Showing posts with label WSJ Finance Editor Ken Brown. Show all posts
Showing posts with label WSJ Finance Editor Ken Brown. Show all posts

Thursday, March 31, 2016

RUPA-RUPANYA ADIK, ANAK NAJIB SEMUA DAPAT BAHAGIAN


SELAMA ini kita beranggapan Nazir Razak satu-satunya di dalam keluarga Najib Razak yang ada sedikit integriti berdasarkan kata-kata INDAH yang Nazir berikan di dalam temuramah dengan media tempatan dan akaun INSTAGRAM BELIAU.

Rupa-rupanya Nazir hanya indah rupa dari khabar.

Hari ini laporan media Amerika Syarikat, Wall Street Journal, melaporkan Nazir turut MENERIMA USD7 JUTA (RM28 JUTA) dari akaun kontroversi abangnya, Najib Razak.

Bukan itu saja, anak Najib Ashman pun dapat bahagiannya.

Inilah dikatakan KELUARGA BAHAGIAn.

Berikut laporan WSJ yang dilapor semula oleh Malaysiakini.



Pengerusi CIMB Datuk Seri Nazir Razak dilapor mengesahkan bahawa beliau menerima hampir AS$7 juta dari abangnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga adalah presiden Umno.
Walau bagaimanapun, Nazir memberitahu akhbarThe Wall Street Journal bahawa beliau percaya wang itu adalah sumbangan daripada syarikat dan individu Malaysia bagi kegunaan pilihan raya, dan tidak pasti sama ada dana itu dari sumber lain.

"Saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan bahawa dana itu mungkin berasal dari sumber lain,” katanya dalam laporan WSJ hari ini.
"Jumlah keseluruhan dibayar dalam bentuk tunai kepada pelbagai penerima mengikut arahan daripada presiden parti (Najib) dan akaun berkenaan ditutup dengan baki sifar," kata Nazir.
Menurut WSJ, mereka telah melihat dokumen siasatan oleh pihak berkuasa Malaysia yang mendapati "majoriti" dana dalam akaun itu berasal dari 1MDB.
Laporan itu juga menghuraikan butiran perbelanjaan peribadi yang didedahkan dalam dokumen berkenaan.
Nazir juga mengesahkan kepada WSJ dalam satu kenyataan bertulis bahawa beliau menerima AS$7 juta, yang katanya kemudian dikeluarkan oleh kakitangan bank kepada ahli-ahli politik parti pemerintah mengikut arahan pemimpin parti.
WSJ berkata seorang jurucakap CIMB enggan mengulas ketika dihubungi. Malaysiakini juga sudah menghubungi Nazir dan sedang menunggu jawapannya.
Laporan itu juga berkata satu lagi pemindahan berjumlah hampir AS$70,000 dibayar kepada anak perdana menteri, Norashman Najib pada 4 Julai, 2014.

Saturday, February 20, 2016

RATU NAGA DIDAKWA, WSJ MENUDUH NAJIB & PEGUAM NEGARA MENIPU, TIDAK PULA DIDAKWA



HANYA kerana sedikit SINDIRAN, Ratu Naga, atau nama sebenar Syarul Rema Ena Abu Samah, diDAKWA di Mahkamah oleh SKMM.

http://malaysiandigest.com/news/595527-ratu-naga-pleads-not-guilty-to-charge-of-insulting-najib-on-facebook.html

Ramai Netizen menYINDIR. Kerajaan hari ini hanya berani TANGKAP dan SAMAN rakyat sendiri.

Tapi "KECUT PERUT" dengan orang luar.

DUA hari lepas, akhbar kepunyaan Rupert Murdoch, The Wall Street Journal menDAKWA, DUIT RM2.6 BILLION YANG DIMASUKKAN KE DALAM AKAUN NAJIB BUKAN DARI KELUARGA DI RAJA ARAB SAUDI SEBALIKNYA DATANG DARI PELBAGAI SYARIKAT BERKAITAN 1MDB.

NASIB Wall Street Journal tidak sama seperti Ratu Naga.

Ratu Naga didakwa, dakwaan WSJ hanya dalam bentuk penafian oleh beberapa orang suruhan, TIADA DAKWAAN.

Kenapa? 

Tuduhan WSJ lebih serius dari Ratu Naga.

WSJ menuduh Peguam Negara MENIPU.

WSJ menuduh Najib MENIPU.

Tidak kah kesalahan WSJ lebih DAHSYAT dan berNIAT JAHAT? Adakah kesalahan Ratu Naga lebih berat dari WSJ? Kenapa tidak saman?

ATAU ......

Berikut laporan mengenai TUDUHAN WSJ dua hari lepas.


Kredibiliti Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali kini dikompromi apabila The Wall Street Journal (WSJ) menyangkal kenyataan Datuk Seri Najib Razak bebas daripada sebarang salah laku dalam penemuan derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

Pengarang kewangan WSJ Ken Brown dalam wawancara bersama ABC News Australia berkata, wang itu bukan daripada keluarga Diraja Arab Saudi sebaliknya datang daripada pelbagai syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Laporan kami selama berbulan-bulan menunjukkan wang itu bukan dari Arab Saudi tetapi dari syarikat dan akaun bank yang mempunyai hubungan dengan 1MDB.

"Dan seperti anda sedia maklum, laporan kami belum pernah dipertikaikan lagi dan kami ada banyak bukti sokongan," katanya dalam wawancara pada 12 Februari lalu.

WSJ adalah penerbitan yang pertama sekali menyiarkan berita tentang kehadiran wang tersebut dalam akaun Najib.

Najib pada mulanya mengarahkan peguamnya menghantar surat tuntutan kepada WSJ namun surat tersebut akhirnya dihantar sebagai surat mengesahkan laporan berkenaan semata-mata.

Sehingga kini, pemimpin tertinggi negara itu belum mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap WSJ.

Kini beberapa pihak berkuasa luar negara sedang menyiasat urus niaga 1MDB walaupun Najib belum dinamakan lagi dalam mana-mana siasatan.

Brown turut mengulas cadangan Apandi untuk mengetatkan hukuman terhadap mereka yang membocorkan maklumat kerajaan.

"Ia tak mengejutkan selepas usaha kerajaan mendakwa wang itu datang dari Arab Saudi.

"Realitinya, tiada sesiapa pun percaya dan mereka dibidas kerana perkara itu. Sekarang ini, mereka kata semua orang tidak lagi boleh membincangkannya," katanya.

Brown turut membayangkan lebih banyak maklumat akan diketahui umum apabila pihak berkuasa luar negara melanjutkan siasatan mereka.

"Aksi sebenar akan berlangsung dalam beberapa bulan akan datang menerusi siasatan luar negara dan jika mereka menemui perkara serius, ia amat sukar buat kerajaan Malaysia untuk tidak mengendahkannya," katanya. – 18 Februari, 2016.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/derma-rm2.6-bilion-najib-bukan-dari-arab-saudi-lapor-wsj#sthash.SfGTLukt.dpuf