Saturday, January 23, 2016

MUKHRIZ AKAN DIPECAT KERANA MAHU MENGHUKUM DR MAHATHIR



ESOK lusa, Mukhriz Mahathir akan diPECAT sebagai Menteri Besar Kedah.

Siapalah Mukhriz. Diletakkan sebagai Menteri Besar pun oleh Perdana Menteri Najib Razak. Hendak menurunkan beliau pun Najib.

Menurut Timbalan Pengerusi Perhubungan dan bakal Menteri Besar Kedah yang baru, Ahmad Bashah Md Hanipah, Mukhriz GAGAL satupadukan Umno, Mukhriz tiada perancangan strategik menghadapi PRU-14, Mukhriz gagal urus tadbir negeri Kedah.

http://taipingmali.blogspot.my/2016/01/kenyataan-akhbar-mendesak-perubahan.html

Jika kerana gagal satu padukan Umno, sudah lama Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hassan diPECAT.

Jika gagal urustadbir negeri, sudah lama Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob kena PECAT kes bauksit dan tebang balak haram.

Di era pentadbiran sekarang, prestasi bukan penting. Jika prestasi penting sudah lama Jamil Khir hilang jawatan kerana isu duit zakat dan isu Yapeim dan simulator golf.

Jika prestasi penting, sudah lama Pengerusi Tabung Haji Azeez Rahim kena pecat kerana cara mengurus Tabung Haji.

Jika kerana tiada perancangan strategik menghadapi PRU-14, sudahkah ibupejabat Umno mempunyai plan strategik untuk PRU-14?

Sebenarnya, DOSA Mukhriz hanya kerana tak sama bulu.

Mukhriz bukan sempurna. Tetapi cara dan kaedah untuk menjatuhkan Mukhriz memalukan dan memualkan.

Di dalam Umno, kerana bapa, anak dihukum.

Ada personaliti di Malaysia yang lebih jijik personalitinya, tiada pula Ahmad Bashah dan geng-gengnya meminta diturunkan.

Kalau bukan kerana Mukhriz dan Tun Dr Mahathir Mohamad, 2013 Kedah KEKAL di bawah Pas.

2014, TRAGEDI ini akan menentukan siapa rakyat Kedah mahu Kedah diperintah.

Tetapi siapa peduli kesannya?

11 comments:

Anonymous said...

100% setuju..regim Jibby hanya menilai orang2 kuat menjilat bontot dia..

Unknown said...

kau ni admin haramjadah namanya

Anonymous said...

betul semua tulisan awk ni...fakta...
biarkan umno terjun dgn labu labunya

Anonymous said...

Jom kita ajak si14 kb. pi pulau langkawi langah ayak gamat bagi lega sikit sakit hati tu.Hasad dengki Melayu yang akan membawa negara terjajah.

Anonymous said...

Mula dah mula politaik kotar d kedah oleh UMNO... ya umno

Anonymous said...

Cuba baca mykmu blog lalang nyamuk yg half past six..
Artikel bodoh,berbelit, yg ade jawapan sendiri dlm tulisannya
Katanya formula selesai kemelut kedah
Katanya najib hanya hadir dlm perjumpaan utk mendengar sendiri dr wakil dr kedah pal isu itu
Konon mcm org tgh...tp kita pon hairan knp die pula lari ikut pintu belakang mcm org yg salah?
Tutup mulut xmo ulas sikitpon sbg org tgh...seolah die juga terlibat berdasarkn tingkah laku nya sendiri
Mykmu kata lg..Cuba pusing2 nk cr jln penyelesaian isu mb kedah utk kepentingan umno & rakyat...
Akhir sendiri ckp MM dapat sokongan kuat rakyat...
Sebenarnya kedah tgh xde isu,aman, sambutan besday sultan sampailah tetibe ahmad bashah buat pc itu.
Habis knp mykmu nk buang ms canang 'formula' kalo xde apa pon yg bgoyang ttp disebabkn ahmad bashah yg bgoyang sendiri??
Karangan sampah mcm budak x cukup masa exam utk karangan

nmediapeekture said...

Ahmad Bashah x yah lah pulun2..hang x menang haih..dari bagi kt hang..kami sgup bg PAS .. x pecaya..tgu dan tgk

Anonymous said...

Terasa dan marah...kasian

Anonymous said...

kisah "singapura di langgar todak" dah kembali .yg pintar di bunuh sebab takut di ganti .akhirnya tinggal yg bahlul 2

Anonymous said...

Hahaha betoi3 rumah kata pi..kubuq kata mai..x lama dah.. cukup2lah pi bawak tobat sama..

Anonymous said...

Ah tu semo menjilat bontot jibby aje.

Dipecat Muhyidin Yassin n Shapie Apdal..apa kes?

Ni semo susulan kes Najib la bro