Tuesday, March 31, 2015
NUR JAZLAN: TANGKAP EDITOR MSIAN INSIDER SATU KESILAPAN
"Mereka tidak sepatutnya ditahan bawah Akta Hasutan. Jika ada kesalahan, ada peruntukan undang-undang lain boleh digunakan. Tindakan ini, saya rasa satu kesilapan (dalam laporan). Ia tidak sepatutnya (disiasat) bawah Akta Hasutan. Laporan portal itu kes salah lapor dengan tiada niat menghasut." - Ketua Umno Bahagian Pulai Nur Jazlan Mohamed.
http://www.malaysiakini.com/news/293752
http://www.malaysiakini.com/news/293808
Bravo Nur Jazlan!
Sunday, March 29, 2015
Tuesday, March 24, 2015
SURAT LAYANG KEPADA KETUA CAWANGAN MENGHENTAM NAJIB
SUDAH lama kita tidak mendengar cerita SURAT LAYANG.
Ketika Tengku Razaleigh Hamzah melawan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tahun 80an, budaya surat layang amat meluas. Begitu juga ketika Anwar Ibrahim melawan Allahyarham Tun Ghafar Baba untuk jawatan Timbalan Presiden Umno, surat layang bertebaran di bahagian-bahagian dan cawangan Umno.
Rupa-rupanya di era whatsapp dan Twitter ini, BUDAYA SURAT LAYANG masih segar dan bugar.
Ketua-ketua cawangan dan AJK cawangan Umno seluruh negara seminggu dua ini menerima sepucuk surat layang yang sudah pasti membuat Najib Razak GUSAR.
Surat tersebut mendesak Najib MELETAKKAN JAWATAN dan mahukan akar umbi menyelamatkan Umno dan BN dari KALAH di dalam PRU akan datang.
Berikut antara kandungan surat layang tersebut:
http://ketuapeneranganumno.blogspot.com/2015/03/penulis-surat-layang-sila-tampil-ke.html
http://tekookopi.blogspot.com/2015/03/surat-layang-jatuhkan-najib-tersebar.html
Kandungan surat ini sudah pasti merunsingkan Najib.
Pemimpin no 1 liabiliti paling besar?
Kalau sebelum ini Najib perlu mengadakan satu perhimpunan untuk meminta Ketua-Ketua Bahagian dan Menteri-Menteri untuk memegang "placard" untuk memberi gambaran beliau masih disokong, alangkah baiknya jika dapat dihimpunkan 21,245 Ketua Cawangan untuk turut memegang "placard" tanda solidariti kepada Presiden Umno itu.
Monday, March 23, 2015
DR MAHATHIR TOLAK HUDUD. APA PENDIRIAN NAJIB?
RAMAI yang sedang menanti apakah PENDIRIAN Umno Pusat dan Perdana Menteri Najib Razak berikutan sokongan Umno Kelantan kepada Hudud yang dibawa oleh Kerajaan Pas di Kelantan.
Sementara kita menunggu kenyataan dari Najib, marilah kita renungi kandungan surat yang diutuskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat pada 1994. (disiarkan semula oleh Malaysian Insider).
Surat penolakan hukum hudud kepada Nik Aziz (1994) – Dr Mahathir Mohamad
Kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang ditunjukkan baginda Rasulullah. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidin dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum jenayah.
Jalan yang diambil kerajaan pusat ini juga berpandukan kepada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kepada kepentingan ramai (muslihat umum)”.
Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak meyakinkan pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah dan para sahabat.
Sepertimana Yang Amat Berhormat (YAB) sendiri sedia ketahui, keadilan adalah asas paling utama ditekankan agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai keadilan sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan dalam ajaran lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya pada zaman itu.
Tidak perlu bagi saya menyatakan di sini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat mencela sebarang jenis kezaliman. Di samping itu Al-Quran juga sentiasa menggesa dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemar mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan saja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan saja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kepada keterangan berikut:
(i) Dakwaan undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam saja dan tidak diguna pakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar pada zaman Nabi Muhammad, orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbeza dengan hukum Al-Quran. Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Sehubung itu tidak ada perbezaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi pada zaman Nabi Muhammad. Tetapi terdapat perbezaan yang amat ketara antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan kerajaan PAS di Kelantan.
Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya bertentangan dengan agama Islam.
(ii) Masalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kepada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini bukti dia berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat 4 saksi (yang terdiri daripada orang yang baik, tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan melihat dengan terang dan jelas yang dituduh merogol wanita berkenaan.
Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia di waktu mana orang Serbia merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di depan saksi yang terdiri daripada orang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah Serbia bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi di sebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.
Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan ia adalah satu kezaliman yang dahsyat.
Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kepada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman. Kerajaan pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran dan amalan Islam daripada semua aspek tanpa diheret kehendak organisasi politik yang mempunyai kepentingan lain daripada Islam dan kepentingannya .
Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur ketidakadilan dikuatkuasakan di negara ini, dan jika ia dikatakan itulah hukum hudud Islam maka umat Islam dan juga ahli masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk umatnya. Ia juga memberi gambaran buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang Islam di kalangan penganut agama lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.
Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai Islam tidak dapat membenarkan kerajaan PAS menjalankan sesuatu yang bercanggah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka kerajaan pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan umatnya.
* Surat bertarikh 8 Jun, 1994 ini diutus Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri pada masa itu kepada allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menteri besar Kelantan.
http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/surat-penolakan-hukum-hudud-kepada-nik-aziz-1994-dr-mahathir-mohamad
Wednesday, March 18, 2015
KETUA BAHAGIAN UMNO TIDAK ADA NILAI JADI TUKANG SORAK?
Di dalam posting Jelapang semalam, terdapat satu komen yang sinis dan mencuit hati. Komen tersebut ialah:
Salam
PM jangan peduli apa veteran Umno ni cakap. selagi 154 ketua bahagian sokong you, you buatlah apa saja. nak beli kapalterbang ke. nak simpan duit kat cayman island ke. nak bagi pinjaman kat jho low ke. nak bagi petrosaudi pinjam ke... buat saja ketua bhg 154 org ada sokong you. you jgn peduli rakyat 30 juta ni. di msia you hanya perlu jaga ketua bhg saja. tu pun tak perlu semua. 154 dah cukup.
selamat bertugas DS Najib
March 17, 2015 at 8:15 PM
Pandangan Jelapang
Tidak perlulah sesiapa hendak GAH dengan kehadiran 154 Ketua Bahagian Umno yang hadir memberi sokongan kepada Najib Razak mengenai isu 1MDB pada 8 Mac yang lalu.
Daripada 154 Ketua Bahagian ini, berapa ramai yang ADA NILAI?
Ada di kalangan Ketua Bahagian ini TIDAK PERNAH MENYUMBANG sebarang KERUSI pun kepada BN.
Jadi ada di antara mereka cuba untuk memperlihatkan kononnya mereka AMAT RELEVAN kepada parti dengan hanya menjadi TUKANG SORAK.
Lihat sajalah Wilayah Persekutuan, di mana terletaknya Pusat Pentadbiran Putrajaya.
Terdapat 12 Bahagian Umno/kawasan pilihanraya, tetapi yang MENANG hanya 3 kerusi.
Lagi 9 Ketua Bahagian jadi tukang sorak dan antaranya Ketua Bahagian Cheras Syed Ali Al-Habshee. Berapa kali dalam sejarah PRU Syed Ali berjaya merampas Cheras dari pembangkang?
Kalau sokongan Ketua Bahagian yang kalah Pilihanraya dianggap BEGITU BERNILAI, ia bermakna ada yang tidak kena dalam parti.
Ramai yang mengkritik Tengku Razaleigh Hamzah kerana ucapannya di Parlimen tetapi Ketua Bahagian Gua Musang itu ADA NILAINYA kerana beliau MENANG semasa PRU.
Oleh itu, bolehlah kita buat kira-kira, tolak-campur, berapa ramai dari 154 Ketua Bahagian yang menyokong Najib yang "BERNILAI DAN BERAPA RAMAI YANG TIDAK BERNILAI".
P.S: i. Bila direnung pada gambar Ketua Bahagian semasa memberi sokongan kepada Najib, Jelapang kagum ada pemimpin yang pada usia 60an masih lagi sanggup MENJULANG PLACARD tanpa segan silu.
ii. Jelapang tak tahu samada mahu ketawa atau menangis apabila terbaca Ketua Bahagian Batu Pahat Fuad Zakarshy dilantik sebagai Ketua Pengarah Jasa. Apakah sudah menjadi satu AMALAN di era pentadbiran Najib melantik seorang yang kalah di dalam pilihanraya untuk menyusun strategi PRU14? Logiknya, jika Fuad, yang KALAH di Batu Pahat, sendiri GAGAL menyusun strategi untuk kawasannya, mampukah beliau menyusun strategi untuk satu negara? Yang pasti, nasihat Fuad tidak diperlukan oleh Ketua-Ketua Bahagian di mana kawasan-kawasan mereka dimenangi Umno.
Tuesday, March 17, 2015
KU LI TEGUR NAJIB: GST BEBANKAN RAKYAT & HUTANG NEGARA BOLEH CETUS KRISIS EKONOMI
Bekas Menteri Kewangan dan bekas Naib Presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah jarang berhujah di Parlimen.
Tetapi, mungkin disebabkan suasana ekonomi dan politik yang begitu terumbang ambing, beliau membuat keputusan untuk berucap di Parlimen untuk menyatakan KEBIMBANGAN beliau dengan keadaan negara sekarang ini.
Berikut teks ucapan beliau.
HUTANG NEGARA, DEWAN RAKYAT & TANGGUNGJAWAB KITA
1. Pada 30hb Oktober 2014, saya mengutus surat kepada setiap Ahli Dewan Rakyat tanpa pengecualian, suatu tindakan yang tidak pernah berlaku sebelumnya. Ia menitikberatkan kebimbangan saya yang amat sangat terhadap kesejahteraan negara kita yang tercinta serta kedudukan Dewan yang mulia ini.
