bukan macc shj..tapi lhdn jugak. Tp xtaula jika semua dah makan dedak. So buat dono ja...go makan dedak!!!

Anonymous said...

ha ha ha tak ada idea buat fitnah saja kerja. kutip pula dari sumber sampah malaysiakini

Anonymous said...

anak aak arab tu kata.... ni ana bagi anta duit...LillahiTaala.... halal.... ana hadiah sama anta sebab anta banyak bagus. Najib kata.... uih banyak nih.....saya mau buat aa ngan duit ni.... terpulang sama anyalah... mana Ana tau... itu anta punya Wang sekarang ....... bodohlah orang Malaysia....duit daam saku orang Kita plak yang sibuk nak kira Dan Tanya buat beli Apa. macam perangai celaka..... terpulang diaah... dah orang bagi kat dia..... Tun plak apasal? boleh plak mende ni jadi isue.... weiiiii aak hang yang tak layan jadi pemimpin tauuuuu..... buat apa2 semua tunggu arahan baak.... tak suruh tak buat....

Anonymous said...

Binatang babi prliharaan dapigs laknatullah senang betul kalau pasal mengaibkan org terutama najib sekeluarga.
Babi2 laknat ni sah terlalu megah dgn dgn tuhan dapigs mereka tanpa takut akan dosa mengaibkan saudara sesama islam.
Kasian kamu wahai babi2 peliharaan dapigs laknatullah

Anonymous said...

Fitnah atau fakta? Kalu fitnah sila beri fakta yang benar, bukan hanya kata. Sekarang ni orang beri fakta, tolong jawab guna fakta, bukan air liur.

Anonymous said...

Inilah yang di-namakan demokrasi "terpimpin" ala Najib.

Rupa2nya selama ini Nazir hanyalah berlakon bila dia kritik 1MDB.

Siapa agaknya yang ajar dia berlakon eh? Hebat anak nya Tun Razak!

Anonymous said...

Sian

QalamQabut said...

Sambungan berita dari post di atas...

Pengerusi CIMB Datuk Seri Nazir Razak mengakui dirinya tidak sepatut membantu abangnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengagihkan AS$7 juta kepada ahli politik parti pemerintah sebelum pilihan raya umum 2013, seperti laporan akhbar The Wall Street Journal (WSJ), semalam.

"Saya faham kemarahan (orang ramai), dan berdasarkan pengalaman, saya tidak sepatutnya," tulis Nazir dalam post Instagram malam semalam.

Anonymous said...

Fitnah apanya..nazir dah mengaku terima. Hangpa yang bangang

Anonymous said...

Sudah nyata lagi bersuluh...ayuh desak majlis raja raja buat meeting tergempar..dakwa najib dimahkamah oleh majlis peguam.buka siasatan baru semua kes najib fan rosmah..biar prn sarawak bungkus