"Saya akan ambil ingatan bahawa Istana Negara adalah MILIK Najib dan Parti Barisan Nasional." - Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pembatalan jemputan Istiadat Melafaz dan menandatangani Sumpah Jawatan oleh Seri Paduka Baginda Sultan Muhammad V, Yang di-Pertuan Agong.Berikut kenyataan Tun Dr Mahathir:
PEMBATALAN
8 Dec 2016
Pada 10 haribulan 11, 2016, saya menerima jemputan dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang menjunjung titah perintah Majlis Raja-Raja untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-244 (Khas) di Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari Selasa 13hb Disember 2016 bersamaan 13 Rabiulawal 1438H jam 11.00 pagi sempena Istiadat Melafaz dan menandatangani Sumpah Jawatan oleh Seri Paduka Baginda Sultan Muhammad V, Yang di-Pertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Saya jawab bahawa saya akan hadir kerana saya anggap acara ini sebagai acara nasional yang tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik.
Pada 6hb Disember, 2016 saya terima surat dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang menyebut:
“Dengan hormat saya menyusuli undangan yang dihantar kepada YABhg Tun dan memaklumkan bahawa undangan tersebut adalah dibatalkan.
Surat ini bermaksud untuk mengelak sebarang kesipuan (embarrassment) jika YABhg Tun hadir pada hari dan ketika tersebut kerana Pejabat ini tiada menyediakan kerusi kepada YABhg Tun.”
Rupa-rupanya acara negara adalah sebahagian dari politik parti.
Saya minta maaf kerana membuat anggapan yang salah. Saya akan ambil ingatan bahawa Istana Negara adalah milik Najib dan Parti Barisan Nasional.
Sekian.
Terima Kasih.
"Bahkan saya lihat dimasa2 yang lepas Ketua Pembangkang pun ada tempat dalam acara2 resmi Kerajaan. MELUAT DAN JELAK SAYA MELIHAT APA YANG SEDANG BERLAKU.. CUKUP MEMALUKAN DI LIHAT OLIH DUNIA...SEBUAH NEGARA YANG DIHORMATI DUNIA TELAH TERSUNGKUR OLIH SALAH URUSTADBIR...DAN DI EJEK SERTA DI PANDANG RENDAH OLIH DUNIA. BERSAMA SAMA KITA BERDOA SUPAYA MALAYSIA TERSELAMAT DARI SESIAPA YANG MEMBAWA KEBURUKAN KAPADA KITA.. INI NEGARA KITA BERSAMA.." - Tan Sri Rafidah Aziz.
Kenyataan penuh Rafidah:
JEMPUTAN DIBATALKAN ?
Saya membaca dengan rasa tidak percaya..tetapi malangnya ia berita yang betul..bahawa Jemputan kapada Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah , untuk menghadhiri Majlis Angkat Sumpah DYMM Yang Di Pertuan Agung Yang Baru telah di BATALKAN! KERANA TIDAK ADA KERUSI DI SEDIAKAN UNTUK MEREKA !
Bukankah mereka telah di Anugerahkan Darjah Tertinggi Nehara olih DYMM YDP AGONG?
DAN atas alasan itu sahaja berhak dijemput.
Tiada sesiapa yang bolig menyoal dan
menidakkan pendirian politik mereka..atau sesiapa jua !
MENGAPA jadi Bagini??
ADAKAH kehadhiran mereka dianggapkan olih pihak2 tertentu.,akan mencemarkan majlis?
WALHAL hehadhiran SESIAPA yang berpalit dan bersalut skandal , Rasuah, salah urus tadbir, dsb adalah sebenarnya membawa " kesipuan/embarassment kapada APA JUA MAJLIS..TIDAKKAH BAGITU ?
Tidakkah ini menunjukkan kecetekan kematangan ..dan kehilangan kesopanan .dan tiada tamaddun?
Dan tidak tahu menghargai Jasa seorang yang telah , semasa beliau menerajui Kerajaan..telah mengharumkan nama Malaysia dan Rakyatnya.
MENGAPA harus ada unsur2 dendam PERIBADI dalam urusan2 resmi saperti ini? Bahkan saya lihat dimasa2 yang lepas Ketua Pembangkang pun ada tempat dalam acara2 resmi Kerajaan.
JANGANLAH jatuh ke kancah dendam dan benci membenci..
JANGANLAH SEGALA2NYA di politikkan
Pemimpin harus lebih matang ...dan berdiri mengatasi perkara2 yang menunjukkan fikiran cetek.
Saya sentiasa berdoa akan Penyeselesaian olih ALLAH YAMG MAHA BERKUASA ATAS SEGALA2NYA.
YANG BETUL TETAP BETUL
DAN YANG SALAH TETAP SALAH...DAN MAANUSIA SEBENARNYA TIADA UPAYA UNTUK MENENTANG KUASA ALLAH.
MELUAT DAN JELAK SAYA MELIHAT APA YANG SEDANG BERLAKU..
CUKUP MEMALUKAN DI LIHAT OLIH DUNIA...SEBUAH NEGARA YANG DIHORMATI DUNIA TELAH TERSUNGKUR OLIH SALAH URUSTADBIR...DAN DI EJEK SERTA DI PANDANG RENDAH OLIH DUNIA
BERSAMA SAMA KITA BERDOA SUPAYA MALAYSIA TERSELAMAT DARI SESIAPA YANG MEMBAWA KEBURUKAN KAPADA KITA..