2. Saya mengambil tindakan tersebut memandangkan bahawa di dalam sesebuah demokrasi berperlembagaan, Dewan Rakyatlah merupakan institusi terakhir yang bertanggungjawab ke atas keadaan negara dan rakyat jelata. Di samping itu, sebagai Ahli Dewan Rakyat kita telah bersumpah untuk berkhidmat kepada negara serta menegakkan Perlembagaan demi kepentingan rakyat Malaysia. Sayugia diingat bahawa sumpah setia itu bukanlah kepada parti ataupun pemimpinnya.
3. Sejak penulisan surat tersebut, keadaan ekonomi dan politik dunia telah pun berubah secara mendadak. Barang diingat bahawa setiap negara saling bergantung antara satu sama lain. Ini bermakna Malaysia tidak terlepas daripada merasai kesan perubahan ekonomi dan politik yang dialami dunia. Keadaan baru ini memerlukan kita mengambil kira dan menimbang perubahan yang perlu kita buat. Sekiranya kita hendak menyelamatkan rakyat, apa-apa cadangan kita untuk perubahan mestilah mampu menimbulkan kesan positif untuk mengatasi masalah berat yang melanda negara. Dalam menimbang apa jua perubahan, kita seharusnya memahami keadaan yang sedang melanda negara. Yang demikian saya ingin nyatakan kerisauan saya terhadap keadaan negara sekarang ini.
4. Tidak dapat dinafikan bahawa kedudukan hutang negara akan tentukan keadaan dan kestabilan ekonomi kita. Mutu dan gaya hidup rakyat bergantung kepada dua perkara ini.
5. Yang saya maksudkan dengan hutang negara ialah hutang kerajaan, hutang sektor korporat dan hutang isi rumah.
6. Kerisauan saya mengenai hutang negara ialah ia telah mencecah paras yang boleh menyebabkan tercetusnya krisis ekonomi dan politik di hari muka. Kita tidak mungkin dapat menelah akan akibat dan kesan daripada krisis sebegini. Tetapi apa yang nyata ialah ia berbahaya terhadap Demokrasi Berperlembagaan yang mencorakkan kenegaraan Malaysia.
7. Sekaligus ini mengarahkan perhatian umum kepada persoalan asas lagi penting sama ada Dewan Rakyat mampu bertindak untuk menangani permasalahan semasa demi menegakkan ikrar kita ketika mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat.
8. Berpandukan ikrar tersebut, saya berpendapat bahawa kita berkewajipan untuk mengetahui sebanyak manakah hutang negara itu dan apakah kemungkinan bebanannya terhadap rakyat kelak. Sila maklum bahawa kita dianggap gagal dalam memenuhi ikrar keperlembagaan tersebut sekiranya kita tidak ajukan soalan terpenting dalam menentukan sebanyak manakah hutang tersebut. Dalam hal ini kerajaan haruslah bertindak secara telus serta memberitahu kepada Dewan Rakyat akan keadaan sebenarnya berkaitan dengan hutang negara.
9. Oleh kerana kita mengambil berat akan hutang negara, sekiranya rakyat dibebankan lagi dengan hutang, kita berkewajipan untuk memastikan bahawa pendapatan negara digunakan untuk kepentingan rakyat dan bukannya untuk pembayaran faedah kepada sipiutang dan pemegang bon. Sekiranya terdapat hutang sah dan kita bertanggungjawab ke atasnya maka kita berhak mendapat maklumat mengenai hutang tersebut. Yang demikian, sebagai Ahli Dewan Rakyat adalah menjadi tugas kita dan kita berhak untuk mendapat segala maklumat berkaitan dengan hutang tersebut. Sebagai Ahli Dewan Rakyat kita juga bertanggungjawab untuk memastikan segala jaminan, dengan izin Tan Sri Yang Dipertua, instrument kewangan dan letters of comfort yang membebankan rakyat jelata dengan hutang dibentangkan di Dewan yang mulia ini. Cara ini membolehkan kita menilai dengan penuh tanggungjawab sama ada wajar atau tidak rakyat terus dibebankan.
10. Di atas perkiraan inilah saya telah cadangkan di dalam surat bertarikh 30hb Oktober, 2014 supaya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ditangguhkan memandangkan ekonomi dan kewangan awam berada di tahap yang tenat. Rakyat juga menanggung beban hutang isi rumah yang tinggi. Oleh itu kita perlu tahu sebab musabab GST dikenakan kerana punca pendapatan ini akan menambah beban kewangan rakyat. Rakyat berhak tahu sama ada GST yang akan dilaksanakan pada bulan April hadapan ini akan menguntungkan negara atau ia hanya untuk membayar faedah kepada sipiutang dan pemegang bon. Tujuan GST dilaksanakan tidak seharusnya dirahsiakan.
11. Jikalau beban tambahan ini dihalakan kepada rakyat tanpa alasan munasabah kita sebenarnya berlaku tidak adil. Oleh itu suara hati kita semestinya jelas dan terang ketika memberi keterangan kepada rakyat kenapa GST perlu pada ketika ini.
12. Sekiranya sebab musabab perlunya berhutang dibentang di Dewan Rakyat dan ia didapati munasabah tentu sekali kita dapat bertindak secara wajar terhadap niat Kerajaan. Bagaimanapun, kita perlu berhati-hati mengenai sama ada Kerajaan berhak mengenakan beban tambahan ini.
