SUDAH masuk 4 hari Khairy Jamaluddin mendiamkan diri.
Kita masih menanti jawapan beliau kepada dakwaan Mukhriz Mahathir mengenai beliau.
Jika Ketua Pemuda Umno Malaysia ini lupa apa yang didakwa Mukhriz, kita tolong ingatkan.
Berikut kenyataan yang dibuat Mukhriz:
“Pada tahun lepas, salah seorang kenalan kita menjemput saya (Mukhriz) untuk berjumpa dengan KJ secara SULIT di rumahnya, kira-kira jam 11.30 malam. Saya pergi sendiri ke rumah dia, berjumpa tiga orang sahaja dan ada saksi.
“Perjumpaan itu kononnya untuk menyatukan kami berdua kerana kami dilihat pemimpin-pemimpin muda dalam Umno yang walaupun nampak sebelum ini bertentangan, tapi dalam hal menyelamatkan Umno ketika itu dia ingat kami berdua mungkin boleh lakukan suatu menggerakkan ahli-ahli di peringkat akar umbi khususnya orang muda untuk MENOLAK KEPIMPINAN NAJIB.
"pengakuan daripada KJ itu dibuat dengan alasan TIDAK MEMPERCAYAI LANGSUNG ALASAN YANG DIBERIKAN PERDANA MENTERI mengenai isu 1MDB dan DERMA RM2.6 bilion.
“Dia kata kepada saya, alasan-alasan yang diberikan LANGSUNG TAK MASUK AKAL dan macam memperbodohkan rakyat. Kemudian mengenai RM2.6 bilion, dia kata pak Arab ini bukan semuanya kaya termasuklah putera-putera raja pun. Jadi pilihlah yang mana tak kaya, bagi RM10 atau RM20 juta, suruh dia mengaku kononnya dia bagi RM2.6 bilion kepada Najib, selesailah.
“Itu kata-kata KJ kepada saya dan dia yakin perkara itu berlaku. Bukan setakat itu sahaja, dinyatakan bahawa dia sudah bersedia untuk letak jawatan kerana sudah tak tahan membela seorang pemimpin yang dia tahu salah guna kuasa. Kami memang sependapat mengenai masalah yang dibawa ke dalam Umno oleh presiden sendiri.
"Maklumat yang saya terima akhirnya KJ memang sudah menyerahkan surat peletakan jawatan Menteri Belia dan Sukan kepada Najib dan mungkin melibatkan juga jawatan Ketua Pemuda Umno.
“Tetapi saya difahamkan Najib suruh (Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad) Zahid Hamidi pujuk KJ dengan apa-apa tawaran yang saya tak pasti, sehingga akhirnya KJ tarik balik surat peletakan jawatan itu.
“Ini membuktikan bahawa apa yang dia sebut dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) baru-baru ini kononnya dia sokong tak berbelah bahagi memang ayat Umno. Kononnya orang sangka dia itu jahat, tengok Mukhriz pun dah tinggal Umno. Hanya dia yang kekal, maka dia lah orang yang baik-baik kononnya."http://www.sinarharian.com.my/politik/kj-hantar-surat-letak-jawatan-1.597064
Bila agaknya Khairy nak jawab tuduhan ini?
Khairy adalah Ketua Pemuda.
Ketua Pemuda Umno sebelum ini berani-berani belaka. Jangan pula Khairy jadi Ketua Pemuda TAKUT untuk tampil bersuara.
Tak perlu menyuruh budak hingusan dari Kedah yang bergelar Dato' pada cawan kopi Starbucks untuk menjawab bagi pihak beliau.
Kita mahu dengar dari MULUT Khairy sendiri. Betul atau tidak Khairy TIDAK PERCAYA kepada alasan Najib mengenai DERMA RM2.6 bilion?
Betul atau tidak Khairy berkata alasan Najib seperti memperBODOHkan rakyat?
Betul atau tidak Khairy berkata pilih ARAB mana-mana dan bagi RM10 JUTA atau RM20 JUTA untuk mengaku sebagai penderma kepada Najib?
Betul atau tidak beliau meletakkan jawatan?
Kes ini tak selesai selagi Khairy tidak tampil ke depan menjelaskan dakwaan Mukhriz ini.
Kita hendak tengok NILAI DIRI Khairy. Samada beliau bercakap benar atau mahu turut berDUSTA.
Kita sabar menanti.
TAMPIL LAH KJ!
13 comments:
KJ kecut telor. Najib pegang telor dia. Kes 100juta KBS
Nak tengok kerua pemuda ni jantan ka betina.
Berdiri atas kebenaran lebih baik dari menjadi baik dari menjadi ngokngok prliharaan boboi bakal pm
Nak tengok kerua pemuda ni jantan ka betina.
Berdiri atas kebenaran lebih baik dari menjadi baik dari menjadi ngokngok prliharaan boboi bakal pm
bukti dan saksi...sila tunjukkan ye....
mungkin saja nak perangkap mukhriz....tu yang kena pecat dari umno...ye tak?...:)
Jawapan tunggu dalam pau akan datang. Tuduhan dibuat dalam pau, maka jawapan dalam pau kerana dalam pau semua wakil yg hadir dah dibekukan otak.
ngokngok UMNgOk butoh Lu!!
kj ni pelakon terhandal
masa jadi ketua pemuda - ramai yang menjerit dia rasuah
menteri sukan pun banyak skandal
dah tu nak gertak najib pulak
tak mustahil kalau rosmah dah sound kat dia
KJ tak mengaku pun tak pa sebab dah wala' pada najib
Anon 736
tak payah tunggu pau lah. KJ jawab sekarang. betul atau tidak. senang pewakilan nak undi masa pemilihan dulu. kita nak tengok dia ckp betul @ menipu mcm presiden dia
KJ duk tunggu - harap2 org lupa apa yg mukhriz ckp tu.
KJ duk doa org melayu lupa.. kan ada pepatah melayu mudah lupa.
Apakah negara akan ada seorang lagi bakal PM kaki kencing?
hari2 org umno kasi ank bini mkn hasil rompak, sbb itu buta perut, masuk universiti pakai quota sbb spm 3A je, masuk kerja pakai cable, ambil degree pakai kursus sbb spm dpt 3 je.
MANA BOBOI PAK LAH NI?
BILA NAK JAWAB
Post a Comment