INI NEGARA KITA BERSAMA..
22 comments:
mahathir ni siapa.kenapa perlu dijemput dalam upacara tersebut
Kasihannnnyaaaaaa....
Macam kemaruk bebenor dua ekor tuuu...
Siap buruk sangka lagi.
Jemputan tetamu tertentu bukan satu perkara wajib dalam perlembagaan dan ianya adalah atas budi bicara.
Hormat, setia....semua dah mula hilang. Meluat yang meluap2 adalah.
Yang bawa keburukkan adalah Lanun Bugis dan Anjing2 nya!!!
Seorang menteri yang bijak dan disegani diera Tun.Seorang menteri yang mengenang budi.Beliau bukan tidak pernah ada masalah dengan Tun....tetapi sanggup melupakannya demi rasa hormat dan terhutang budi beliau kepada Tun.Tidak seperti Najib sanggup menghina dan megzalimi Tun dengan seterok2nya setelah diangkat menjadi PM dengan usaha Tun sendiri.Manusia jenis apakah ini??....semuga ALLAH membalasannya perbuatan Najib yang amat keji ini dengan seberapa segera.Harapan pada Tun semuga sentiasa istiqomah dalam perjuangan dan percayalah doa restu dari kami rakyat yang tidak pernah melupai segala jasa2 Tun tetap akan bersama Tun.InshaaALLAH.
Hipokrit si Rafidah ni...
terbuktilah melayu suka penyamun
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakanku bisa hidup lebih lama
Namun hatusku tinggalkan cinta
Ketikaku bersujud...
alahai fidah ni...ko ingat org lupa ke yg ko penah bantai tun masa zaman dolah tu..masa tun buat kritik terhadap pentadbiran dolah ko lah yg paling kuat nyalak tun..
alahai fidah ni...ko ingat org lupa ke yg ko penah bantai tun masa zaman dolah tu..masa tun buat kritik terhadap pentadbiran dolah ko lah yg paling kuat nyalak tun..
Istana negara milik Si Najib. Malah dengan isi isinya juga. Terbukti mereka2 ini boleh dinajibkan.
Apa nak jadi dengan malaysia ni...
Sampai bilala..nak jadi begini..
A.Amin 5.10 AM....kau ni biol ke apa....semua orang tahula yang jempuan kemajlis Raja2 tu tidak ada dalam perlembagaan hanya atas budi bicara sahaja.....tetapi yang jadi isunya mengapa dijemput dan kemudian dibatalkan dengan alasan yang tongong??...sedangkan majlis itu majlis Raja2!!....apo kou baru keluar gua ko??...
Apakah sejarah buruk akan berulang? Dalam catitan sejarah, Kerajaan Melayu Melaka jatuh tumbang & dijajah oleh bangsa Feringgi apabila pemimpin berwibawa bernama Tun Mutahir dihukum bunuh oleh Sultan Mahmud dek hasutan, pengkhianatan & tamak haloba oleh pembesar2 istana, terutama Raja Mendaliar, Pateh Karma Wijaya & si Kitol.
Melayu mudah lupa.....!!!!
Sebenarnya Najib & kuncu2nya memang pengecut tak berani bersemuka dgn Tun Mahathir. Itulah penyebab hakiki puak mereka menghasut supaya mereka dapat mengelak atau melarikan diri dari bersemuka dgn Tun Mahathir. Jelas sekali Najib dan puak2nya hanya berani cakap besar di belakang atau ketiadaan Tun Mahathir. Contohnya, mereka semua lari lintang pukang tak sanggup berhdpan dgn Tun Mahathir di sesi 'Nothing To Hide' & sesi press conference di Dewan Rakyat baru2 ini berhubung salah guna kuasa Speaker Dewan, Pandikar Amin.
Selain itu, Najib & puak2nya jealous & khuatir mereka tak dapat perhatian di majlis itu nanti kerana VVIP & Wartawan2 pasti lebih berminat & mengerumuni Tun Mahathir yang lebih menonjol & dihormati ketokohannya.
Alasan tarik balik jemputan sebab tak ada kerusi adalah sama taraf dungunya dgn alasan AG Pandi Ali konon Najib tak bersalah kerana dia tak tahu menahu kenapa duit SRC terkelepet dalam akaun banknya...juga duit 1mdb berbilyon-bilyon tersesat ke akaun banknya konon duit derma dari Arab dogol tanpa resit. Semua alasan2 itu adalah layak bagai alas-alasan kaki atau alas sepatu menampakkan betapa rendahnya martabat mereka ikut telunjuk & diperbodohkan oleh sang penyamun.

Apakah tindakan penyimpan Mohor Raja2 itu petanda sejarah buruk akan berulang? Dalam catitan sejarah, Kerajaan Melayu Melaka jatuh tumbang & dijajah oleh bangsa Feringgi apabila pemimpin berwibawa bernama Tun Mutahir dihukum bunuh oleh Sultan Mahmud dek hasutan, pengkhianatan & tamak haloba oleh pembesar2 istana, terutama Raja Mendaliar, Pateh Karma Wijaya & si Kitol. Sesal kemudian tidak berguna.
Memang benar kata Tun Mahathir, 'Melayu mudah lupa'.....!!!!'
Benar, kalau tidak kerana usaha Tun M, Najib tidak akan berada di kedudukan sekarang.

Bravo DS Najib, we are behind you.
Post a Comment