13. Sayugia diingatkan bahawa hutang isi rumah secara rasminya adalah pada tahap 87.4 peratus dan ini diakui satu-satunya yang tertinggi di Asia. Kita juga dibebani hutang korporat dan kita seharusnya mengambil berat akan perkara ini. Malangnya kita tidak dapat tanggapan sebenarnya mengenai masalah ini oleh kerana ketidaktelusan berkaitan dengannya. Apa pun, jumlah hutang isi rumah, hutang negara dan hutang korporat seharusnya merunsingkan kita apabila soal masa depan diperkatakan.
14. Juga merunsingkan ialah penggunaan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) untuk membantu institusi-institusi kewangan yang terlibat dalam pemberian pinjaman kepada perbadanan-perbadanan tertentu. Dalam hal ini, kita perlu penjelasan daripada Menteri Kewangan mengenai kedudukan KWSP dan KWAP serta jumlah pelaburan dana di dalam institusi kewangan yang dibebankan dengan pemberian pinjaman.
15.. Dengan sendirinya ini membawa kita kepada persoalan tatacara pemerintahan atau, dengan izin, good governance yang penting dan perlu dalam pentadbiran kewangan negara kita. Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sekali-kali tidak harus berada dalam keadaan di mana terdapatnya pertelingkahan kepentingan. Barang diingat bahawa pertelingkahan kepentingan ini merupakan suatu masalah serius. Bahawa perkara ini mungkin telah diterima oleh Dewan Rakyat selama ini merupakan sesuatu yang tidak baik kepadanya.
16. Satu perkara yang ada hubungkait dengan pertelingkahan kepentingan dan sedikit sebanyak boleh membantu mengatasinya ialah pengisytiharan harta dan liabiliti. Pengisytiharan ini hendaklah merangkumi Ahli Kabinet dan Ahli Parlimen dahulu dan sekarang serta juga mereka dari sektor awam dan swasta di peringkat mempunyai kuasa membuat keputusan, dahulu dan sekarang. Pengisytiharan ini hendaklah dibuat secara berkala dan disimpan oleh sebuah badan bebas yang diwujudkan melalui Akta Parlimen.
17. Kini kita sedang menghadapi keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Kemerosotan ekonomi serta institusi yang dipertanggungjawabkan dengan mendaulat dan menegakkan Pemerintahan melalui Undang-Undang dan Perlembagaan demokratik, dan penghakisan perpaduan nasional mendadak sekali dan bertembung antara satu sama lain. Keadaan ini telah mencetus suatu krisis yang meresap ke akar umbi dan kita kini berada di dalam keadaan kesesakan politik dan ekonomi.
18. Keadaan ini memberi kesempatan kepada Dewan Rakyat untuk memainkan peranan penting dalam perkembangan negara kita. Tidak ada mana-mana institusi baik politik mahu pun bukan politik yang dapat mengatasi kesesakan ini kecuali Ahli-Ahli Yang Berhormat sekelian.
19. Kita sedang mengalami cabaran yang tidak pernah berlaku dalam usaha kita memenuhi ikrar untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara. Ini ialah kerana kuasa Dewan Rakyat telah beranjak kepada kepimpinan parti politik. Ia merupakan perkembangan di luar perlembagaan. Anjakan kuasa kepada orang perseorangan ini bertentangan dengan peruntukan perlembagaan. Dan pastilah ia bukannya demokrasi berperlembagaan.
20. Yang demikian, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekelian seharusnya membuat keputusan sama ada hendak memenuhi ikrar yang dibuat ketika mula-mula menjadi ahli Dewan yang mulia ini atau pun melepaskan sahaja hak sebagai Ahli Yang Berhormat kepada kuasa di luar Dewan Rakyat. Keputusan yang harus dibuat merupakan keputusan asasi untuk rakyat jelata. Ia merupakan detik bersejarah kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekelian dan perlu membuat pilihan sama ada hendak berkhidmat serta tunduk kepada kehendak rakyat ataupun hendak bersama kepimpinan parti.
21. Tan Sri Yang Dipertua, di kesempatan ini izinkan saya nyatakan bahawa di dalam usaha kita membuat keputusan yang saya sebutkan itu kita haruslah berpandukan kepada suara hati atau pun, dengan izin, conscience. Ini bermakna kita mesti berani menerima atau menolak sesuatu cadangan demi kepentingan rakyat yang kita wakili walaupun mungkin bertentangan dengan kehendak parti kita. Dalam pada itu kita juga bertindak secara berkumpulan dan sebagai satu pasukan demi menghambakan diri untuk menegakkan kedaulatan rakyat dan pengundi.
Y.B.M. Tengku Razaleigh Hamzah
Ahli Parlimen Gua Musang
Di Sidang Dewan Rakyat pada hari Selasa,

17.3.15.
Monday, March 16, 2015
KETUA BAHAGIAN UMNO TERIMA RM50,000 SEBULAN?
