Friday, May 8, 2015

KETUA PEMUDA UMNO JOHOR TEGUR NAJIB



KENYATAAN MEDIA KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO JOHOR
Pergerakan Pemuda UMNO Johor terpanggil apabila kami dihujani keluhan dan keresahan akar umbi akibat pelbagai isu yang muncul akhir-akhir ini. UMNO sebagai sebuah parti perjuangan orang Melayu dan kami sebagai sayap muda dalam parti sentiasa dahagakan penjelasan perlu bersuara agar UMNO akan terus kekal relevan. Isu tekanan kos sara hidup akibat kegagalan pengurusan kawalan harga barang, polemik isu pengurusan 1MDB, isu GST yang umumnya bersetuju tentang kebaikannya tetapi perlaksanaan yang tidak tersusun, isu Felda termasuk perumahan generasi kedua serta isu pembelian aset Tabung Haji perlu ditangani agar tidak terus menjadi persoalan yang tiada noktahnya. Keadaan ini tidak seharusnya berterusan kerana rakyat secara umum akan terkesan.

Pendirian Pergerakan Pemuda UMNO Johor jelas bahawa YAB Presiden perlu bertindak segera bagi memperjelaskan dan menyelesaikan perkara-perkara ini kepada rakyat. Jika perlu distruktur semula apa pun organisasi yang menjadi tumpuan ketika ini, jika perlu disegerakan apa pun penyiasatan atau proses audit, YAB Presiden perlu bertindak sekarang.

Kita tidak mahu UMNO ditolak rakyat hanya atas sebab tindakan dan keputusan sesetengah pemimpin yang tidak dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik. Ini melibatkan soal integriti kepimpinan, kepercayaan dan sokongan rakyat kepada UMNO dan kerajaan hari ini. Sebagai seorang pemimpin yang telah diamanahkan oleh rakyat, amanah ini harus dipertanggungjawabkan sebaik mungkin. Tiada makna jika segala dasar baik dan nikmat pembangunan ekonomi yang selama ini UMNO juarai tidak dapat dirasai oleh rakyat sebaliknya menjadi punca liabiliti dan polemik kepada pentadbiran negara.

Pergerakan Pemuda UMNO Johor bersuara atas dasar kebertanggungjawaban dan amanah yang diberi oleh masyarakat kepada kami sebagai pemimpin anak muda, maka kami, Pergerakan Pemuda UMNO Johor amat berharap agar suatu penyelesaian yang konkrit dapat dilaksanakan dengan kadar segera. Kami percaya sebagai bapa, YAB Presiden tidak akan terus menerus membiarkan semua ini berterusan dan bertindak sebaiknya untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO dan kerajaan Barisan Nasional.

Hahasrin Hashim
8 Mei 2015

4 comments:

Anonymous said...

najib pm aling teruk dlm sejarah umno.

aku minta dia letak jawatan sekarang juga.

memalukan kami org umno di bawah.

Anonymous said...

Ayuh Mahathir teruskan hentam Najib agar beliau letak jawatan secepat mungkin.

Waj jimin said...

SUDAH PASTI KALAU TIADA JAWABAN YANG MUNASABAH, RAKYAT AKAT TOLAK PRESIDEN DAN UMNO.
SOALA I MDB DIJAWAB DGN ALASAN YANG TIDAK TEPAT.
WALHAL INI MELIBATKAN DANA YANG TERLALU BANYAK.
JAWAB STRAIGHT TO THE POINT.... ITU SAHAJA.
SUSAHKAH ?
ATAU PERGI BELAJAR SIFIR LAGI DI DARJAH SATU ?
JAWAB DENGAN TEPAT HABIS CERITA... ITU yang RAKYAT NAK DENGAR ..... KAN ?

Anonymous said...

Syabas KETUA PEMUDA UMNO JOHOR!!

Anak muda yg berani kerana amanah harus menjadi suara pembela rakyat

Jangan asyik harapkan Tun Dr M yg sepatutnya berehat setelah berbakti selama 22 tahun

Ada masaalah aje jumpa TDM.

Kami berharap pemuda lain akan tampil dgn berani kerana benar. KJ pun tak boleh harap banduan politik wang.