
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jamal-yunos-hadir-bertuala-di-suk-mahu-tumpang-mandi-di-pejabat-azmin-ali-126427
Seperti telah saya katakan berulang kali, apa yang perlu kita tangani sekarang adalah defisit keyakinan yang kronik. Untuk mengatasi defisit itu kita mesti tahu asal-usul permasalahannya.
Gejala rasuah yang berleluasa sehingga wang awam boleh dicuri untuk kegunaan persendirian oleh kakitangan awam atau kes kakitangan awam menyembunyikan jumlah wang yang begitu banyak sudah tidak lagi memeranjatkan kita. Seolah-olahnya gejala rasuah yang sistemik telah menyelubungi dan melumpuhkan negara sehingga kita terpaksa menerimanya bulat-bulat.
Dalam kes rasuah Jabatan Air Negeri Sabah misalnya, sudah hampir dua bulan berlalu sejak mereka yang disyaki, dilepaskan melalui ikat jamin. Ini memberi ruang kepada orang ramai untuk terus membuat spekulasi mengenai salah guna sistem pentadbiran.
Demikian juga dengan tuduhan rasuah di Kementerian Belia dan Sukan. Dan siapakah yang boleh menafikan kewujudan kes rasuah berbilion ringgit serta salah guna kuasa sedang berlaku di negara kita?
Pemimpin mesti menegakkan tingkah laku berintegriti tinggi, tidak mengkhianati kepercayaan yang diberikan kepada mereka dan tidak mengambil kesempatan atas kedudukan pangkat masing-masing. Mereka yang berkuasa mesti berwaspada dan beringat bahawa menyalahgunakan kuasa adalah satu sifat tidak bermaruah.
Di kala rakyat berasa kesempitan akibat peningkatan kadar gaji yang perlahan, peningkatan kos sara hidup akibat pelupusan subsidi dan nilai mata wang ringgit yang lemah, tidak semena-mena kita mendengar berita bahawa lebih setengah bilion ringgit akan diguna untuk mengubah suai taman di ibu kota.
Ini sangatlah tidak sensitif dan tidak masuk akal, lebih-lebih lagi apabila peruntukan untuk sektor penting seperti kesihatan dan pendidikan telah dipotong.
Wajarkah memotong peruntukan, tetapi kita menggunakan berjuta-juta duit rakyat untuk menaik taraf sebuah taman? Jika kerajaan betul-betul jujur mengambil berat taman-taman di ibu kota, maka taman seperti di Bukit Kiara sepatutnya sudah lama diwartakan.
Untuk belanjawan tahun hadapan sahaja, kita perlu meminjam sehingga 90 peratus bagi membiayai perbelanjaan pembangunan. Bagi setiap RM1 pendapatan yang kita sasarkan untuk dipungut, 98 sen daripadanya terpaksa digunakan untuk perbelanjaan operasi seperti pembayaran gaji, pembayaran faedah hutang dan pemberian subsidi. Sekali lagi diulangi, cara ini sememangnya tidak lestari.
Bahkan ada graduan lulusan kejuruteraan yang terpaksa menjual nasi lemak. Dan kerajaan kita nampaknya berbangga dengan ‘pencapaian’ ini!
Pada masa yang sama, perdana menteri tidak boleh memegang jawatan menteri kewangan.
Ini adalah contoh tadbir urus yang buruk.
“Pada tahun lepas, salah seorang kenalan kita menjemput saya (Mukhriz) untuk berjumpa dengan KJ secara SULIT di rumahnya, kira-kira jam 11.30 malam. Saya pergi sendiri ke rumah dia, berjumpa tiga orang sahaja dan ada saksi.
“Perjumpaan itu kononnya untuk menyatukan kami berdua kerana kami dilihat pemimpin-pemimpin muda dalam Umno yang walaupun nampak sebelum ini bertentangan, tapi dalam hal menyelamatkan Umno ketika itu dia ingat kami berdua mungkin boleh lakukan suatu menggerakkan ahli-ahli di peringkat akar umbi khususnya orang muda untuk MENOLAK KEPIMPINAN NAJIB.
"pengakuan daripada KJ itu dibuat dengan alasan TIDAK MEMPERCAYAI LANGSUNG ALASAN YANG DIBERIKAN PERDANA MENTERI mengenai isu 1MDB dan DERMA RM2.6 bilion.
“Dia kata kepada saya, alasan-alasan yang diberikan LANGSUNG TAK MASUK AKAL dan macam memperbodohkan rakyat. Kemudian mengenai RM2.6 bilion, dia kata pak Arab ini bukan semuanya kaya termasuklah putera-putera raja pun. Jadi pilihlah yang mana tak kaya, bagi RM10 atau RM20 juta, suruh dia mengaku kononnya dia bagi RM2.6 bilion kepada Najib, selesailah.
“Itu kata-kata KJ kepada saya dan dia yakin perkara itu berlaku. Bukan setakat itu sahaja, dinyatakan bahawa dia sudah bersedia untuk letak jawatan kerana sudah tak tahan membela seorang pemimpin yang dia tahu salah guna kuasa. Kami memang sependapat mengenai masalah yang dibawa ke dalam Umno oleh presiden sendiri.
"Maklumat yang saya terima akhirnya KJ memang sudah menyerahkan surat peletakan jawatan Menteri Belia dan Sukan kepada Najib dan mungkin melibatkan juga jawatan Ketua Pemuda Umno.
“Tetapi saya difahamkan Najib suruh (Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad) Zahid Hamidi pujuk KJ dengan apa-apa tawaran yang saya tak pasti, sehingga akhirnya KJ tarik balik surat peletakan jawatan itu.
“Ini membuktikan bahawa apa yang dia sebut dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) baru-baru ini kononnya dia sokong tak berbelah bahagi memang ayat Umno. Kononnya orang sangka dia itu jahat, tengok Mukhriz pun dah tinggal Umno. Hanya dia yang kekal, maka dia lah orang yang baik-baik kononnya."http://www.sinarharian.com.my/politik/kj-hantar-surat-letak-jawatan-1.597064
"Saya akan ambil ingatan bahawa Istana Negara adalah MILIK Najib dan Parti Barisan Nasional." - Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pembatalan jemputan Istiadat Melafaz dan menandatangani Sumpah Jawatan oleh Seri Paduka Baginda Sultan Muhammad V, Yang di-Pertuan Agong.Berikut kenyataan Tun Dr Mahathir:
"Bahkan saya lihat dimasa2 yang lepas Ketua Pembangkang pun ada tempat dalam acara2 resmi Kerajaan. MELUAT DAN JELAK SAYA MELIHAT APA YANG SEDANG BERLAKU.. CUKUP MEMALUKAN DI LIHAT OLIH DUNIA...SEBUAH NEGARA YANG DIHORMATI DUNIA TELAH TERSUNGKUR OLIH SALAH URUSTADBIR...DAN DI EJEK SERTA DI PANDANG RENDAH OLIH DUNIA. BERSAMA SAMA KITA BERDOA SUPAYA MALAYSIA TERSELAMAT DARI SESIAPA YANG MEMBAWA KEBURUKAN KAPADA KITA.. INI NEGARA KITA BERSAMA.." - Tan Sri Rafidah Aziz.
Kuala Lumpur |