"Hari ini ketua-ketua Umno atau ahli Parlimen memperolehi pendapatan sampai RM50,000 sebulan, malahan setengahnya ratus juta... Jadi dengan kedudukan itu, sukar untuk mereka meninggalkan Najib, sebab politik Umno ialah politik perut." - TENGKU RAZALEIGH HAMZAH
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ku-li-tidak-yakin-dr-mahathir-boleh-jatuhkan-najib-kata-bloggerBENARKAH dakwaan bekas Naib Presiden Umno dan Ketua Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh, bahawa Ketua Bahagian menerima RM50,000 sebulan dan ada yang menerima SETENGAH JUTA RINGGIT sebulan?
Kasihan ahli-ahli biasa di bawah yang berjuang tanpa mengira balasan. Kasihan juga kepada makcik-makcik di dalam Pergerakan Wanita yang membawa panji-panji Umno.
Tetapi tidak mengapa. Demi perjuangan, teruskanlah berkerja kuat demi bangsa dan parti.
Sunday, March 15, 2015
1MDB: PERHIMPUNAN SOLIDARITI SATU NEGARA TUN M vs SOLIDARITI 154 KETUA BAHAGIAN NAJIB
PERTAMA SEKALI, ISU 1MDB BUKAN ISU POLITIK.
Tetapi Perdana Menteri Najib Razak mahu BERLINDUNG di belakang politik untuk meredakan SKANDAL kewangan 1MDB ini.
Maka 191 Ketua Bahagian Umno dijemput ke PWTC untuk mendengar penjelasan beliau mengenai isu itu. Hanya 154 Ketua Bahagian hadir (Muhyiddin Yassin TIDAK HADIR) dan kononnya Najib berasa lapang dada dapat bertemu mereka.
Untuk makluman Najib, bukan semua 154 Ketua Bahagian PERCAYA dengan penjelasan beliau.
Di luar sana, macam-macam analisis dibuat mengenai penjelasan beliau. Ada yang berkata, "hanya Ketua Bahagian lulusan sekolah rendah saja yang percaya dengan penjelasan Najib".
Jelapang ingin menyarankan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, pengkritik No 1 1MDB, supaya juga menganjurkan PERHIMPUNAN SOLIDARITI 1NEGARA untuk menjelaskan isu 1MDB.
1MDB adalah isu negara, BUKAN ISU UMNO dan BUKAN ISU POLITIK. Ia ISU RAKYAT kerana melibatkan DUIT RAKYAT.
Elok lah Tun Dr Mahathir bertemu rakyat dan jelaskan kepada kami mengenai isu 1MDB.
Tun Mahathir sudah TIADA KUASA jadi tidak perlulah Tun menganjurkan majlis penerangan di PWTC atau hotel-hotel besar. Buat di bawah pokok pun tidak mengapa, kami, rakyat akan hadir.
Tun tak perlu takut. Tidak mengapa jika Tun di GELAR "JEMUAN' (jahat). Jika DISINGKIRKAN sekali lagi pun dari Umno, tiada apa yang akan merugikan Tun.
Kita mahu melihat berapa ramai rakyat hadir mendengar penjelasan Tun mengenai 1MDB.
Tun kena sedar bahawa RAKYAT juga berhak mengetahui mengenai 1MDB. BUKAN SAJA 154 KETUA BAHAGIAN, Rakyat juga berhak mendapat penerangan mengenai 1MDB.
Bukan sikit hutang 1MDB - RM46 bilion (RM46,000,000,000).
KALAU BEGINILAH CARA NAJIB, SAMPAI BILA PUN ISU DUIT DAN HUTANG INI TAK AKAN SELESAI JIKA ISU INI MAHU DISELESAIKAN SECARA POLITIK.
P/S: Sekiranya Tun mengadakan perhimpunan solidariti rakyat, mereka yang hadir boleh memakai baju warna apa pun termasuk MERAH.
Friday, March 13, 2015
MB TERIMA SMS MERAJUK & TUN MAHATHIR DESAK POLIS BUAT SIASATAN FORENSIK KE ATAS 1MDB
"SAMPAI DI SINI SAJALAH KITA" - Khabarnya seorang Menteri Besar yang tidak menghadiri perjumpaan Najib Razak dengan Ketua-Ketua Bahagian Ahad lepas telah menerima SMS ini dari seseorang di Putrajaya.
Merajuk sampai ke tahap itu sekarang ini dalam kes 1MDB.
Bagaimanapun Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membuat kenyataan paling KERAS hari ini dan mencadangkan POLIS MEMBUAT SIASATAN FORENSIK kes 1MDB.
Menurut Tun Dr Mahathir, ianya tidak cukup setakat diaudit oleh Ketua Audit Negara.
Berikut tulisan Tun Dr Mahathir di blog beliau yang kini tidak lagi boleh diakses.
1MDB
1. UMNO telah mengadakan majlis penerangan tertutup yang dihadiri oleh sebahagian dari Ketua-Ketua Bahagian pada 8 Mac. Keputusan majlis mengikut akhbar ialah menyokong penuh Presiden parti.
2. Tidak diketahui tentang penjelasan oleh Presiden berkenaan kontroversi 1MDB, yang sedang dibincang dengan meluas oleh rakyat. Bahawa perkara ini dibawa oleh parti lawan, justeru itu ia adalah fitnah belaka tidak mencukupi untuk rakyat menolak tuduhan-tuduhan berkenaan 1MDB.
