Tuesday, March 1, 2016

RAFIDAH AZIZ: INIKAH UMNO YANG HENDAK KITA WARISKAN KEPADA ANAK-ANAK MUDA?



MENGAPA DIBIAR KELAMBU TERJEJAS DAN TERBAKAR...

ELAKKAN RETAK MENCARI BELAH...


Peristiwa2 yang terus berlaku dalam politik UMNO nampaknya mula meruncing...dan membawa kapada pihak memihak , dikalangan mereka yang dianggap sebagai pemimpin..dan dikalangan pengikut2 masing2.


Peroses pemecatan terus berlaku...


Kesan dari tiada penerimaan perbezaan pendapat dan teguran.
Serta kesan dari sindrom " orang kita", dan " bukan orang kita "..


WALHAL SEMUANYA ORANG DAN AHLI UMNO !


ADA yang sudah isytihar keluar UMNO. Dan pasti akan ada pengikut2 yang akan turut sama.
Sambil itu ,perang mulut berterusan..kutuk mengutuk..hentam mengentam...caci mencaci..tuduh menuduh..

SAYA memang orang biasa.."a nobody"..

TETAPI SAYA AHLI UMNO...

APA YANG BERLAKU SEKARANG TELAH MEMBERI IMEJ BURUK KAPADA CARA PENTADBIRAN DALAM UMNO....DAN SUDAH LARI JAUH DARI COGANKATA PERJUANGAN UMNO...iaitu..
" BERSATU..BERSETIA..BERKHIDMAT"

DIMANA LETAKNYA USAHA UNTUK BERSATU ?

APA TELAH JADI PADA BERSETIA KAPADA UMNO ?

DAN APAKAH YANG DILAKUKAN DALAM KONTEKS BERKHIDMAT ?


TIDAH PERNAH...
AHLI2 DISURUH "BERSATU" MENENTANG SESAMA SENDIRI DALAM PARTI....HANYA BERSATU UNTUK MENGUATKAN PARTI..


TIDAK PERNAH....
AHLI2 DISURUH BERSETIA KAPADA MANA2 INDIVIDU....HANYA KAPADA PARTI..


TIDAK PERNAH...
AHLI2 DIMINTA BERKHIDMAT UNTUK KEPENTINGAN SESIAPA JUGA...HANYA UNTUK KEPENTINGAN PARTI..


SUPAYA PARTI TERUS MAMPU MENERAJUI KERAJAAN..UNTUK BERSAMA2 DENGAN RAKAN2 DALAM BARISAN NASIONAL...


...MEMBANGUNKAN NEGARA..DAN MENTADBIR UNTUK KEPENTINGAN RAKYAT..


Masaalah2 yang dihadapi sekarang TIDAK MUNGKIN SELESAI hanya dengan..
....pemecatan..
.....keluar parti..
.....mencela antara satu dengan lain..
.....menunjukkan sifat2 yang TIDAK MENCERMINKAN BUDAYA UMNO YANG SEWAJARNYA...

MENGAPA KITA BIARKAN UMNO DI KEJI....OLIH SEBAB KARENAH INDIVIDU 2 ?

MENGAPA PARTI YANG TELAH SEKIAN LAMA MENAUNGI BANGSA DAN RAKYAT...DI JADIKAN MANGSA kapada KEGAGALAN INDIVIDU 2 ??


MENGAPA TIDAK DICARI JALAN PENDAMAIAN...
.....PENYATUAN...
....PERBINCANGAN DENGAN IKHLAS DAN FIKIRAN TERBUKA...


MENGAPA DIBIARKAN BERLAKUNYA... TINDAKAN2 MEROSAK...BUKAN MEMPERBAIKI ?


KESILAPAN2 BOLIH DI PERBAIKI DAN DIPERBETUL..DAN MESTI DIPERBETULKAN JIKA KEYAKINAN BANGSA DAN RAKYAT HENDAK DIKEMBALIKAN..


YANG BETUL TETAP BETUL..

YANG SALAH TETAP SALAH..

APAKAH BENTUK UMNO YANG HENDAK KITA WARISKAN KAPADA ANAK2 MUDA KITA ?

ADAKAH KITA MENUNJUKKAN CONTOH TAULADAN YANG SEBAIK MUNGKIN KAPADA ANAK2 MUDA...
YANG TELAH KITA AKUI SEBAGAI PEWARIS 2 UMNO...?

ATAU... ADAKAH KITA TELAH MULA MENYEMAI SERTA
MEMBENTUK SATU BUDAYA DALAM UMNO ...YANG JELAS JAUH MENYIMPANG DARI APA YANG TELAH SEKIAN LAMA DIPERJUANGKAN ?


JANGANLAH "JAWATAN "menjadi UKURAN tentang "Kepimpinan"...atau "KUASA" menghalalkan segala tindakan..

UMNO tidak bersalah...
MAANUSIA yang membawa dan mendatangkan MASAALAH..
MESTI DIBEZAKAN ANTARA PARTI DENGAN INDIVIDU...

ORANG TUA2 BERPESAN....
"JANGAN SEKALI2 KELAMBU DIBAKAR ...kerana BEBERAPA EKOR PEPIJAT.."


JANGAN UMNO DIBIARKAN JADI KORBAN ..

..KELAMBU KITA TELAH SEKIAN LAMA BERJASA MELINDUNGI KITA...

