Monday, December 14, 2015

NAJIB A GENTLEMAN?



DARI Arau, Perlis, hingga ke Lahad Datu, Sabah.

Ratusan ahli Umno turun ke PWTC minggu lepas dan apa yang mereka dengar dari Presiden Umno hanyalah kata-kata menggambarkan betapa GAHnya beliau.

"I am a gentleman." "Biarpun ada yang berpaling tadah, biar berkali-kali kita ditolak supaya rebah, there shall be no retreat, no surrender, no retreat!!! no surrender!!!.

GAH bunyinya Presiden Umno Najib Razak.

I am a gentleman? 

Betul ke?

Hendak menyebut nama Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut hadir pun Najib takut.

Takut Tun Dr Mahathir diberikan tepukan gemuruh.

Hendak sebut nama Tan Sri Muhyiddin Yassin pun takut, takut Muhyiddin diberikan tepukan gemuruh.

Hendak membenarkan tradisi Umno diteruskan di mana Timbalan Presiden Umno merasmikan mesyuarat sayap dan mengulung perbahasan pun Najib takut, takut untuk mendengar kritikan Muhyiddin dan takut Muhyiddin mendapat tepukan lebih gemuruh dari beliau.

Hendak menyiarkan perbahasan secara langsung kepada ahli yang datang dari Arau hingga ke Lahad Datu pun Najib takut, takut ahli-ahli Umno bertambah muak dan benci pada beliau.

Maka Perhimpunan Agung 2015 tidak lebih hanya satu teater untuk Najib di hadapan 2,762 perwakilan dari 191 Bahagian.

Kita menunggu penjelasan beliau mengenai RM2.6 bilion derma yang dimasukkan ke dalam akaun beliau. Tetapi hanya satu perenggan sahaja di dalam ucapan beliau.

Kita ke PWTC mahu mendengar dari mulutnya sendiri (bukan Zahid Hamidi) siapa pendermanya, malangnya ahli-ahli menunggu umpama buah yang tidak gugur.

Nada Najib semasa perasmian dan penutup keras.

Tetapi nada yang keras tidak bermaksud semua isu mengenai beliau telah lenyap.

Kita masih menunggu dari Mr Gentleman akan wajah penderma RM2.6 bilion yang pemurah itu.

4 comments:

Unknown said...

Nada memang keras....tapi yg dibawah lembek...telur pun kecut.gebang saja lebih

Anonymous said...

Bukan saja nak tunggu kucing bertanduk,malah anak kambing yang cukup umor keluar tanduk pun belum tentu dapat jawapan yang dipinta.Bagitulah seorang gentelman beraksi.

Anonymous said...

"Gentleman"? Pengecut","penipu","pembuli","perosak","diktator" adalah gelaran-gelaran yang lebih tepat untuk Najib. Singkirkanlah Najib sebab kerana Najiblah, kami sudah membenci UMNO.

Anonymous said...

Naaahhhhh ... he is a hypocrite of gigantic proportions.

Once the evidence piles up, he will be residing besides anwar peliwat.