3. Rakyat masih tidak puas hati berkenaan 1MDB. Mereka bincang perkara ini dimana sahaja. Jika mereka tidak puas hati dan tidak sokong Barisan Nasional (BN) dalam PRU akan datang, BN mungkin kalah. Dan jika BN ditolak, sokongan kepada Presiden oleh pemimpin bahagian UMNO tidak lagi bermakna.
4. 1MDB bukan buat hutang biasa seperti Kerajaan yang biasanya berjumlah hanya ratusan juta sahaja. 1MDB telah hutang berbillion Ringgit. Walaupun 1MDB bukan Kerajaan tetapi ia adalah badan yang ditubuh dan dimiliki oleh Kerajaan sepenuhnya dengan modal sebanyak 1 juta Ringgit. Ada juga jaminan oleh Kerajaan terhadap beberapa hutang 1MDB. Oleh ituKerajaan tidak boleh dakwa bahawa ini masalah syarikat dan bukan masalah Kerajaan.
5. Kerajaan sudah melantik Auditor General untuk memeriksa akaun 1MDB. Tetapi ini tidak akan menjawab banyak soalan yang telah dikemukakan dan dibincang oleh rakyat.
7. Nama Jho Low disebut berkali-kali. Demikian juga nama-nama syarikat miliknya. Tuduhan dibuat berkenaan dengan pembelian rumah mewah olehnya di London, New York dan Holywood. Lepas itu rumah dijual kepada anak tiri Perdana Menteri dengan harga ratusan juta Ringgit. Sudah tentu ini tidak disebut dalam akaun 1MDB yang akan diperiksa oleh AG.
8. Pada mulanya duit Riza Aziz dikatakan warisan harta kekayaan dari keluarga Tun Razak. Kemudian dakwaan ini dinafi. Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ianya hasil dari perniagaan? Jika ya, apa perniagaan, dimana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada Kerajaan mana?
9. Pelaburan ratusan juta untuk filem “The Wolf of Wall Street” oleh Riza Aziz, anak tiri Dato Sri Najib datang dari mana? Filem ini tidak memberi keuntungan. Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta Ringgit atau Dolar Amerika.
10. Semua perkara-perkara ini tidak akan terdapat dalam akaun 1MDB.Tetapi rakyat ingin tahu kerana melibatkan Jho Low. Dan Jho Low disebut-sebut berkenaan dengan pengurusan 700 juta USD dari 1MDB.
11. Ada yang disebut berkenaan Petro Saudi yang juga menerima bayaran ratusan juta dolar dari 1MDB Benarkah Petro Saudi ini mendapat konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina, di Turkmenistan dll. Apa buktinya? Benarkah JV dibuat dengan Petro Saudi sebelum ‘due diligence’ dibuat. Katanya sementara 1MDB melabur USD1 billion dalam JV dengan Petro Saudi, tetapi Petro Saudi tidak melabur satu sen pun. Apa jadi kepada wang IMDB dalam JV tidak jelas.
12. Apa sebabnya lebih dari 6 billion Ringgit (Dollar) disimpan di Cayman Island? Kerajaan tidak pernah simpan duit di lain negara selain pembelian bond. Apakah bond dibeli? Apa hasilnya?
13. Katanya wang sebanyak USD1 billion sudah dibawa balik dari Cayman dan disimpan dalam bank Singapura. Kononnya Bank Negara menjadi masalah kerana proses menyimpan wang yang banyak mesti melalui proses yang rumit. Bolehkan Bank Negara jelas kenapa menimbul masalah sedangkan 1MDB adalah syarikat Kerajaan yang dikuasai oleh Kementerian Kewangan. Jika mudah di Singapura kenapa susah sangat di Malaysia?
14. Urusan Kerajaan pernah dirahsia. Tetapi soal bayar balik hutang adalah public knowledge (dalam pengetahuan orang ramai). Orang ramai ingin tahu benarkah Ananda Krishnan memberi pinjam RM 2 billion untuk bayar faedah ini. Apakah faedah yang dikenakan oleh Ananda? Apa cara bayaran balik hutang Ananda? 1MDB dikatakan untung. Kenapa tidak dapat bayar faedah 2 billion Ringgit.
15. Juga diketahui umum ialah permohonan hutang sebanyak 3 billion dari Kerajaan baru-baru ini. Apakah Kabinet melulus pinjaman yang begitu besar ini? Apakah syarat yang dikenakan? Bagaimanakah hutang ini akan dibayar balik oleh 1MDB
16. Tanah Kerajaan di Jalan Tun Razak dan Lapangan Terbang Sungai Besi telah dibeli oleh 1MDB. Apakah harga yang dibayar? Apakah tanah ini yang dikatakan asset 1MDB? Bagaimanakah dinilai harga tanah ini? Kerajaan berhak mendapat pulangan yang setimpal apabila tanah ini dijual kepada sesiapa pun. Berapakah harga satu kaki persegi. Tanah berdekatan dijual dengan harga RM7000/- satu kaki persegi. 1MDB juga membeli tanah di Pulau Pinang. Apa harganya. Apa jenis pembangunan yang dicadangkan. Sudah dimulakah?