9 comments:

Anonymous said...

Habis nak wariskan UMNO macam mana lagi? Ini jugalah UMNO yang awak semua pimpin dulu.

Dah tua-tua jangan bising nak menyalak. Tutup je aurat, banyakkan ke Masjid dengar Tazkirah. Jangan ingat sangat pada dunia. Rumah kata pergi, Kubur kata mari. Jika tak ada lafaz yang boleh menyatu padukan orang Melayu, merapatkan barisan Islam. Baik DIAM main dengan cucu2.

Kalau Usia dah lanjut dah 90 masih nak main dengan politik, memang alamat tak ingat mati. BEGITU BANYAK Allah swt bagi nikmat: Usia panjang, kesihatan, kekayaan, nama baik, keluarga anak billionair, masih tak syukur2 lagi.

Waliyazubillahminzaliq, moga kita dijauhkan Allah swt dari sifat tamak dunia ini.

Ya Allah swt, lindungilah DS Najib dari fitnah Dajal, selamatkanlah dia, dia berusaha gigih untuk kami. Kami tidak menghargai...Ampunkanlah dosa2 kami.

Anonymous said...

Ramai yg akan ikut jejak Tun M. Mungkin mereka tidak menunjukkan secara nyata dan hanya memendam dalam diam. Tetapi mereka akan terjemahkannya semasa PRU 14 nanti. PM boleh kuasai Ketua bahagian tetapi pilihan akar umbi yg akan menentukan kedudukan pemimpin dan PM. Kita tunggu dah lihat. Setiap 10 org yang saya tanya, 7 yg berkata akan beralih arah. PNS

Anonymous said...



najib tinggal hutang utk anak2 muda

Anonymous said...



ramai yg tutup aurat jadi penyamun

Anonymous said...

ANON 10:20am,

JANGAN INGAT KITA TIDAK AKAN MENEMPUHI WAKTU TUA.......DAN TERASA APA YANG KITA SEMUA BETUL DENGAN MENYURUH TUTUP AURAT, BANYAKKAN KE MASJID DENGAR TAKZIRAH, SEHINGGA MENGELUARKAN KATA RUMAH KATA PERGI KUBUR KATA MARI... SEBAGAI UMAT ISLAM TIDAK ELOK MENGELUARKAN KENYATAAN YANG MENYAKITI HATI SESAMA INSAN DIDUNIA INI.

ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI.......APA YANG KITA SEMUA BUAT DIDUNIA INI......



Anonymous said...

dulu siapa yg bagi AP byk2 pada kroni2?..apa kata semua bekas2 menteri istihar harta mereka dan anak2 mereka..nak tengok berapa byk yg ditinggalkan pada anak2 mereka yg muda....

Anonymous said...

TSRA,apabila nafsu mengatasi semua maka tidak dapat berbuat apa lagi.Umpama kata DSN sekali layar dikembang maka kapal itu tetap belayar walaupun sauhnya maseh tersangkut.Inilah hakikat mereka2 yang bernafsu besar.Tunggu saja apkah tiang dan layar robek dan patah atau haluan pecah.

Joeharry said...

Budaya orang najib, nazri adalah ketua.
Macamana nak pengaruhi pemikiran orang untuk sokong najib andainya budi bahasa pun lintang pukang.
Angkuh kita macam mana pun tak boleh masuk sendiri keliang lahat, kena orang lain juga yang usung masukan dan talkin kan

Anonymous said...

March 1, 2016 at 12:56 AM

kau dah ingatkan dia ,,, tapi dia sokong penyamun
dia tak kisah SAPA , NAMPANYA Dia ni yg bnyak duit dan pangkat
Dia crita tentang hak dan batil tapi dia sokong lanun

NO2 T.m yg 10,20am sebut cuma tak specific ...tun ,m tau apa yg kita taktau
apa yg dia buat satu perjuangan utk generasi selepas . Aku kerap keluar negara
dulu tukar rm3,200+-usd1000 , sekarang you kena buang lebih rm10k utk dapatkan usd10k (rm32,000+- =us10,000 , NOW rm43/44000 =usd10,000)
dulu takda GST 6% SKRANG ADA , sekarang semua peruntukan di berhenti or dikurangkan
pembangunan amat kurang , ramai takda kerja
Tapi nak bawa masuk 1.5juta bangla ???
Hairan aku Kenapa Ngok sangat Rakyat takda kerja nak bagi org lain kerja.

Hutang Negara dah tinggi dari TWIN TOWER Petronas nyawa ikan ini kerja apa
Up grading Jet Pm brapa juta ??? Hari raya PM Wife berkaroOK ,
Apa nak jadi- tapi sudah jadi .

No3 Pasal Rafidah- dia lebih tau , dia bersuara sbb syngkan kita semua menegur
JIKA MAK YOU TEGUR YOU Apa you akan kata sama pada you kata Rafidah ???
Apalah Mak bising2 kubur kata mari ???You will say this word to your Mum?
You ada dengar /lihat budak lahir meninggal ?? You ada dengar org seumur you mati ?? JADI bekalan mati tak kira usia . you manatau tiap2 malam mereka solat taubat ?? INI PUN aku ingatkan pada DIRI AKU juga kurang sempurna.

Akhir kalam saudara 10.20am / maaf jika aku terpaksa guna bahasa yg tak seindah wajah ...............aku selalu buat silap aku selau nak betulkn silap