Friday, December 4, 2015

MUSA HITAM GESA AHLI UMNO TERMASUK NAJIB BALIK KE PANGKAL JALAN

Image result for musa+hitam+najib

PERUTUSAN TUN MUSA HITAM KEPADA NAJIB RAZAK SEBELUM PERHIMPUNAN AGUNG MINGGU DEPAN.

1. Umno bukan parti “DIKTATORr” yang menyekat perbezaan pendapat, isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), wang derma RM2.6 bilion dan kemelut dalam parti perlu dibahas dalam perhimpunan agung akan datang, kata Tun Musa Hitam.

2. "Tolonglah, sebuah parti yang demokratik akan sentiasa ada perbezaan pandangan dan pendapat, jika tiada itu (parti) diktator. Saya kata buat ini, baik tuan. Saya kata itu, baik tuan."

3. "Dalam mesyuarat agung kali ini, mereka kata isu 1MDB tidak penting, isu pecat Muhyiddin tak penting, isu perbalahan Dr Mahathir tidak penting, mungkin mereka ini hidup dalam dunia mereka sendiri. Kita melarikan diri, ini bukan lambang sebuah parti berkuasa."

4. Sesuatu yang pelik apabila pemimpin nombor 2 Umno tidak dibenarkan merasmikan mesyuarat sayap dan menambah beliau tidak berdepan sekatan sedemikian walaupun bertegang urat dengan Dr Mahathir sewaktu menjadi timbalan presiden parti Melayu itu. Ia tidak pernah didengar. Walaupun terdapat pertarungan antara dua orang utama, saya rasmikan majlis itu. Dan semasa perhimpunan agung, saya duduk sebagai timbalan presiden tanpa sesiapa membantah atau cuba menghalau saya keluar."

5. "Bagi saya, ini peluang terakhir untuk Umno buktikan diri sendiri, khususnya dalam konteks pada 2018, kita akan berdepan pilihan raya umum. Apa yang saya ingin gesa kepada ahli Umno sangat mudah, kembali ke pangkal jalan. Bermakna, kita perlu melalui proses modenisasi."

Baca artikel penuh di sini: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/umno-diktator-jika-sekat-perbezaan-pendapat-kata-musa-hitam

7 comments:

Anonymous said...



najib bukan berani. penakut. takut kena jel

Anonymous said...

Sudah lah najib.....berani buat berani tanggung. Awak pemimpin yang gagal. Tidak perlu menjadi bijak pandai untuk menyakinkan diri menerima yang awak telah gagal dan kegagalan ini juga membabitkan negara dan rakyat.

Anonymous said...

PERRRGGGGHHHHH PEDAS GILER AYAT TS MUSA HITAM... TAPI DEME NK KISAH KE ?????

Anak Bukit Jelutung said...

Salam hormat untuk Tun Musa.

Tepat sekali.
Gesaan Tun harus dipertimbangkan demi kelangsungan "survival" Bangsa Melayu.

"Tidak akan hilang bisa ular menyusur akar"

"Beralahlah"
Berubahlah.
Dan "baliklah kepangkal jalan"

Kita amat khuatir dengan "perkembangan" di akar umbi, kini.
Kita tidak boleh menafikan bahawa sindrom "benci terhdap UMNO" nampaknya mula
bergerak, walaupun perlahan-lahan, namun sekiranya keadaan tidak diperbetulkan dengan segera, ditakuti akan "membahayakan UMNO" tempat berpautnya Bangsa Melayu.

HIDUP MELAYU.

Anonymous said...

Betul Tun Musa!.

Quantum Metal Consultant said...

Najib tak sesat? Kenapa perlu balik ke pangkal jalan?

Anonymous said...

Nahib x sesat cuma dah masuk lubang....lubang kubur.biarkan umno berkubur dia bukan parti keramat...tapi parti lahanat