17. Jika tanah-tanah ini menjadi aset 1MDB, apakah nilai tinggi aset ini disebabkan kenaikan (revaluation) dari harga belian yang murah dan harga pasaran yang tinggi.
18. 1MDB meminjam lebih dari 10 billion Ringgit untuk beli beberapa stesyen janakuasa. Harga yang dibayar dikatakan lebih tinggi dari harga pasaran. Lesen stesyen-stesyen ini akan mati tidak lama lagi. Kenapa tidak tunggu hingga lesen mati sebelum membeli. Harga selepas mati lesen tentu amat rendah. Membeli dengan harga tinggi sebelum lesen mati amat merugikan.
19. Wang untuk membeli stesyen janakuasa dipinjam. Laporan menunjuk komisyen sebanyak lebih dari 10% dibayar kepada Goldman Sachs untuk mengurus penjualan bond.
20. Jika komisyen 10%, 1MDB akan dapat hanya 90% dari jumlah yang dihutang. Tetapi faedah perlu dibayar keatas 100% jumlah hutang. Ini menghairankan!
21. Biasanya hutang yang dijamin oleh Kerajaan dikenakan faedah 3%. Hutang yang diurus oleh Goldman Sachs dikenakan faedah sebanyak 5.9%.
22. Jumlah hutang sudah meningkat kepada 42 billion Ringgit. Faedah keatas jumlah ini, jika hanya 5% pun akan berjumlah 2.6 billion Ringgit setahun. Ini adalah satu jumlah yang amat besar.
23. Sebaliknya jumlah keuntungan dari pelaburan dalam stesyen janakuasa tidak akan mencukupi untuk membayar faedah ini. Demikian juga pelaburan untuk beli tanah di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang tidak akan beri apa-apa pulangan sebelum di bangun atau dijual.
24. Sesungguhnya 1MDB menimbul banyak soalan tentang pengurusan dan kegunaannya. Dan jumlahnya juga amat besar. Rakyat berhak merasa curiga akan cara dan kegunaan wang mereka yang banyak ini.
25. Ulasan bahawa semua tuduhan adalah fitnah tidak mencukupi.Mereka yang mendakwa bahawa ada penyelewengan dalam pengurusan 1MDB berani membuat kenyataan terhadap Kerajaan dan individu-individu tertentu walaupun terdedah kepada tindakan saman malu. Tetapi mereka mendakwa mereka memiliki bukti-bukti yang jelas seperti e-mail, surat perjanjian dan bukti-bukti lain. Tarikh dan nama-nama diberi tanpa bersembunyi. Pembohongankah tuduhan mereka!!
26. Sehingga kini Kerajaan tidak menjawab secara yang masuk akal. Umpamanya 1MDB tidak punyai masalah kerana asetnya lebih dari hutang. Tetapi hanya untuk bayar faedah 2 billion, tidak ada wang sehingga tidak dapat tutup akaun ikut jadual. Kemungkinan terpaksa hutang untuk bayar faedah.
27. Sejak Arul Kanda Kandasamy mengambil jawatan CEO, banyaklah kenyataannya yang tidak munasabah yang dibuat. Kononnya wang di Cayman sudah dibawa balik. Kemudian wang ini tidak boleh bawa balik. Kemudian sudah dibawa balik tetapi disimpan di Singapura.
28. Yang diperlukan bukan audit biasa buku akaun. Yang diperlukan ialah siasatan forensik oleh polis akan tuduhan yang dbuat terhadap beberapa orang yang terlibat dengan pengurusan wang 1MDB.
29. Jika ini tidak dibuat dan dibuat secepat mungkin, sokongan rakyat yang sudah pun merosot dalam PRU 2008, 2013 akan merosot lagi. Besar kemungkinan BN akan kalah pada 2018, walaupun ketua-ketua UMNO sokong dan terima dengan puas hati penerangan yang dibuat. Ingatlah undi orang UMNO sahaja tidak cukup untuk menang pilihanraya.
Tuesday, March 10, 2015
SKANDAL BANK RAKYAT & FELCRA PUN TIDAK SELESAI, INIKAN KES SEBERAT 1MDB
KHABARNYA Najib Razak berpuashati dengan penjelasan yang beliau berikan kepada 154 ketua-ketua bahagian mengenai 1MDB dan katanya Ketua-ketua bahagian berpuashati dengan penjelasan beliau. Benarkah?
Setahu Jelapang, ramai ketua-ketua bahagian hadir pada Ahad lepas semata-mata mahu mendengar apa yang hendak dinyatakan Najib mengenai 1MDB dan membandingkan penjelasan beliau dengan dakwaan-dakwaan yang didedahkan di media sosial.
Yakinkah mereka dengan penjelasan Najib? Yakinkah mereka bahawa Najib serius untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan penyelewengan di dalam 1MDB?
Jawapan yang Jelapang dengar - Najib gagal menyakinkan mereka!!!!
Kenapa?
Setakat hari ini, rekod Najib dalam hal ini amat mengecewakan.
Janji pertama beliau sebelum PRU untuk memilih hanya CALON BOLEH MENANG tidak ditunaikan beliau.
