Thursday, July 9, 2015

NAJIB: SUDAH TIBA MASANYA KITA MENUKAR NAKHODA



LUAHAN ini datangnya dari hati seorang gadis MELAYU - mewakili generasi muda.

JELAPANG berharap di dalam kekalutan Najib Razak menepis segala tuduhan terhadap beliau, Perdana Menteri dapat mengambil masa 7 minit untuk menghayati video ini. 

Inilah masalah orang muda dan apa yang dikatakan oleh ZAHRA adalah REALITI kehidupan generasi muda yang kini "kelam dan kelabu".

Dan inilah masalahnya bila NAKHODA negara, Najib Razak, tidak mahu mengambil kisah masalah rakyat.

Yang penting kepada Najib hanya mempertahankan jawatan beliau dan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri dan menikmati keistimewaan yang datang bersama jawatan beliau. Yang penting kepada beliau ialah memenuhi aspirasi beliau yang mahukan  status negara berpendapatan tinggi.

Beliau tidak MEMPERDULIKAN apakah nasib graduan, apakah rakyat miskin cukup makan mereka. 

Beliau tidak mahu mengambil tahu betapa peritnya rakyat bangun pagi untuk mencari sesuap nasi.

Sesiapa yang di atas nakhoda bahtera negara yang tidak mampu mengejar impian mereka, ditolaknya ke laut.

6 TAHUN menjadi nakhoda, apa yang dibuatnya? Kejar hendak jadi negara berpendapatan tinggi?

Najib tinggalkan rakyat miskin. Mereka dihimpit dan ditekan.

Rakyat berkata tolonglah, kami TIDAK MAMPU dikenakan GST, Najib paksa mereka membayar cukai GST.

Rakyat MERAYU, tolonglah jangan NAIKKAN TOL, Najib paksa tol dinaikkan.

Rakyat menyembah, tolong jangan naikkan harga MINYAK, Najib tidak peduli, harga petrol dinaikkan.

Nak lepas tangan, Najib bagi BR1M.

Pada Najib, bagi BR1M, lepaslah tanggungjawab beliau. Cukup makan ke tidak, graduan ada kerja ke tidak, itu bukan masalah beliau lagi. BR1M sudah ada.

Hari ini, di dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris, seorang ibu terpaksa mengeluarkan simpanan KWSPnya semata-mata mahu membayar hutang PTPTN beliau.

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/07/09/Housewife-glad-she-settled-PTPTN-loan-with-EPF-savings/

Itulah nasib rakyat di negara sendiri.

Rakyat asing yang sedang mengaut hasil negara masih tidak mencukupi, Najib mahu membawa masuk 1.5 juta lagi rakyat Bangladesh untuk bekerja di negara ini.

Suatu hari, akan tiba masa nya, mereka yang TERPINGGIR akan berkata: "sudah sampai masanya kita menukar nakhoda."

Dato' Sri Najib, masanya sudah HAMPIR tiba.

12 comments:

Anonymous said...

Najib harus berundur dan elok lah khalifah Lim Guan Eng ambik alih .

Anonymous said...



najib jadi pm utk enjoy anak bini dia.

naik jet, beli beg tangan, cuti sana sini.

itu saja. bukan ada niat nak jaga kerajaan pun

Anonymous said...



Anon 2.50

jangan marah dia. otak dia kat kepala lutut.

Gabenor johor said...

Hebat ank melayu ni baca skrip/teks yg disediakan..join aje DAP mcm Rara atau join LGBT

Unknown said...

Eh bodoh la gabenor johor ni...buta ke apa??? Cuba tgk pru 13 bila Ah jib jadi kelapa? BN makin bagus ke makin teruk??? Ingat bila Ah jib jadi kepala sampai pru 14 ni BN boleh menang ka??? Jangan mimpi la

profit said...

Setakat jadi penghibur majlis dan memuaskan citarasapenganjur jer,bukan nya mereka nak dengar pun.

Ali said...

Jgn bagi lge, bagi bapa dia dulu jd PM. Baru org Melayu tutup mulut mcm melayu singapura dan pp.

Anonymous said...

Padanlah umno rosak. Ramai yg dlm umno tak pakai otak mcm yg komen2 kat ssini. Kita bukan nak guan eng jadi pm bodoh. Kita nak najib penyamun letak jawatan ganti dgn muhyiddin yassin. Penyamun mcm kau org memang lah sokong penyamun. Najib samun 2.6 b. Ko org dpt 260 ringgit nak rasa bsyukur tadah tangan sampai galir air mata. Bangang

Anonymous said...

Bila bangsat2 komen macam ni lah..jgn mimpi pembangkang nak menang..cara pembangkang nak menang Ialah dgn bersubahat dengan yahudi nak jatuh kan pemimpin sbn mereka tak kan menang pru 14 sebab itu guna cara kotor jijik..reka fitnah 2 yang karut..ramai sgt agen2 yahudi di malaysia ni..

Anonymous said...

Ko nampak ke najib pegang 2.6 billion bahalul, bila masa pulak ko mewakili semua manusia kat Malaysia ni nak najib letak jawatan , rezeki kan Allah bagi, kenapa najib pulak nak disalahkan.

Anonymous said...

Geng mamak mau mamak berkuasa..time tu melayu seronok dgn mahligai2 air mata dgn bailout2 besar2 demi kroni mamak..xpe.. mamak bijak main dn tutup..bugis lurus bendul xpandai lawan fitnah dn game jahat mamak.

Jadi angka2 billion tnpa satu pun bukti sah dimainkan hari2 demi memomokkn melayu bodoh spy sembah ajaran mamak.. sudsh berapa nakhoda lg mau dikorbankn demi nafsu mamak madey laknatullah ni?

Semuan5a bijak disusun atur spy mnmpkkn musuh mamak ini benar menyeleweng, pdahal keluarga mamaklah yg kaya raya sehingga anknya yg xreti bisnes pun blh jd billionaire jg...

So.. rakyat kbykkn tk kisaj tp geng mamak gelisah.. altunya..deepak..imdb..42billion.. forex..fgv..bursa saham..mcm2 lg akn kkuar..tp ingt Tuhan Maha Kuasa bkn mamak punya regim...

Anonymous said...

Tak reti business, belajarlah dari 1MDB.