Setakat hari ini tidak ada satu kes pun yang boleh diambil contoh untuk membuktikan kesungguhan Najib membanteras penyelewengan.
1) Kes pemberian PINJAMAN BANK RAKYAT oleh Hassan Malek kepada Deepak. Sehingga hari ini TIADA TINDAKAN. Rujuk di SKANDAL BANK RAKYAT
Disebabkan tiada tindakan, bekas Setiausaha Agung Umno Sabaruddin Chik mengambil keputusan menulis buku mengenai skandal ini. Ironinya, seorang lagi bekas Setiausaha Agung Umno Sanusi Junid melancarkan buku ini dan sehingga ini Najib tidak sepatah pun membuat kenyataan mengenainya.
2) Kes pemberian saguhati berjumlah RM723,000 kepada Ahli Lembaga Pengarah Felcra termasuk bekas Pengerusinya Tajuddin Rahman tanpa kelulusan. Sehingga hari ini TIADA TINDAKAN. Rujukan SKANDAL FELCRA
Kita hanya akan percaya dengan keseriusan Najib sekiranya TINDAKAN DIAMBIL dalam kedua-kedua kes ini.
Jika kes tidak seberat 1MDB pun tiada tindakan, inikan pula kes 1MDB yang melibatkan berbilion ringgit.
Oleh itu kita tengok sejauhmana keseriusan Perdana Menteri. Setakat hari ini, tahap KEYAKINAN kita amat tipis.
Sunday, March 8, 2015
SOLIDARITI NAJIB TANPA MUHYIDDIN?
TAN Sri Muhyiddin Yassin TIDAK HADIR. Mukhriz Mahathir TIDAK HADIR. 35 ketua bahagian, kebanyakan dari Sabah dan Johor, TIDAK HADIR. 154 Ketua Bahagian hadir.
Pertemuan S-O-L-I-D-A-R-I-T-I tanpa Timbalan Presiden Umno?
Menurut penyokong kuat Najib Razak, Ismail Sabri, kita jangan terlebih tafsir KETIDAKHADIRAN Tan Sri Muhyiddin.
Tetapi tidak salah jika ada yang mentafsir ketidakhadiran Muhyiddin sebagai PERMULAAN kepada satu GERAKAN dalam Umno.
TIDAK mengejutkan melihat gambar-gambar Ketua-Ketua Bahagian memegang poster "Solidariti Bersama Presiden Umno" di PWTC petang tadi.
Satu perjumpaan umpama satu "picnic" atau "karnival" kalau dilihat kepada kemeriahan di PWTC dan Riverside.
Ada ketua bahagian membawa udang galah dan ketam untuk Ketua-Ketua Bahagian menjamu selera tengahari tadi, ada yang membawa ikan patin masak tempoyak dan ada yang membawa ikan kerai goreng.
Ianya tidak lebih seperti satu "picnic" di tepi pantai. Akhir perhimpunan, Ketua Bahagian gembira kerana ada peruntukan diluluskan oleh Najib.
Itulah standard ketua bahagian Umno hari ini.
Kata seorang Ketua Bahagian yang hadir, mesyuarat "suam" saja. Kita tunggulah nanti --- "ada benda sedang dimasak di dalam Umno sekarang. (something is cooking in Umno now".
Sama-samalah kita tunggu "masakan" itu nanti. Mungkin Muhyiddin tahu ramuan masakan tersebut.
Katanya Najib memberi penerangan mengenai 1MDB dan berharap isu 1MDB tidak MEMECAHBELAHKAN Umno. Najib tidak pula menyentuh saranan Muhyiddin agar dilaksanakan audit forensik ke atas 1MDB. Harap Najib tidak lupa akan saranan Muhyiddin. Kita tak perlu takut kepada audit forensik kalau segala urusan di dalam 1MDB TELUS.
Tetapi kita berharap juga Najib tidak lupa menjawab pelbagai persoalan yang semakin panas dibangkitkan mengenai 1MDB.
Salah satunya dibangkitkan oleh Sarawak Report hari ini.
Baca di sini: http://www.sarawakreport.org/2015/03/jho-low-claimed-the-pm-fm-gave-authority-to-keep-bank-negara-in-the-dark-on-1mdb-loan/
Dan laporan The Edge Mingguan.
http://www.theedgemarkets.com/my/article/former-1mdb-ceo-faces-impropriety-allegations-petrosaudi-jv
Perhimpunan ini tidak mengubah pandangan rakyat kepada kerajaan dan Najib Razak.
Orang Melayu semakin hari semakin merasa malu dengan isu yang dibangkitkan sejak akhir-akhir ini.
Kerajaan Melayu, pemimpinnya Melayu tetapi cara mentadbir memalukan Melayu seolah-olah orang MELAYU GAGAL MENGURUSKAN NEGARA.
Tak habis dengan isu 1MDB, isu Felda sedang panas, isu Felcra belum selesai.
Dan sehingga hari ini, kita tidak nampak Kerajaan Melayu serius untuk menyelesaikan semua masalah ini.
Kita kena ingat semua ini ada kaitan dengan maruah Melayu, maruah kerajaan Melayu dan maruah Islam.
Dan apa pandangan kaum Cina dan India kepada cara kita mengurus Kerajaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)